Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Mee Hoon Goreng Merah dan Garing Garing



Assalamualaikum semua. Lama tak bersiaran. Sebelum itu, jangan lupa klik iklan yang keluar di bahagian atas blog ini tau. Juga klik link follow blog. Terima kasih atas kerjasama anda semua. 

Sekarang ini musim Haji di mana saat jemaah Haji dari seluruh dunia mulai berkumpul di tanah suci Mekah menantikan hari wukuf di Padang Arafah. 

Pada saya sendiri, saat mengerjakan Haji dengan penerbangan KT70 adalah saat indah yang masih segar dalam ingatan. Ianya seolah olah video yang sentiasa berputar putar dalam kepala. Setiap pergerakan saya semasa di sana terutama saat mengerjakan ibadah Haji terakam dengan kemas dalam ingatan. 

Dari saat kami menaiki bas bergerak ke Padang Arafah, bermabit dan mengutip anak batu di Mudzalifah dan bermalam di khemah di Mina. Saat melontar, mengerjakan tawaf Haji dan sae. Semuanya masih jelas. Syukur ya Allah kerana ini adalah video yang terindah dihadiahkan untuk saya. 

Saya pergi menunaikan Haji pada tahun terakhir sebelum hotel hotel dan bangunan di sekitar masjidil haram dirobohkan bagi tujuan pembinaan hotel hotel baru dan pembesaran masjidil haram. 

Bila jemaah selesai kerja kerja Haji, kerja merobohkan pun bermula. Hotel saya ketika itu terletak hanya 20 langkah dari pintu tingkat 1 bukit Marwah. Ketika itu juga, bekas Presiden Iraq Saddam Hussein digantung sehingga mati. 

Serious saya sangat merindui suasana masjidil haram ketika itu. Semua dekat dan bila berjalan sepanjang jalan akan kedengaran alunan bacaan Al Quran yang dimainkan. Ketika itu dengan bayaran sebanyak RM18K seorang, kita boleh dapat bilik berdua yang selesa. 

Kini harga tersangat mahal untuk hotel dekat sehingga mencapai RM80-100K. Masya Allah. Allah akan menggantikan setiap sen yang dibelanjakan untuk Haji dan umrah dengan satu cara yang kita mungkin sedar atau tidak. Insya Allah. OK sekarang kita masuk pula bab resipi. 


Saya goreng mee hoon hari ini kerana mee hoon seperti ini sangat jarang untuk menemuinya di kedai kedai makan atau restoran. Mee hoon seperti ini hanya ada di rumah yang di “homecooked” oleh tuan rumah kalau kita berkunjung ke rumah mereka. 

Bahan yang digunakan sangat simple. Tak ada perencah mahal mahal pun. Yang mungkin kalau tak selalu ada di dapur ialah daging. Yang lain, semua yang ada hari hari di dapur kita. Sayur boleh guna apa sahaja sayur yang ada. 

Alhamdulillah sangat sedap sangat puashati dapat menikmatinya sehingga menambah 3 kali. Haaa tu dia. Tak perlu guna bahan mahal perencah pelbagai untuk memasak dengan sedap. Haa resipi dah ada kat bawah, video juga dah ada. Tinggal klik jer. Jangan lupa klik follow blog tau. 

Jom layan resipi dan cara penyediaannya di bawah ini. Jangan lupa video di Azie Kitchen Youtube Channel di SINI. Selamat mencuba.... 


Mee Hoon Goreng Merah dan Garing
Oleh: Azie Kitchen

Bahan kisar kasar:
1 biji bawang Holland
4 biji bawang merah
5 ulas bawang putih
Segenggam cili kering - buang biji dan rebus - saya guna cili tak pedas

Bahan lain:
1 pek mee hoon Jasmine - rendam
3 ikat sayur bok choi
1 mangkuk daging batang pinang
1 sudu besar serbuk cili - boleh kurangkan
1-3 sudu besar sos tiram
1 sudu besar kicap pekat
1 kiub pati ayam
1 sudu kecil garam atau secukupnya
¾ cawan minyak masak

Cara cara:
Panaskan minyak dan tumis bahan kisar dan serbuk cili sehingga garing.nota: bahan kisar jika dikisar dengan sedikit sahaja air akan cepat masak dan garing. 

 
Masukkan sos tiram, kicap pekat, kiub pati ayam dan garam. Kacau rata. Masukkan 1 cawan air untuk sebatikan semua bahan. Masak lagi sehingga terbit minyak. 

Masukkan daging. Kacau rata. Masukkan 1-2 cawan air untuk empukkan daging. 


Setelah daging empuk dan terbit minyak, masukkan mee hoon yang telah  direndam seketika dengan air suam. Kacau rata. 

Akhir sekali, masukkan batang bok choi dan kacau rata. Kemudian masukkan daun bok choi. 


Goreng sehingga kering yang disukai dengan menggunakan api yang besar.


Nota:
Jika suka taugeh, tutup api dan masukkan taugeh. Kacau rata.

Catat Ulasan for "Mee Hoon Goreng Merah dan Garing Garing"