Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Mee Hoon Goreng Nana Ain Yang Sedap



Alhamdulillah hari ini saya ingin kongsikan satu resipi menarik dan juga perkongsian ilmu yang sangat bermanafaat untuk saya dan untuk kita semua. Insya Allah. Sebelum itu, jangan lupa klik iklan yang keluar di blog saya tau. Terima kasih atas kerjasama anda semua.

Petikan kuliah zoom oleh Habeeb Zainal Abidin berkenaan ciri ciri orang beriman. Iman dan Islam adalah hadiah berharga dari Allah kepada sesiapa yang Allah kehendaki. Moga moga kita beriman yang sebenar benar dalam hati yang diterjemah dengan perbuatan. Setiap sesuatu, pasti ada tandanya. Apa bukti? Tidak terpedaya dengan keduniaan. Siang dan malam beribadah. Seakan akan melihat arasy Allah begitu jelas depan mata. Dan melihat penghuni syurga berbahagia dan penghuni neraka hidup dalam azab. Kerana ada di dalam Al Quran, maka dihayati dan diyakini telah berlaku. Walaupun belum ada penghuni di syurga dan neraka. Ia dibayangkan sudah berlaku oleh Haritsah.

Lazimkan lah dalam keadaan itu semoga penghujung kehidupan juga dalam keadaan iman. Dalam doa sebagaimana engkau bagi iman dan islam, jangan lah cabut dari kami sehingga kami mati dalam iman dan Islam.

Dalam surah Al mukminum ayat 1-11 ada ciri ciri orang beriman. Tambahkan lah pada aku dan jangan kurangkan keimanan muliakan kami, jangan hina kami, beri lah pada kami jangan cegah pemberian mu pada kami, dahulukan kebaikan mu dan jangan belakangkan kami dalam menerima kebaikan, redhakan lah agar redha kepada engkau. Telah turun 10 ayat pada barang siapa melakukan pada 10 ayat maka akan masuk syurga.

Ciri ciri orang beriman. Pertama, orang yang khusyuk dalam solat. Bicara tentang solat dan khusyuk. Umpama roh pada jasad. Tak ada makna jasad tanpa roh, akan jadi bangkai. Nabi bersabda bahawasanya Allah tak terima solat hamba melainkan pada batas khusyuk dalam solat dan pahala diberi pada Allah. Ibadah yang sah dan diterima dengan diberi balasan pahala. Ibadah sah belum tentu makbul. Solat sah bila dipenuhi segala rukun. Begitu juga adanya Rukun haji, rukun puasa ada 3, maka puasa sah. Sama juga dengan zakat dan ibadah yang lain. Bila dipenuhi rukunnya, maka sah. Tak perlu qada dan telah ditunaikan. Ibadah yang diberi pahala, ialah ibadah yang makbul. Berapa banyak orang solat, tapi tak dapat pahala tapi dapat letih sahaja. Berapa ramai orang puasa tapi dapat lapar sahaja. Ibadah sah tapi tidak makbul. Mungkin kerana riak, tak khusyuk atau tidak ikhlas sehingga tidak diterima dan diberi pahala. Kualiti ibadah mesti dijaga. Barang siapa mengharap pahala ketika jumpa Allah hendaklah beramal dengan soleh dan tidak menyekutu Allah dengan apa sahaja.

Bagaimana nak khusyuk. Apa definisi khusyuk? Ertinya hadir nya hati ketika beribadah. Rasa hina diri ketika beribadah atau solat. Fokus untuk hadir diri. Tidak ingat benda lain ketika solat. Menghinakan diri di hadapan Allah. Ada rasa takut. Takut sombong dengan amal yang dibuat, takut bangga, malu dengan Allah. Hadir hati bersama Allah ketika beribadah. Malu pada Allah untuk yakini diri belum cukup sempurna, belum buat yang terbaik. Banyaknya kekurangan diri sendiri. Malu pada Allah. Hadir hati, rasa malu dan rasa takut.

Pandangan mata jangan beralih dari tempat sujud. Jangan mata bergerak ke kanan kiri. Mata fokus bantu hati menjadi fokus. Ketika Tasahud, fokus pada tangan. Kalau hati orang ini khusyuk, maka anggota badan lain pun juga khusyuk. Tenangnya anggota badan yang lain. Tangan tak banyak bergerak. Kaki pun tak bergerak gerak. Tenang seluruh anggota badan.

Macam mana nak khusyuk dalam solat, ketika wudhu juga khusyuk jangan bercakap. Hadirkan diri. Baca surah An Nas sebelum takbir. Hati mengikuti lisan dalam pergerakan bacaan. Baca doa iftitah, hati follow lisan. Lisan baca tapi hati tak fokus, maka akan terlepas khusyuk. Ketiga, jika memahami maksud bacaan yang dibaca. Hati dengar apa yang dibaca. Hayati makna yang ada pada ayat tersebut. Ini cara untuk raih khusyuk.

Kedua, ciri orang beriman ialah mereka yang berpaling dari hal yang laghaa yang boleh jadi yang batil, mungkar atau tidak berfaedah. Jauhi dari mungkar dan batil adalah satu benda wajib. Tapi ramai tergelincir dengan hal tak berfaedah walaupun bukan mungkar. Habiskan masa di FB dan IG untuk benda tidak berfaedah seperti fokus pada membaca komen yang membuang masa. Indahnya Islam seseorang bila dia tinggalkan benda yang tak berfaedah untuknya. Kalau lalu tempat laghaa, lalu dengan laju tanpa singgah. Contoh tempat orang menyanyi. Termasuk baca surat khabar yang tak berfaedah walaupun tak berdosa. Adakah bertambah ilmunya. Kalau tak ada faedah, kira laghaa. Dengar kutbah hari jumaat tak boleh laghaa. Hatta main batu, dikira laghaa. Tak dapat pahala jumaat. Lindungi diri dari hal tak berfaedah.

Ketiga, orang yang menunaikan zakat. Hubungan orang beriman dengan harta. Harta ada hak dan 5 perkara yang dilindungi syarak. Tak boleh dapat harta secara curi atau rasuah, tidak boleh guna harta pada tempat tidak betul seperti sedekah pada hal maksiat. Ada harta ada kehormatan pada cara benar dan diguna juga pada cara yang benar.

Harta secara independant punya hak untuk dijaga kehormatannya. Hatta pada orang yang memiliki harta. Contoh, harta banyak tapi gila, dia tak boleh pegang harta. Budak tak boleh pegang harta sehingga baligh dan bijak dalam mengurus harta. Kalau bijak, serahkan pada dia kerana harta ada kehormatannnya mengikut syarak. Disoal 4 perkara masa umur, jasad, ilmu dan harta. Harta dapat dari mana dan diguna untuk apa. Dapat cara halal tapi guna untuk hal haram, pun tidak boleh. Harta juga mesti ditunai zakatnya.

Keempat, ciri orang beriman ialah orang yang menjaga kemaluan dan kehormatannya. Shahwat dan hawa nafsu. Hubungan manusia dengan shahwat. Manusia ada shahwat. Kita dianjur pernikahan kerana memenuhi fitrah yang ditetap Allah pada anak Adam lelaki dan perempuan. Berpasangan antara lelaki dan perempuan. Berlawan jenis.

Bercanggah dengan tuntutan fitrah, bila kecenderungan dengan sesama jenis. Bertentangan. Walaupun saya ada syahwat di situ. Allah tidak letak sifat bertentangan dengan fitrah kecuali sifat itu muncul kemudian. Allah tak jadikan seseorang ada kecenderungan sesama jenis. Segala sesuatu dijadikan berpasangan jantan betina, positve negative. Fitrah kamu dijadikan lelaki dan perempuan. Saya punya sifat seperti itu tak boleh ubah ini pemberian dari Tuhan. Seseorang itu tidak boleh kata Allah jadikan saya tuli maka saya tak boleh ubah. Kalau boleh berubat untuk dapat peluang mendengar kenapa tak nak berubat. Cari penawarnya jika ada kecenderungan sama jenis.

Nabi Luth diutuskan kepada kaum untuk beritahu kecenderungan lelaki dengan lelaki adalah bertentangan dengan fitrah. Untuk apa Allah utus Nabi Luth untuk berdakwah. Allah tidak jadikan syahwat melainkan ada solusi untuk guna syahwat tepat pada tempatnya. Guna kemaluan bukan pada syariat Allah maka ia termasuk perbuatan melampau termasuk mereka yang guna tangan.

Kelima, ciri orang beriman ialah mereka yang menjaga amanahnya dan memenuhi janjinya. Janji akan disoal Allah. Yang paling berat ialah janji beriman ketika ditanya adakah Aku Tuhan kamu. Jawab ya. Tanda orang munafik bila bercakap, dusta bila berjanji, engkar dan kalau diberi amanah, dia khianat. Bertentangan sifat dengan orang beriman yang bercakap jujur, janji dipenuhi dan jalankan amanah. Aku jamin pada nya syurga. Jujur ketika berbicara, penuhi ketika berjanji dan jalankan amanah. Amanah punya makna yang luas. Amanah anggota tubuh badan. Mata amanah, telinga amanah yang juga kena jaga amanah pada anggota tubuh badan. Jaga anggota tubuh badan 7 mata, telinga, lisan, tangan, perut, kaki dan kemaluan. Jika yang ini terjaga, maka yang lain mudah untuk dijaga.

Keenam, orang yang menjaga solat mereka. Maksudnya jaga hak solat sebelum dan selepas solat. Merasa seronok untuk solat. Bersiap sedia sebelum masuk waktu untuk solat. Solat tepat pada waktu, pakaian bersih. Selepas solat, jaga dari perbuatan mungkar kerana solat mencegah dari perbuatan keji dan mungkar.

Ketujuh, pewaris kepada syurga firdaus dan kekal di dalamnya. Semoga Allah kekalkan iman sehingga kita tergolong orang beriman yang sebenar. Aamiin. OK setakat ini dahulu, semoga bermanafaat.


Sekarang kita masuk pula bab masakan. Saya tidak selalu menyediakan mee hoon goreng berbanding dengan mee goreng. Bila saya memasak, saya rasa macam tak sedap. Tapi bila makan, siap menambah nambah dan mengulang ulang sampai petang sehingga habis. 

Saya lebih suka orang lain yang masakkan mee hoon goreng untuk saya. Seperti mee juga, mee hoon goreng di kedai memang confirm tak sedap. Confirm tak kena dengan selera saya. 

Jadi bila Nana free, saya akan minta dia masakkan kerana mee hoon goreng Nana jer yang sedap dan kena dengan citarasa saya. Tapi itu lah, dia selalu sibuk. Kalau hari minggu atau hari cuti, banyak aktiviti dia untuk melayan anak anak. Dia sangat mementingkan pembelajaran anak anak. Pembelajaran bukan semata mengadap buku tapi pendedahan pada game, pada binatang dsb. 

Jom layan resipi dan cara penyediaannya di bawah ini. Selamat mencuba…


Mee Hoon Goreng Nana Ain
Oleh: Azie Kitchen

Bahan kisar:
1 ½ biji bawang merah besar
3 ulas bawang putih
2-3 genggam Ikan bilis - ½ mangkuk
7-8 ikut ekor udang - ikut disukai
Karot
Sayur kubis
1 biji buah tomato - belah 6

Bahan lain:
1 pek mee hoon - rendam 80%
1 biji bawang besar - hiris - saya skip
1 sudu besar cili kisar
3 sudu besar sos tiram
4-5 sudu besar Kicap manis
¾ sudu kecil garam
Minyak masak

Cara cara:
Rendam mee hoon hingga 80% lembut. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar sehingga naik bau.

Masukkan cili kisar dan tumis hingga benar benar terbit minyak. Nota: masukkan air berulang kali dan tumis sehingga terbit minyak untuk pastikan cili benar benar masak.

Masukkan sos tiram dan kicap manis. Masukkan garam.

Masukkan udang, fish ball dan karot. Kacau rata rata. Masukkan sedikit air. Masukkan kubis.

Tuang telur. Biarkan telur hampir masak dan kacau sehingga telur masak.


Masukkan mee hoon dan kacau rata sehingga sebati dan terbit minyak. Akhir sekali, masukkan buah tomato.



Sebelum dihidangkan tabur daun bawang dan bawang goreng.

Catat Ulasan for "Mee Hoon Goreng Nana Ain Yang Sedap"