Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Nasi Goreng Sardin Untuk Nellisa


Saya ingin kongsikan dari video Tokku Pasir Gudang berkenaan hutang dan juga mengaji Al Quran. Orang yang tak ingat hutang,  adalah satu bala besar. Bakal muflis di akhirat. Kena ada disiplin cara bayar. Kena letak pemikiran untuk selesaikan hutang. Hutang tak bayar lagi dah pergi melancung. Itu bukan rahmat. Kadang lupa zikir lupa solat dhuha dan me was was kan. Itu lah kerja syaitan. 

Baca Al Quran memang melembutkan hati. Baca al Quran. walaupun tajwid tak betul. Baca jer. Yang penting baca jer. Belajar tajwid sambil belajar sambil dibaca. Jangan ini menghalang kita. Al Quran memang tujuan untuk dibaca.  Hadis orang tak mahir dan gagap baca Al Quran ada 2 pahala. Pahala susah baca dan pahala baca. Tak ada masalah. Tak mahir semua jadi wakaf.

Baca Al quran dengan kemampuan kita. Praktis satu surah yang kita paling lancar. 

Kita orang Melayu, semua pandai baca yassin. Semua orang hafiz Yassin. Baca walaupun tak reti baca surah yang susah atau yang tak biasa. Amalkan baca Al ikhlas selalu, baca 3 kali fadhilat sama dengan 1 khatam. Baca 1000 kali sehari. Baca Al Quran bukan bermakna baca dari A ke Z. 

Apa pun ayat dikira baca Al Quran. Baca apa apa sahaja yang mudah. Kalau tak pandai, bacalah Surah Al Ikhlas. Baca Al Falak dan An Nas. Ulang ulang baca. Kita dah baca Al Quran tu. Kita nak baca Al Baqarah itu yang tak baca baca. Itu dah kira baca Al Quran. Kenapa nak benda yang kita tak tahu. Agak mustahil orang kita tak tahu baca surah Al ikhlas. 

Kalau tahu Al Fatihah jer baca Al Fatihah. Kita dah dapat kelebihan baca Al Quran. Sehingga di sini dulu, semoga bermanafaat. 


Saya menyediakan nasi goreng sardin atas permintaan Nelly. Katanya dia makan nasi goreng sardin di Putra Jaya sangat sedap. Katanya ianya lebih banyak sardin dan lebih basah berbanding dengan nasi goreng yang saya sediakan. 

Bila menyediakan nasi goreng ikan sardin, saya akan menggoreng ikan sardin terlebih dahulu dan saya juga tidak akan menggunakan sos sardin. Saya memang lebih suka nasi yang sederhana kering. Bukan yang basah basah berkuah. 

Jom layan resipi dan cara penyediaannya di bawah ini. Jangan lupa video di Azie Kitchen Youtube Channel di SINI. Selamat mencuba….


Nasi Goreng Sardin
Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan:
Nasi putih - dari 2 pot beras
1 tin sardin - saiz sederhana
1 sudu besar cili kering kisar
2 biji telur
Sayuran kacang panjang, kubis - jika suka

Bahan tumbuk:
4 biji bawang merah
4 ulas bawang putih
2-3 tangkai cili padi - jika suka pedas
2-3 sudu besar ikan bilis
Garam

Cara cara:
Panaskan minyak dan goreng ikan sardin tanpa sos. Tutup kuali bagi mengelakkan minyak terpercik. Keluarkan ikan dan hancurkan ikan ikut yang disukai. 

Panaskan minyak dalam kuali lain. Tumis bahan tumbuk sehingga naik bau. Masukkan cili kisar dan tumis sehingga terbit minyak.

Masukkan ikan sardin dan kacau rata. Masukkan telur. Biarkan separuh masak, baru dikacau. 




Masukkan nasi dan kacau rata. Jika tidak cukup garam, boleh tambah garam. Tutup api dan sedia untuk dihidangkan. 


Nota:
Jika guna sayur, boleh masukkan selepas nasi dimasukkan. 

Jika suka, boleh masukkan sedikit kicap lemak manis.



Catat Ulasan for "Nasi Goreng Sardin Untuk Nellisa"