Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Masak Lemak Udang Mudah Dan Sedap



Assalamualaikum semua. Hari ini kita bersiaran lagi. Semoga anda semua sihat walafiat di hari Jumaat yang merupakan penghulu segala hari. Kalau belum membaca surah Al Kahfi malam tadi, jangan lupa untuk membacanya hari ini. Jangan lupa juga klik iklan di blog saya tau. Terima kasih atas kerjasama anda semua. Semoga Allah sahaja yang mampu membalasnya.

Sebelum masuk bab resipi saya nak kongsikan intipati tazkirah Tokku Pasir Gudang, Ustaz Md Esa Deraman berkenaan nasihat Syeikh Abdul Qadir Jilani. Saya memang minat dengan ustaz ni kerana cara penyampaiannya yang jelas dengan bahasa yang tinggi pengertiannya serta menggunakan analogi yang mudah difahami. Panjang sedikit tak apa kerana manafaatnya sangat besar.

Wahai fulan jika kamu berkhidmat, orang lain juga akan berkhidmat, jika kamu menahan, kamu juga akan ditahan orang. Berkhidmat lah pada Allah. Jangan berkhidmat pada sultan yang tak boleh mendatangkan manafaat atau mudarat. Lihat lah apa yang boleh diberi kepada mu apa yang belum jadi bahagian mu. Atau boleh diberi sesuatu yang tidak dijadikan Allah bahagian mu. Tiada suatu pun datang dari kuasa mereka sendiri. Jika kamu kata datang dari kuasa mereka sendiri, kamu akan dicap kafir.

Tidak ada yang memberi atau menahan atau memberi manafaat atau mudarat. Tiada yang mendahului atau melambatkan melainkan Allah Azzawajallaa. Jika engkau mengaku engkau tahu semua ini. Bagaimana kamu tahu sedangkan kamu utamakan Allah selain Allah dalam usaha sehari hari mu. Celaka engkau bagaimana sanggup engkau rosakkan akhirat mu dengan dunia mu. Bagaimana kamu boleh merosakkan taat tuhan yang mencipta kamu dengan taat jiwa nafsu dan semua manusia. Bagaimana kamu rosakkan taqwa dengan mengadu nasib selain Allah. Tidak kah emgkau tahu bahawa Allah sentiasa pelihara orang bertaqwa dan menjaga mereka. Melindungi mereka dari segala macam yang dibenciNya. Memandang hati mereka, memberi mereka rezeki dari sumber yang tak disangka sangka.

Wahai anak Adam, malu lah pada ku. Sebagaimana engkau malu pada tetangga mu yang soleh. Jika hamba tutup pintu rumahnya dan tutup tabir dan sembunyi diri dari manusia dan buat maksiat. Wahai anak Adam, engkau jadikan Aku pemandang yang hina menyaksi kan perbuatan kamu itu. Selagi kita berada dalam kata nasihat Syeikh Abdul Qadir Jilani

Huraiannya ialah berkhidmat lah pada orang lain sebagaimana kamu mahu dikhidmati. Melaku baik pada semua manusia. Allah sebut dalam Al Quran Bukan kah dengan buat kebaikan, kebaikan juga akan sampai pada mu. Hendaklah tolong menolong dalam kebaikan dan ketaqwaan pada Allah. Nabi menyatakan, tidak akan beriman seseorang sehingga dia menyayangi saudaranya sebagaimana menyayangi diri sendiri. 

Baginda bersabda, tunai hajat manusia. Kalau seseorang keluar dari rumahnya untuk bantu saudaranya, ianya lebih baik dari beriktikaf di masjid aku selama sebulan. Penting kita hidup berkhidmat dengan manusia. Siapa paling baik ialah siapa paling banyak bagi manafaat pada orang lain. Dalam semua masa tak kira harta dan pangkat sentiasa fikir untuk berkhidmat pada manusia. Besar pahala. 

Samada pada mereka yang diwajib untuk kita berkhidmat iaitu ibubapa. Siapa menafikan besarnya pahala berkhidmat pada ibubapa? Dengan segala masa yang dilapangkan, kesibukan yang diketepikan dan harta yang dibelanjakan, maka seluruhnya akan diganti oleh Allah dengan gantian lebih baik. Tidak ada orang rugi berkhidmat pada ibubapa melainkan mereka seuntung untung manusia. 

Atau berkhidmat pada orang yang boleh menambah kemuliaannya, menambahkan manafaatnya di akhirat iaitu alim ulamak. Dia akan mendapat kemuliaan ilmu, keberkatan hidup dan kasih sayang Allah kerana menjaga waris para nabi. Atau yang berkhidmat pada orang mukmin iaitu saudaranya. Allah tak akan sia siakannya. 

Jika ditutup keaibannya Allah, tutup keaiban kita, jika melepaskan kesusahan orang beriman, Allah akan lepaskan kesusahan kita di akhirat kelak. Siapa yang menangguhkan pembayar hutang yang susah, Allah mudahkan juga urusannya di akhirat kelak. Berbuat kebaikan pada manusia secara umumnya hatta mereka yang tak beriman dengan menolong mereka, maka setiap kebaikan akan dapat pahala yang besar. Dipuji kebaikan nya di langit. 

Setiap orang yang buat baik pada binatang akan dapat pahala. Allah wajibkan kita lakukan kebaikan pada semua benda termasuk binatang dan alam. Tolong binatang, menjadikan punca rezeki murah. Walaupun dalam situasi mana sekali pun kecuali binatang yang bawa mudarat seperti ular dan kala jenking. Ular tak kenal orang, tak pernah kenal manusia. Musuh yang tidak tak terdamai. Kala jengking juga tak kenal manusia. Wajib dibunuh. Kala jengking tak kenal Nabi dan orang lain. Sunat dibunuh. Begitu juga tikus. Ada 5 binatang boleh dibunuh di tanah halal dan di tanah haram. Ianya adalah binatang yang datangkan mudarat yang besar. 

Ada pun mudarat kecil seperti harimau, singa kerana mudaratnya bukan kebiasaan. Dia duduk tempat dan alam dia. Bau kita pun, dia lari. Kalau terserempak dan rasa terancam baru dia akan menyerang. Bukan tabiat dia cari manusia. Dia cari kancil untuk makan. Manakala ular tikus pula duduk dengan manusia. Mereka cari rumah kita. 

Jangan kedekut nescaya rezeki juga akan bermasalah, jangan kedekut dengan jbubapa, manusia, ulamak atau binatang. Jangan tahan rezeki kita untuk orang lain dapat. Biar orang lain dapat dari lebihan harta kita. Dapat banyak durian, hantar pada jiran. Allah tak akan tahan rezeki kita. Malahan Allah alir rezeki lagi banyak. Mata air banyak air kerana dia keluarkan air. Mengalir sehingga boleh jadi air terjun atau sungai. Kalau air mengalir, akan jadi jernih dan menyubur taaman kiri kanan. Kalau air tak mengalir akan jadi keruh. 

Jangan cari manafaat kamu dari sultan. Apalagi yang zalim. Kalau masuk bertemu mereka dalam keadaan kamu ada agama, bila keluar nescaya agama kamu hilang. Macam mana boleh hilang? Bila kamu mula cari redha pemerintah yang zalim. Pemerintah adil didoakan kebaikannya. Dengan kuasa, pemerintah boleh buat baik. Ada pemerintah ingin mengekalkan kuasa, akan melaga lagakan rakyat. Kononnya dilabel sebagai pengganas dan melaga. Tengok sejarah Inggeris ketika memerintah Tanah Melayu, di mana mereka melagakan orang Islam. Kita berbalah dan tak keluarkan dari negara kita melainkan mereka tinggalkan bon jangka dan perbalahan yang tak berkesudahan. Asalkan mereka kekal kuasa. 

Pemimpin zalim tak boleh kekal kuasa melainkan dia merosakkan hubungan rakyat. Siapa cuba mengguling dia akan dikatakan pengkhianat negara yang cuba rosakkan ekonomi. Walhal dia yang merosakkan ekonomi negara dengan pemerintahan lemah. 

Manusia bila diuji dengan takhta, harta dan kuasa, maka gila dan ramai gila dari siuman. Itu realiti. Kalau kamu lihat kawan kamu ada jawatan dan dia masih berkawan dengan kamu, maka dia orang yang baik. Orang berkuasa akan cipta kawan baru yang boleh kekalkan kuasa dia. Ini fitnah kuasa. Kamu tak dapat banyak dunia dari dia. Tapi dia yang akan ambil agama kamu.

Pemerintah zalim akan menghilangkan agama kita. Salafussoleh berkata jangan berada berkeliaran di pintu pemerintah yang zalim. Makin hampir dengan sultan yang zalim, akan makin jauh dengan Allah. Hati hati dengan pemerintah zalim yang tak tahu halal haram. Kalau negara diperintah penjenayah, maka dalam penjara banyak orang baik. Mereka buat mahkamah khas tanpa dapat pembelaan sewajar. Tuduhan mudah iaitu pengganas. Kalau dalam penjara ramai orang jahat, maka pemerintah itu baik.

Kata Nabi, akan datang satu zaman di mana ada pemimpin jahat, siapa membenarkan pembohongannya dan bantu kezalimannya, maka dia bukan umat aku dan aku tak ada kena mengena dengannya. Dia tak akan dapat meminum air telaga ku. Sesiapa tidak bertemu dengan mereka, tidak bantu mereka, tidak membenarkan pembohongan mereka, dia umat ku, aku Nabi nya dan akan datang meminum air telagaku.

Ulamak adalah cahaya panduan manusia. Tapi kalau ulamak sendiri tenggelam dalam pemimpin jahat. Bagaimana mereka mampu memberi panduan pada manusia. Kisah bagaimana ulamak menasihati pemimpin dari kisah Hisyam bin Abdul Malik seorang khalifah dari Bani Umayyah yang berkuasa pada pertengahan abad ke-8. Pada satu ketika, Hisyam memasuki Makkah. Dia pun ingin bertemu dengan salah satu sahabat Rasulullah SAW. Namun, penduduk Makkah menjawab, “Wahai Amirul Mukminin, mereka sudah tiada. Semunya telah meninggal dunia.”

Hisyam lantas kembali berkata, “Panggilkan seorang tabi’in!” Lalu dipanggillah Thawus Al-Yamani. Saat Thawus maju ke hadapan Khalifah Hisyam, dia memnya dengan buka kasutnya di tepi permadani. Tidak memanggilnya dengan sebutan Amirul Mukminin, Thawus hanya berkata, “Assalamu’alaika wahai Hisyam!”


Thawus juga enggan memanggil Hisyam dengan nama kunyah-nya (nama nisbah keluarga yang diawali dengan abu dan ibn). Setelah duduk di hadapan Hisyam, Thawus bertanya, “Apa kabarmu wahai Hisyam?”

Mendengar sapaan tersebut, Hisyam sangat marah hingga ingin membunuhnya. Seseorang berkata kepada khalifah, ”Anda berada di tanah suci milik Allah dan Rasul-Nya. Anda dilarang membunuh!” Setelah kemarahannya reda, Hisyam berkata kepada Thawus, “Hai Thawus, apa yang mendorongmu berbuat demikian?”

Thawus menjawab, “Apa yang aku lakukan?” Hisyam bertambah marah dan murka. Dia berkata, “Engkau membuka kedua alas kakimu dengan tepi permadaniku. Engkau tidak mencium tanganku. Engkau tidak menyapaku dengan panggilan Amirul Mukminin. Engkau tidak menyebutkan nama gelaranku. Engkau duduk di hadapanku tanpa seizinku. Engkau berkata, ‘Apa kabarmu, hai Hisyam?'”

Thawus menjawab, “Aku membuka alas kakiku dengan tepi permadanimu. Begitulah aku melakukan shalat lima kali sehari dengan menghadap Allah Yang Maha Perkasa. Yang tidak menyiksaku dan tidak pula murka kepadaku. Aku tidak mencium tanganmu, karena aku mendengar Amirul Mukminin ‘Ali bin Abi Thalib berkata, “Seseorang tidak boleh mencium tangan orang lain kecuali isterinya karena syahwat atau anaknya karena kasih sayang.

Aku tidak menyapamu dengan panggilan ‘Amirul Mukminin’, karena tidak semua menyukai pemerintahanmu. Sungguh aku tidak suka berbohong. Aku juga tidak menyebut gelaran-mu. Sebab, Allah SWT memanggil nabi-nabi-Nya dengan Ya Dawud! Ya Yahya! Ya ‘Isa!’ tetapi Dia menyebut kunyah musuhnya seperti firman-Nya: “Binasalah kedua tangan Abu Lahab.” (QS Abu Lahab: 1).

“Aku juga tidak perlu izin untuk duduk di hadapanmu. Sebab, aku mendengar Amirul Mukminin ‘Ali berkata, “Apabila engkau ingin melihat penghuni neraka, lihatlah orang duduk yang dikelilingi oleh orang-orang yang berdiri.”  

Pemerintah semua pijak karpet kerana ianya melambang mereka memiliki kemewahan. Orang Islam buka kasut untuk tunjuk kebersihan. Masuk rumah dengan kasut nak tunjuk kemewahan kaya. Pendirian ulamak bila berhadapan dengan pemimpin zalim, mereka akan menegur walaupun zalim sedikit. Hisyam insaf dengar nasihat dan kata nasihatkan aku. Thawus berkata aku dengar Ali bin Abi Talib berkata dalam neraka ada kala jengking sebesar kaldai yang menggigit setiap pemimpin yang zalim bertujuan supaya Hisyam tidak melakukan kezaliman.

Yang boleh nasihatkan pemimpin adalah ulamak kerana ada ilmu dan taqwa. Ulamak berpesan Hebatnya rezeki datang dari Allah bukan dari pemimpin. Kalau ulamak meraba raba bagaimana pula dengan orang awam. Bila ulamak berani, menasihati pemerintah maka muncul pemerintah yang baik. Jangan berbaik dengan pemerintah tapi menasihat pemerintah. Jika baik dengan pemerintah, tak boleh bagi nasihat yang baik kerana mereka mula nak cari dunia. Jika mereka suka pada kamu, mereka akan rosakkan akhirat kamu. Jika benci kamu, dunia kamu akan dirosak dengan dipenjarakan kamu atau dibunuh. Jadi jangan berbaik dengan pemerintah. Tapi nasihat dia. Jangan duduk dalam pintu pemerintah. Tunjukkan takut kerana Allah.

Syeikh Abdul Qadir Jilani berkata berharaplah pada Tuhan. Jangan takut pada pemimpin sehingga tidak boleh menasihatinya. Ulamak bertaqwa tak ada fikir pasal harta pemimpin melainkan untuk menasihati mereka pada kebaikan dan taqwa pada Allah.

Jangan tolak pemimpin yang baik. Boleh kenal kalau pemerintah baik. Dia tak akan penjarakan rakyat dengan perkara remeh. Dia lebih suka memaaf dan mendidik. Diajar Jangan harap harta di tangan mereka atau takut atau mudarat kerana mereka bukan Tuhan. Haraplah pada Tuhan. Sangat takut pada pemimpin sehingga tidak boleh dinasihati. Bukan untuk benci tapi untuk beringat ingat kerana fitnah kuasa sangat kuat. Setakat ini dahulu, semoga bermanafaat.



Hari ini kongsikan resipi ringkas memasak lemak udang. Bukan masak lemak cili padi Nogori tau. Kita tahulah masak lemak cili padi Nogori tak guna bawang, hanya semata menggunakan kunyit hidup dan cili padi.

Masak lemak ini boleh juga menggunakan udang, ikan, ketam dll. Jika suka boleh juga masukkan ubi kentang, rebung, kacang buncis atau apa apa sayuran yang disukai untuk menjadikan lauk 2 dalam 1. Haa senang tak payah nak masak sayur lagi kan. 

Serious sedap masak lemak ini. Ini antara resipi favourite saya bila memasak lemak. Guna santan kotak pun cantik jer sebab kita menumis bahan bahannya untuk pastikan masak dan lebih beraroma. Cubalah nanti tau... 

Jom layan resipi dan cara penyediaannya di bawah ini. Selamat mencuba semua....


Masak Lemak Udang
Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan:
15 ekor udang
Garam
Asam keping
Daun kunyit
2 serai - ketuk 

Bahan tumbuk:
2 biji cili merah
4-5 biji cili padi
3-4 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1-2 inci kunyit hidup

Cara cara:
Panaskan minyak dan tumis bahan tumbuk, serai dan daun kunyit sehingga naik bau.

Masukkan udang dan kacau rata sehingga bertukar warna.

Masukkan santan, asam keping dan garam secukupnya. Masak sehingga mendidih dan terbit minyak. Boleh tutup api. 





Catat Ulasan for "Masak Lemak Udang Mudah Dan Sedap"