Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Masak Lemak Udang Belimbing Buloh Versi Dr Nana


Saya ingin kongsikan sinopsis surah kahfi yang disampaikan oleh Ustaz Najib Kassim dalam kuliah zoom. Kita biasa membaca surah Al Kahfi setiap malam Jumaat atau hari Jumaat tapi kita tak tahu apa kandungan surah tersebut. Jadi lah kita seperti keldai yang membawa barang di atasnya tapi tidak tahu apa yang dibawa di belakangnya. 

Sinopsis kisah dalam surah Al Kahfi ini berkenaan bagaimana geng Mekah yang sentiasa menyoal Nabi dengan pelbagai soalan. Dekat Bukit Safa ada Darul Nadwah, parlimen Quraisy tenmpat mereka berkumpul maki hamun nabi merancang nak jatuhkan Islam. Cerita orang Mekah sentiasa tak setuju dan benci pada Nabi. 

Bila Nabi cerita tentang hari akhirat. Ada hidup lepas mati. Orang musyrikin tak puashati sebab setiap kali argue, Nabi jawab apabila wahyu diturunkan. Setiap persoalan mereka ada jawapan. Tentang roh, harta rampasan. Semua dapat dijawab. Sehingga mereka diam dan tak mampu menjawab balik. Mereka takut kalau Nabi Muhammad betul betul seorang Nabi. Habis lah perniagaan kita kerana ramai akan ikut Nabi. 

Benda yang melangkaui zaman mereka jumpa pendeta Yahudi yang ada di Yathrib atau Madinah sekarang. Mereka walaupun ikut Nabi Ibrahim tapi tak ada kitab untuk dirujuk. Mereka rujuk pada pendeta Yahudi. Macam mana mereka boleh kenal yang Nabi Muhammad tu betul ke seorang Nabi. Pendeta minta untuk bertanya dengan Nabi Muhammad beberapa soalan. Kalau dia tak boleh jawab 3 soalan, dia bukan seorang Nabi. Soalan ke4 kalau dia boleh jawab, pun dia bukan seorang Nabi. 

Mereka disuruh bertanya berkaitan siapa pemuda tinggal dalam gua. Soalan kedua berapa orang mereka tu. Ketiga berapa lama dalam gua dan keempat hakikat roh iaitu apakah roh tersebut.

Nabi meminta mereka untuk datang esok. Aku akan cerita. Sebabnya kerana Nabi sendiri tak tahu jawapannya. Dan Nabi yakin Allah akan bantu dalam bentuk penurunan wahyu. Walaupun Nabi adalah seorang Nabi dan tidak semua benda pun dia tahu.

Allah mengetahui perkara ghaib melainkan 5 benda langit dan bumi, turun hujan, apa ada dalam rahim, apa dia akan dapat esok hari, tak tahu bila dan di mana dia akan mati. Semua dalam alam ghaib tidak diketahui melainkan Allah.

Mereka menunggu jawaban Nabi sehingga berbelas berbelas hari hingga 17 hari tiada jawapan atas persoalan. Mereka mula ejek Nabi. Nabi diam dan tidak memberi jawapan.

Menariknya dalam surah Al Kahfi ayat 24, Allah tegur Nabi Muhammad dan orang yang suka berjanji tapi tak tepati janji. Jangan kamu berkata sesuatu benda melainkan kamu menyebut Insya Allah. Allah didik dan ajar Nabi dan kita untuk menyebut saat berjanji kerana kita tak tahu apa yang akan berlaku esok hari. Contoh kuliah zoom tak dapat dibuat kerana line internet terjejas. Tak boleh dilaksana seperti rancang disunat tersebut menyebut berbunyi qodarullah wa maa sya’a fa’ala. Allah telah menentukan apa dikehendaki dan berlaku atas apa ketentuan Allah. Sunnah menyebut begitu.

Akhirnya Allah turunkan jawapan kepada persoalan orang Quraisy iaitu siapa mereka - kumpulan pemuda yang beriman dan kami tambah pada mereka petunjuk dan hidayah. Berapa orang - Yahudi tahu jawapan itu pelbagai jawapan. Dan tak pasti berapa jumlah sebenar. Sesama kaum Israel kata 3-4 bersama mereka anjing. Mereka tidak sependapat. Al Quran kata tiga 4 bersama mereka anjing, pergi cakap kat mereka hanya Allah sahaja yang tahu. Kenapa nak sibuk sibuk. Al Quran tak cerita berapa bilangan kerana tak penting. Yang penting kenapa mereka buat, kerana iman. Kenapa tak bincang pasal iman?

Berapa lama - Allah jadikan Nabi tidak akan bercakap ikut hawa nafsu tapi bercakap ikut Al Quran. Allah turunkan petikan ayat dalam surah Al Quran, telah mereka berada dalam gua tersebut 300 tahun + 9 tahun. 309 tahun. Allah tahu berapa lama. Tak penting nombor tapi apa pengajaran yang kita boleh dapat. Yang penting mereka pelihara iman. Kenapa tak bincang tentang mereka yang memelihara iman. Mereka golongan beriman. Terdiam orang Quraisy tak boleh berlawan hujjah dengan Nabi.

Soalan keempat ialah Hakikat Roh - mereka bertanya tentang roh. Nabi jawab dia tak tahu. Allah sahaja yang tahu persoalan tentang roh. Tiada hak untuk Nabi bercerita tentang hakikat roh. Kerana Nabi tak tahu. Malaikat pun tak tahu kalau Allah tak bagi tahu. 

Cerita surah Al Baqarah ketika Allah nak ciptakan Adam sebagai khalifah. Malaikat tanya kenapa nak jadikan makhluk yang merosak di muka bumi. Apa Allah buat kat Adam. Kami ajar pada Adam tentang ilmu nama dan Allah tanya Malaikat tentang nama yang kami ajar pada Adam. Jawab Malaikat tiada lah yang kami mengetahui sebarang ilmu melainkan apa yang engkau ajar.

Huruf muqatta'ah di mana Allah sahaja yang mengetahui apa yang dihendaki dengan huruf tersebut. Betapa kerdilnya kita manusia. Kalau Allah tak cerita, nescaya kita tak tahu.

Walaupun semua jawapan Nabi adalah bertepatan dengan soalan dari pendeta tapi orang Quraisy yang kufur tetap kufur. Tetap tak terima ajaran Nabi. OK setakat ini dahulu, sekarang kita masuk pula bab resipi.


Nelly membawa balik udang dari Kota Kinabalu. Memang sedap udang laut lagi lagi yang warna kuning. Kalau udang yang dibeli di kedai runcit, biasanya udang yang dibela bukan udang laut. Rasanya berbeza sangat. 

Itu sebab harga pun tak semahal harga udang laut yang dalam RM70-80 sekilo. Udang bela boleh dapat RM30-35 sekilo. Tapi kalau beli di Sabah, boleh dapat sekilo udang kertas kuning dengan harga RM38-48 sekilo untuk yang saiz sederhana. 

Hari ini saya menggunakan resipi versi Nana, cuma saya tak letak bawang putih. Saya juga menggunakan belimbing buloh yang memang sangat sedap dimasak lemak bersama udang ni. Meratah ratah saya makan belimbing ni. Memang sangat sedap dengan rasa lemak masam.

Jom layan resipi dan cara penyediaannya di bawah ini. Jangan lupa video penyediaannya di Azie Kitchen Youtube Channel di SINI. Selamat mencuba.... 


Masak Lemak Udang Dr Nana
Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan:
10-15 ekor udang kertas laut - 500 gram
1 batang serai - ketuk
Belimbing buloh 
1 kotak santan 
1 keping asam keping - jika belimbing tak cukup masam 
Daun kunyit - hiris
Serbuk kunyit - opsyenal
Garam
Serbuk perasa - opsyenal

Bahan Tumbuk:
4-5 biji bawang merah
7 biji cili padi - ikut pedas disukai
2-3 inci kunyit hidup

Cara cara:
Tumbuk bawang merah, cili padi dan kunyit sehingga lumat.

Masak bahan tumbuk dengan sedikit air dan serai dengan api perlahan sehingga air hampir kering. 


Masukkan santan dan air secukupnya. Masak sehingga mendidih sambil terus menerus dikacau supaya santan tidak berketul.

Bila mendidih masukkan belimbing, udang dan daun kunyit. Kemudian masukkan asam keping (jika belum cukup rasa masam), serbuk kunyit, garam dan serbuk perasa.

Bila udang masak, bolehlah tutup api dan sedia untuk dihidangkan.


Nota:
Nana memasukkan bawang putih, tapi saya tak letak. 


Catat Ulasan for "Masak Lemak Udang Belimbing Buloh Versi Dr Nana"