Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Masak Lemak Ayam Dan Kewajipan Menunaikan Haji



Saya ingin kongsikan resipi lauk kegemaran anak anak saya iaitu ayam masak lemak. Sebelum itu, jangan lupa untuk klik iklan yang keluar di atas blog saya ya. Juga jangan lupa untuk klik follow blog. Terima kasih atas kerjasama anda semua. 

Saya ingin berkongsi sambungan petikan dari video Tokku Pasir Gudang Siri 67 Tokoh Sufi ke 74 iaitu Ismail Najid.

Antara kata hikmah beliau ialah barang siapa pernah tinggal satu perkara fardhu yang Allah wajibkan, dia tak akan rasa manis selamanya. Walaupun buat balik secara qadha. Tak akan rasa kelazatan bila buat kali kedua. Namun nilai tak boleh dibeli lagi. Orang tinggal puasa selama sehari secara sengaja, nilai tak sama kerana waktu yang tak sama. Apalagi waktu kita difardhukan oleh Allah untuk buat sesuatu. Waktu subuh menpunyai nilai luar biasa. Bila kita solat Subuh selepas pukul 7, apa kah sama dengan waktu yang terlepas. Waktu berlalu tak ada yang boleh ganti.

Analogi, kita ada hanya seorang mak dan ayah. Bila mak mati, apakah ada orang lain boleh ganti walaupun sebaik wanita di dunia. Tetap tak boleh ganti mak kita. Sebab dia bukan mak saya. Tetap tak boleh ganti. Apa lagi untuk nilai fardhu yang Allah wajibkan.

Orang yang benar benar bertaubat, mungkin Allah akan bagi semula nilai kemanisan. Jadi sebagai ibubapa, hendaklah pesan pada anak anak supaya jangan tinggal solat atau apa sahaja ibadah yang difardhukan oleh Allah.

Sama juga fardhu Haji, bila kesempatan untuk mengerjakannya dan dia tidak mengerjakannya. Setiap orang beriman perlu letak kewajipan Haji dalam perancangan hidup. Tak boleh lah kata, kalau tabung Haji panggil, panggil lah.

Haji adalah wajib bila kita sihat dan ada cukup duit. Perkara dokumentasi undang undang adalah perkara kedua. Awak daftar atau tidak dengan Tabung Haji, itu juga perkara ke lapan. Itu isu dokumentasi pengurusan semata mata. 

Isu mengerjakan Haji bagi orang beriman umpama kewajipan keluar zakat. Cukup haul dan nisab, kenalah keluarkan zakat. Alasan pejabat agama tak buka lagi. Itu isu lain. Awak wajib bayar zakat dan wajib cari jalan. Itu kewajipan.

Maka kena buat dan berusaha dengan waktunya yang paling minimum, yang dia boleh buat. Tak boleh kata tabung haji keluar senarai saya akan pergi 2034 dan umur saya dah 60 tahun lebih. Mungkin pda masa itu, saya tak sihat. Sekarang saya ada duit dan sihat, saya tak boleh guna kaedah tunggu giliran tabung Haji lagi.

Kena cari jalan sebab sekarang tengah sihat dan cukup duit. Sejarah Haji walau macam mana pun dibuat undang undang, akan tembus orang yang nak pergi Haji tanpa melalui semua undang undang tersebut. Ini adalah kerana ianya kewajipan dari Allah.

Urusan pendaftaran dsb adalah undang undang manusia untuk tujuan penyelarasan dan memudahkan. Realitinya jika benar benar nak sampai, dia akan sampai. Akhirnya dia sampai sebagai tukang masak. Dapat buat haji 3 kali. Ada sampai sebagai petugas kesihatan atau petugas Haji kerana keinginan kuat. Bab nilai kewajipan. Jangan tengok kuota takut kuota tak relevan bila kita boleh sakit pada masa tu. Atau kita tak cukup duit. Cukup keperluan keluarga, kena ikhtiar. Jalan pasti ada jika usaha. Dah usaha tapi tak dapat. Maknanya tak bersungguh dalam usaha. 

Siapkan jawapan di hadapan Allah kelak jika tak bersungguh atau alasan keuzurannya diterima Allah. Kita tiada alasan apa pun. Allah bagi jalan dan jalan pun banyak. Apa alasan kita. Tempat wudhu banyak dan air percuma. Aircond ada kipas tiada alasan untuk kita tidak solat, tidak puasa atau tidak mengerjakan Haji.



Saya sangat kerap menyediakan masak lemak ayam kerana ianya lauk kegemaran anak anak. Jadi apa yang saya buat ialah saya pelbagaikan cara penyediaannya bagi memberikan kepelbagaian rasa. 

Jom layan resipi dan cara penyediaannya di bawah ini. Selamat mencuba semua….


Masak Lemak Ayam
Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan:
½ ekor ayam
1 keping asam keping
1 sudu kecil garam
½ ketul kiub pati ayam
1 kotak santan kotak
3 helai daun limau purut

Bahan kisar halus:
5 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
3-4 biji cili hijau
3-4 biji cili padi
1 inci kunyit hidup
1 inci halia
1 inci lengkuas
2 batang serai
2 biji buah keras

Cara cara:
Panaskan sedikit minyak dan tumis bahan kisar sehingga terbit minyak. 

Masukkan ayam dan kacau rata sehingga air ayam kering dan terbit minyak. 


Masukkan air secukupnya. Biarkan ayam hampir masak. Masukkan daun limau purut. 

Masukkan asam keping, garam dan kiub pati ayam. Sesuaikan rasa. 

Akhir sekali, masukkan santan dan biarkan mendidih sehingga ayam benar benar empuk. 

Jika suka, boleh taburkan cili padi hijau dan merah ke dalam kuah masak lemak. 



Catat Ulasan for "Masak Lemak Ayam Dan Kewajipan Menunaikan Haji"