Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Sup Ayam Beraneka



Assalamualaikum semua. Saya mendoakan agar anda semua sihat walafiat dan dipermudahkan dalam apa jua urusan. Saya minta tolong ya agar anda dapat klik butang follow blog dan klik iklan yang keluar di atas blog saya. Terima kasih. 

Saya mendapat perkhabaran dari kawan yang sedang menunaikan fardhu Haji bahawa tahun ini kerajaan Saudi membenteras secara besar besaran jemaah yang tidak menpunyai visa Haji. 

Bukan sahaja mereka scan jemaah di dataran dan masjid tapi juga menyerbu di hotel dan apartment. Tapi di sebalik ketegasan ini, ada juga pihak yang mengaut keuntungan dengan menjual visa yang biasa berharga RM15 ribu kepada RM45 ribu seorang. Ianya tidak termasuk masyair dan ground. Ada juga visa palsu dijual untuk mengaut keuntungan dunia. 

Saya baca ramai netizen komen berkenaan jemaah yang tidak serik untuk pergi dengan agen swasta dan tidak memilih agen PJH. Tak pasti kalau netizen tahu bahawa hanya mereka yang nama naik di Tabung Haji sahaja boleh pergi dengan pakej PJH. 

Dulu dulu ramai orang mampu untuk menunaikan Haji berbanding sekarang di mana pakej berharga sehingga RM80K seorang. Biasa juga untuk orang Kelantan pergi ke Tanah Suci selama berbulan bulan. Mereka pergi dari musim umrah sehingga selesai musim Haji. 

Saya sendiri pernah bercita cita untuk tinggal di sana beberapa bulan selepas persaraan. Kini keadaan dah berubah, mungkin sebab jemaah terlalu ramai. OK sekarang kita masuk pula bab masakan. 


Saya menyediakan sup ayan beraneka ini untuk makan Aliya. Tapi Aliya lebih suka makan ubi kentang dan kuah sup sahaja. Ayam kena dicarik carik kecil, baru dia makan. 

Lauk seperti ini lebih menyihatkan dan sedap kerana berbagai aneka sayuran dimasukkan. Saya tak letak karot, jika mahu lebih berwarna warni, masukkan juga karot. 

Jom layan resipi dan cara penyediaannya di bawah ini. Jangan lupa video di Azie Kitchen Youtube Channel di SINI. Selamat mencuba.... 


Sup Ayam Beraneka
Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan:
½ ekor ayam
1 biji kentang - dipotong dadu
3 keping fucuk/tauhu kering - direndam hingga lembut dan dipotong 1 inci
Secekak suhun - direndam hingga lembut dan dipotong 2 inci
Cendawan hitam kering - direndam hingga lembut
Sedikit Kim chan - direndam hingga lembut
2 pokok daun sup - dicincang halus
1 sup bunjut Adabi
Air secukupnya
Garam
Serbuk perasa

Bahan Tumbuk:
1 inci halia
3 ulas bawang putih
1 biji bawang besar

Cara cara:
Panaskan sedikit minyak dan tumis bahan tumbuk hingga wangi. Masukkan ayam dan kacau rata sehingga air ayam kering. 


Masukkan air secukupnya. Masukkan kentang dan sup bunjut. Masak hingga mendidih dan kentang empuk. 

Masukkan semua sayur-sayuran. Masak hingga sayur masak.

Masukkan garam dan serbuk perasa. Kacau rata. Masukkan suun dan daun sup. Kacau rata.




Catat Ulasan for "Sup Ayam Beraneka"