Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Kuih Sagu Merah Tanpa Kukus Yang Terpaling Sedap



Assalamualaikum kita bersua lagi. Alhamdulillah. Jangan lupa untuk klik iklan yang keluar di blog saya. Sekadar makluman, saya rasa ramai yang tidak klik iklan kerana mereka fikir bila mereka masuk ke blog saya telah menjana income pada blog. Dari sebagai contoh, 25K yang masuk, hanya 400 sahaja yang klik. Itu yang saya kena tulis di sini berulang kali. 

Juga jangan lupa untuk klik follow di butang yang disediakan dalam blog saya untuk mendapat notifikasi setiap kali ada entri baru. Kerjasama anda didahului dengan ucapan jutaan terima kasih.

Saya inginkan kongsikan sedikit dari taddabur surah Al Baqarah. Surah Al Baqarah ayat 30 Allah menyebut manusia adalah khalifah yang perlu menegakkan hukum Allah di muka bumi. 

Surah Al Baqarah turun di Madinah dan sahabat Nabi bertemu dengan Yahudi di Madinah. Sahabat nabi dari Mekah tahu bahawa Yahudi ni orang beragama, hebat dan ahli kitab yang memiliki kitab Taurat. Tapi gambaran sahabat terhadap orang Yahudi ini tidak tepat setelah Allah cerita hakikat sebenar berkenaan Bani Israel dalam surah Al Baqarah ayat 40-123.  Tembelang Yahudi dibongkar sehingga sahabat yang belajar Al Quran tahu siapa sebenarnya Yahudi yang nampak seperti ahli kitab tapi kitab tiada dalam diri mereka. 

Jadi sahabat hanya merujuk kepada Nabi Muhammad sahaja sebagai guru sebenar dan Nabi akhir zaman. Yahudi dari segi penampilan seperti beragama tapi hakikatnya tak ada. Nabi akhir zaman yang lahir di Mekah ni hebat, ada pertalian dan anak cucu Nabi Ibrahim dari keturunan Ismail. Manakla susur galur Yahudi ialah dari keturunan Nabi Ibrahim tapi dari keturunan Nabi Ishak. 

Musyrikin Mekah juga ada pertalian dengan agama di mana mereka mengikuti Nabi Ibrahim. Kehebatan pembina Kaabah iaitu Nabi Ibrahim, adanya Nabi Musa, Nabi Isa dan Nabi Muhammad yang juga Nabi Ulul Azmi, selain Nabi Nuh. 

Sebenarnya mengikuti taddabur Al Quran ini sangat menarik kerana banyak sejarah dan perkara dalam kehidupan kita ada diceritakan dalam Al Quran. Seperti kata Dato Dr Ustazah Fatma Elzahraa, jangan hanya membaca Al Quran tanpa faham maknanya kerana ia tidak memberikan kesan pada kita. 


Saya belajar sukatan air dan sagu ini dengan sahabat UM saya iaitu Hjh Maimunah. Kalau kita tengok dalam google, ada yang guna 2 cawan, ada 3 cawan dan ada yang guna 4 cawan. Saya pernah guna 4 cawan tapi kuihnya agak lembik sedikit. Sukatan 1:3 hari ni macam OK jer. Mudah ditanggalkan dari acuan dan masih gedik gedik manja gitu. 

Saya suka kuih sagu tanpa kukus kerana ianya lebih lembut berbanding sagu yang dikukus yang akan lebih kenyal kenyal. Tapi kalau masak yang tanpa kukus, sukatan air kena lebih tepat. Kalau yang kukus, jika masih ada warna putih, ianya akan hilang bila dikukus.

Jom layan resipi dan cara penyediaannya di bawah ini. Jangan lupa video di Azie Kitchen Youtube Channel di SINI. Selamat mencuba....


Kuih Sagu Tanpa Kukus
Oleh: Azie Kitchen

Bahan A:
1 cawan sagu - lalu bawah air paip dan tos
3 cawan air
¾ cawan gula pasir 
1 sudu kecil sirap rose merah 
Sedikit pewarna merah - jika suka
Sedikit esen vanilla - jika suka

Bahan B
1 cawan kelapa parut
½ sudu kecil garam

Cara cara:  
Lalukan sagu bawah air dan toskan. Kemudian, panaskan air bersama daun pandan. 

Bila dah mendidih masukkan sagu. Nota: Selalu dikacau dan jangan tinggal. 


Kacau sehingga sagu hampir jernih, masukkan gula dan sirap rose merah. 

Kacau lagi atas api yang sederhana iaitu sehingga masak dan sagu menjadi jernih. 


Angkat dan sejukkan ke dalam bekas. Boleh masukkan dalam peti ais jika perlu. 


Kelapa parut tadi masukkan garam dan gaul. Bila sagu dah keras dan potong kecil ikut citarasa. Boleh golekkan dalam kelapa. 



Nota:
Untuk sagu dengan santan dan gula melaka juga guna nisbah 1 sagu : 3 air. 

Catat Ulasan for "Kuih Sagu Merah Tanpa Kukus Yang Terpaling Sedap"