Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Kerabu Kulat Gelam



Saya ingin kongsikan petikan dari video Tokku Pasir Gudang berkenaan dengan nasihat tokoh sufi. Sebelum itu, jangan lupa klik follow blog dan klik iklan yang keluar di blog ya. Terima kasih atas kerjaama anda.

Tokoh sufi kali ini ialah al iman Abi Sa'id al Arabi seorang imam ikutan dan seorang ahli hadis terkenal. Kenal dengan tutur bicaranya. Banyak mengarang kitab yang jadi rujukan pada zamannya sehingga hari ini. 

Antara kata kata masyhur dari beliau. Orang yang paling rugi ialah orang yang kebaikannya kerana Allah tapi ditunjukkan di hadapan manusia. Sedangkan dia sedang melakukan kebaikan kerana Allah. Tapi dia tunjuk dengan bangga dengan kebaikan dilakukan sehingga merugi. 

Antara tanda orang untung dalam ibadah ialah mereka yang banyak menyimpan rahsia ibadah dari manusia melainkan Allah. Dia menyembunyikan kebaikan samada dalam zikir atau ibadah serta segala kebaikan mereka lakukan. Cuba sembunyikan dari pandangan manusia. Ingat Allah dalam bersendirian maka dia akan mengalir mata. Hassan Basri menyatakan dia melihat seorang lelaki mengalir air mata di khalayak ramai. Kalau dibuat sendirian di rumah lebih baik. 

Ulamak sepakat menyatakan solat sunat di rumah lebih baik. Solat fardhu adalah kewajipan. Orang tak pandang dari sudut baik atau jahat. Solat sunat akan menampakkan lebih seseorang dari orang lain. Jadi mereka sembunyikan solat sunat mereka. Lebih baik solat sunat di rumah dari solat sunat di masjidil haram. Solat fardhu afdhal di masjid. Sunat yang tidak berjemaah, di rumah lebih baik. Solat qabliyah di rumah baru bergerak ke masjidil haram untuk solat berjemaah. Usaha untuk menyembunyi kebaikan. 

Ini lah menyebabkan kedudukannya diangkat oleh Allah. Orang mati dalam keadaan baik barangkali ada rahsia dia dengan Allah yang disembunyi sehingga Allah memuliakan dia. Ada yang baik diheboh untuk jadi manafaat dan ada yang elok disembunyi untuk elak jadi beban. 

Nabi tak mahu sahabat terbeban dengan cara Rasulullah beribadah. Sehingga kebimbangan menimbul kebosanan. Dan kebosanan menjadikan kejauhan dan tak dapat rahmat Allah. Buat ibadah tiba tiba rasa bosan. Pernah rasa mulia dengan kebaikan, tiba tiba jadi bosan dan tinggalkan terus. Ini kerana bebanan yang dirasakan. Allah tak pernah bosan, kamu yang rasa bosan. Jadi buat ibadah sunat ikut kemampuan. 

Antara kata beliau yang dirakam oleh sahabat sesungguhnya Allah jadikan hiasan dunia dengan sebagaimana Allah jadikan hiasan syurga sehingga kekal di dalamnya. Hiasan dunia dengan mengingati hari keluar darinya. 

Dunia bersifat sementara dan tak akan dapat kemuliaan sehingga kita keluar dari dunia ini. Akan berusaha keluar dari dunia untuk dapat syurga. Indahnya syurga kerana penduduk syurga kekal dalamnya. Kalau disuruh keluar dari syurga pasti mereka kecewa. Mulia dunia kerana kita boleh keluar darinya. Siapa bertakwa dan dekat dengan Allah. Tak tahu siapa mulia sehingga kita keluar. Dan permulaan bila hari kematian. Mati yang baik, Allah angkat darjat dan Allah tutup keaibannya. Jadi banyak ingat kematian kamu. Ia hari kemuliaan dan dimasukkan ke syurga. 

Kenapa malam dan siang bertukar ganti dengan cepat. Apa pun yang berlaku, malam akan datang balik. Tak akan berhenti. Begitu juga kehidupan manusia yang redha akan tetap jalan terus. Apa pun yang kita lalui, contoh di Palestine walaupun siapa yang mati, mereka tetap jalan terus. Itu sebab Yahudi tak menang. 

Mereka mempamer semangat jalan terus. Kita tak diuji seberat mereka. Kita asyik termenung terus dan kecewa berpanjangan. Kita akan tetap melalui takdir Allah. 

Kalau hari ini nampak tidak menyenangkan, esok akan menyenangkan. Malam tak pernah berhenti matahari tak pernah berhenti, semua takdir akan terus berjalan ikut sunatullah. Ini lah orang yang percaya pada Allah. Setakat ini dahulu, semoga bermanafaat. 


Kerabu kulat gelam ini disediakan secara beramai ramai oleh sahabat saya ketika kami berkumpul untuk projek asyura sempena kami semua yang mencapai umur persaraan. wajib. 

Penyediaannya diketuai oleh BFF saya Mama Nah Kitchen. Beliau dibantu oleh Cikgu Khairani dan Cikgu Roslina. Saya seperti biasa, suka nak makan yang orang masak. Jadi saya hanya tukang rasa sahaja. Baru lebih berselera, maklumlah di rumah hari hari memang saya yang memasak kan. Jadi bila orang lain yang memasak, rasanya sangat nikmat dan sedap. 

Saya sebenarnya dah lama tak makan kulat gelam. Kulat ni ada rasa pahit pahit. Yang lagi unik, selepas makan kulat gelam, bila kita minum air, akan terasa pahit di tekak dan lidah kita. Hahaha tapi kelat yang nikmat sekali. Kalau nak tahu, kenalah cuba sendiri. Kulat ini bukan ada sepanjang masa, biasanya akan tumbuh bila cuaca hujan dan panas secara berselang seli. Jadi kalau jumpa kulat ini, memang kena terus beli. 

Jom layan resipi dan cara penyediaannya di bawah ini. Selamat mencuba..... 


Kerabu Kulat Gelam
Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan:
Kulat gelam - rebus dan tos 
Kelapa goreng - tumbuk kasar
Ikan rebus - ambil isi
Santan segar - masak sekadar keluar wap 
Bunga kantan - hiris (opsyenal)
Bawang besar - hiris
Buah mangga muda - cincang halus
Cili padi - hiris
Garam
Gula
Aji no moto

Cara cara:
Kulat gelam dicuci bersih, direbus dan ditos. Ketepikan.


Tumbuk kelapa goreng dengan isi ikan rebus. Satukan semua bahan tumbuk dan bahan hiris dalam satu bekas. 


Santan dimasak sekadar keluar wap supaya tahan basi. Tuang ke dalam kulat tadi dan gaul rata. Masukkan garam, gula dan serbuk perasa. Dah siap. 







Catat Ulasan for "Kerabu Kulat Gelam"