Sambal Ikan Bilis Chef Jo
Hari ini, kita dah masuk ke 10 akhir Ramadhan, Alhamdulillah. Jangan lupa masuk jer solat Maghrib malam ni, kita perbanyakkan ibadah. Segala galanya bermula dari solat sunat, zikir, mengaji, tadabbur dan sedekah.
Kalau kita bersedekah setiap malam, pasti akan dapat ganjaran seolah bersedekah 1000 bulan. Kalau saya, saya akan bersedekah selepas solat Isyak. Atau bila bila pun boleh selepas masuk waktu Maghrib. Jom kita rebut peluang ini. Sekarang masuk pula bab resipi.
Nak raya ni, boleh buat stock sambal ikan bilis bukan sahaja boleh dihidangkan dengan lemang atau pulut kuning tapi juga boleh dibuat lauk untuk lontong dan kuah lodeh.
Saya belajar resipi ini mengikut apa yang dikongsi oleh Chef Jo tapi dah lupa di mana saya menemuinya. Lagi pula ini entri tahun lepas yang dah lama tertangguh. Tak sempat nak publish.
Jom layan resipi dan cara penyediaannya di bawah ini. Jangan lupa video di Azie Kitchen Youtube Channel di SINI. Selamat mencuba….
Sambal Ikan Bilis
Oleh: Azie Kitchen
Bahan bahan:
1 genggam ikan bilis
6 sudu besar cili kering kisar
4 biji bawang besar - hiris
1 keping asam keping
Garam
1-2 sudu besar gula
Serbuk perasa
Sedikit santan pekat
Minyak masak
Bahan kisar:
Sejemput ikan bilis
6 ulas bawang putih
4-5 biji bawang merah
Sedikit air
Cara cara:
Panaskan minyak dan tumis bahan kisar hingga garing. Masukkan asam keping. Masukkan bawang besar dan kacau sehingga layu. Masukkan cili kisar.
Masukkan garam, gula. dan serbuk perasa. Masukkan ikan bilis dan sedikit air. Kacau rata.
Akhir sekali, masukkan. sedikit santan pekat. Kacau rata dan kecilkan api. Masak sehingga terbit minyak, boleh tutup api.
Sedap dimakan dengan pulut kuning atau nasi lemak.
Catat Ulasan for "Sambal Ikan Bilis Chef Jo"
Add your comment