Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Kuah Kacang Daging My Keeper Recipe



Alhamdulillah bertemu lagi kita. Harap semoga anda semua berada dalam keadaan sihat walafiat. Sebelum saya menulis seterusnya, harap sudi kira ya anda menghadiahkan satu klik pada iklan di blog saya. Kerjasama anda didahului dengan ucapan terima kasih. 

Saya ingin kongsi petikan dari video Tokku Pasir Gudang yang sangat menginsafkan. Ianya adalah berkenaan rumah sementara dan rumah kekal kita. Rumah kekal kita ialah kubur kita.  

Kalau hari ni kita berada dalam rumah. Satu hari kita pasti akan berada dalam kubur. Cepat atau lambat kita akan berada dalam kubur. 

Perlu merenung bagaimana kubur kita nanti. Apakah kubur kita akan jadi taman syurga kita atau sebaliknya. Apakah kubur akan jadi tempat kita bahagia atau sebaliknya. Apakah ianya tempat paling selesa atau sebaliknya. 

Maka setiap kita merenung dan melihat maka rancang lah kubur sendiri. Kalau beli rumah, kita rancang rumah kita. Tak pandai deko sendiri, kita upah orang untuk dekorasi rumah untuk kita tinggal sementara. 

Kita telah ada akad di sisi Allah, bahawa kubur adalah rumah kita. Kubur hanya lah percuma. Apa perancangan kita untuk rumah baru kita. Macam mana nak ada ilmu supaya kubur saya lebih terang dari stadium negara, lebih indah dari istana. 

Kalau belum ada perancangan, maka rancang dari sekarang. Pagari dengan sedekah, solat dan silaturrahim. Mungkar Nakir datang, maka datang solatnya, sedekahnya, jauh kamu jangan takutkan sahabat kami. Amalan kita akan memagarinya sehingga munkar nakir tidak dapat mendekati. Kubur kita akan dipagari dengan segala ibadah kita. 

Pastikan kubur kita bercahaya dengan qiamullail kita. Bagaimana nak lapangkan kubur kita. Dengan melakukan segala akhlak baik, kita dapat melapangkan kubur kita. Selapang syurga. 

Setiap hari kena rancang cara nak dekorasi kubur kita kerana ianya lah rumah kekal kita. Rumah kita sekarang akan diwarisi bila kita mati. Kita akan kembali pada kubur. Rumah kat dunia adalah rumah sewa jer. Tak ada orang hias rumah sewa lawa lawa. Kubur tak akan diwaris pada siapa pun, kubur kita adalah kubur kita. 

Bumi ini tempat persinggahan bukan tempat menetap. Tak akan jadi milik kita. Kelak orang lain pula akan duduk. Yang pasti, bukan lagi kita. Kubur tak akan kita waris pada anak kita kerana mereka juga ada kubur mereka sendiri. 

Maka fikirkan kematian. Cari hati kita waktu baca Quran, waktu dengar kuliah, waktu kita bermuhasabah, aku ni nak jadi apa. Kawan aku semua dah mati belaka. Makin hari aku makin tua dan kekuatan makin tak ada. Buat muhasabah diri, aku ni dah tak larat, tenaga dah tak kuat. Barulah akan datang hati kita. OK setakat ini dahulu, kita masuk pula bab masakan. 




Saya belajar resipi ini dengan rakan sekerja dah hampir 40 tahun dan kekal setia dengannya. Lagi kerap kita memasak, lagi sedap hasilnya. Macam lagi mahir lah akan tekniknya. Bukan resipi semata tapi cara menyediakannya juga penting. Kena lah kerap ke dapur untuk lagi pandai memasak. 

Hari raya Aidil Adha baru baru ni, saya tak buat kuah kacang. Tiba tiba pula teringin nak makan kuah kacang. Tapi tak ada orang menghidangkan kuah kacang. 

Semasa makan tengahari hari minggu lalu, saya tiba tiba rasa nak buat kuah kacang kerana teringatkan kacang tanah yang dah siap digoreng tanpa minyak dan dah ditumbuk dalam peti ais. Selepas makan, saya terus rebus kacang tanah dan rebus daging. Jadi sementara menyediakan bahan tumis kacang dan daging dah siap. 

Kuah kacang atau apa apa yang perlu ditumis, kita kena pastikan bahan tumisan masak sempurna dan terbit minyak. Jadi menumis bahan kuah kacang ni memang lama. Insya Allah sedap lah hasilnya. 

Kuah kacang berdaging ni saya makan dengan nasi impit yang dibuat sendiri dengan periuk tekanan Noxxa. Alhamdulillah sedap sangat nasi impit ni. Cukup lembut dan sedap berbanding dengan nasi impit segera. Alhamdulilah akan nikmatnya dengan nasi impit sedap dan kuah kacang pun sedap. Nak tengok cara penyediaan nasi impit, boleh klik di SINI

Jom layan resipi dan cara penyediaannya di bawah ini. Boleh tengok video di Azie Kitchen Youtube Channel di SINI. Selamat mencuba….


Kuah Kacang Daging Istimewa
Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan:
1 kg daging - potong kecil dan rebus
½ kg kacang tanah
4-5 cili kering kisar 
1 ½ sudu kecil pes asam jawa
8 sudu besar gula 
1 keping gula Melaka - 158 gram
1 sudu besar garam halus atau secukupnya
1 cawan minyak mazola

Bahan kisar:
13-15 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci halia
1 inci lengkuas
4 batang serai

Cara cara:
Kacang tanah disangai tanpa minyak atau dibakar di dalam oven sehingga berbau wangi. Buang kulit dan dikisar serta sedikit ditumbuk supaya tidak terlalu hancur. Jangan kisar terlalu hancur.

Masukkan kacang kisar ke dalam periuk dan tuang sedikit air. Masak dengan api perlahan sehingga kacang kembang. Ianya bertujuan supaya kacang tanah tidak menyerap perisa kuah kacang dan kuah tidak menjadi cepat kering.


Panaskan minyak dan tumis bahan kisar sehingga naik bau. Kemudian masukkan cili kisar, tumis lagi hingga cili benar benar masak dan terbit minyak. Nota: ini penting supaya kuah kacang sedap dan masak sempurna.


Masukkan daging (rebus sehingga empuk) dan kacau rata. Setelah terbit minyak, masukkan sedikit air rebusan daging, air asam jawa, gula, gula Melaka, garam dan masak sehingga mendidih dan sedikit pekat.



Akhir sekali, masukkan kacang tanah yang telah direbus. Masak atas api perlahan. Sesuaikan rasa dan kepekatannya. 


Kalau pekat, tambah air panas. Kuah kacang mesti ada rasa manis, baru sedap. Jika kurang manis, tambah gula sedikit demi sedikit.



Bolehlah angkat dan dihidangkan dengan nasi impit dan hirisan timun serta bawang.



Nota:
Boleh masukkan dalam bekas bertutup kecil dan simpan dalam freezer untuk kegunaan akan datang.


Catat Ulasan for "Kuah Kacang Daging My Keeper Recipe"