Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Mee Hoon Goreng Orang Berniaga



Alhamdulillah kita bertemu lagi sebelum saya bercuti selama beberapa hari sepanjang percutian saya dan rakan rakan alumni ke Vietnam. Jangan lupa nantikan update percutian saya di Instagram saya @aziekitchen atau facebook page saya di Azie Kitchen Blogger. Jangan lupa untuk klik follow dan subscribe ya. 

Kuliah Ustazah Dr Fatma Elzahraa di facebook live tadi berkenaan dengan malam pertama di alam kubur. Agak panjang kerana ustazah berikan semua ayat Al Quran sebagai dalil yang menyebut mengenai sesuatu peringkat kejadian. Cuma saya ingin berkongsi sedikit sahaja yang antaranya ialah berkenaan saat sakaratul maut. 

Sakaratul maut tak mudah untuk semua orang, hatta Rasulullah yang sebaik baik manusia dan yang maksum juga melalui ujian kesakitan sakaratul maut. Jadi kita disarankan untuk memperbanyakkan doa setiap selepas waktu soalt dengan doa, Allahumma Hawwin 'Alaina fii sakaratulmaut. Ya Allah, Permudahkan lah Aku Menghadapi Saat Sakaratul Maut"

Sesungguhnya sakaratul maut adalah saat getir untuk seseorang dan ujian ketika ini tidak sama antara seorang dengan seorang yang lain. Hadis di mana Rasulullah bersabda, tanda husnul khatimah ialah apa yang kamu buat di akhir. Contoh mati ketika sedang solat atau saat berbuat apa apa kebaikan. Ada orang mati ketika sedang minum arak. Jadi ini adalah antara tanda kalau seseorang mati dalam husnul khatimah atau suul khatimah. 

Mudah mudahan kita tergolong dalam orang yang mati dalam husnul Khatimah. Dunia adalah sementara yang penuh tipu daya. Alam akhirat ialah alam yang kekal. Jadi jangan tertipu dengan dunia, hatta tak ada nilainya walaupun dibandingkan dengan sayap nyamuk. OK setakat ini dahulu, semoga bermanafaat.


Entah kenapa malam tadi, tiba tiba terasa nak makan mee hoon goreng yang simple. Rasa nak makan mee hoon goreng yang kita beli di gerai gerai tepi jalan tu. Mee hoon tu biasanya sangat simple, tak ada ayam atau daging. Sayur pun kalau ada, jarang jarang jer jumpa seketul. Haa gitu.

Ini bukan lah resipi mee hoon goreng yang biasa kita masak untuk makan sendiri di rumah. Diletakkan pelbagai bahan dan perencah. Ada yang letak ikan bilis, udang kering, udang hidup, taugeh atau kucai dsb. 

Kira kiranya ini adalah mee hoon goreng marhaien jer. Kicap tak letak sebab saya lebih suka mee hoon goreng berwarna kemerahan sedikit. Apa apa pun, ianya sangat sedap. Makan pula dengan ayam goreng panas panas, wallaaa padu.

Jom layan resipi dan cara penyediaannya di bawah ini. Jangan lupa video di Azie Kitchen Youtube Channel di SINI. Selamat mencuba…


Mee Hoon Goreng Orang Berniaga 
Oleh: Azie Kitchen

Bahan-bahan:
1 pek mee hoon - rendam
Sayuran disukai
Minyak masak

Bahan Tumbuk:
15 biji bawang merah
8-10 ulas bawang putih
1-2 sudu besar cili kering kisar
2-3 sudu besar ikan bilis - opsyenal

Bahan A:
1 paket fish ball 
2 biji telur

Bahan B:
1 sudu sos tiram
1 sudu sos tomato
4 sudu sos cili
½ sudu kecil garam
½ sudu kecil gula 
Serbuk pati ayam 

Cara cara:
Rendam mee hoon dalam air biasa sehingga lembut. Kemudian tos dan ketepikan.


Panaskan minyak dan tumis bahan tumbuk sehingga terbit minyak. Nota: Jika suka, boleh tambahkan ikan bilis dan ditumbuk sekali. 

Setelah terbit minyak, masukkan fish cake dan telur. Kacau rata. 



Masukkan bahan B dan kacau rata. Biarkan sehingga sebati. Masukkan gula dan garam serta serbuk pati ayam, jika suka.


Masukkan mee hoon dan sayuran yang disukai. Nota: jika mee hoon kurang lembut, boleh tambah ½ -1 cawan air panas. Kacau sehingga mee hoon kelihatan ringan, tak basah dan berkilat terbit minyak. Boleh tutup api. 


Jika suka, taburkan bawang goreng, daun bawang, cili merah hiris atau apa apa yang disukai.


Catat Ulasan for "Mee Hoon Goreng Orang Berniaga"