Ayam Masak Kicap Ala Shahila Amzah
Assalamualaikum. Dah klik butang follow blog saya? Jangan lupa juga untuk klik iklan yang keluar di blog tau. Terima kasih atas kerjasama anda. Sejak krisis keluarga Shahila Amzah, saya mula ikut perkembangan penyanyi itu. Saya kagum dengan kemampuan dia membantu keluarganya untuk mendapat pendapatan dari show business beliau dan juga membeli harta untuk mereka sekeluarga.
Saya setuju dengan apa yang dikatakan Shahila antara sebab beliau ingin menjual rumah banglo adalah kerana kos penyelenggaraan yang tinggi. Sama dengan rumah saya sekarang. Bila dah lebih 10 tahun, satu demi satu masalah dan kerosakan yang perlu dibaiki. Yang pastinya kosnya sangat tinggi. Belum dikira ketidakselesaan semasa kerja kerja pembaikan dilakukan.
Kalau sebelum ini, memang tak ada lah saya nak ikut kisah penyanyi muda muda ni. Sekali melihat video live sambil dia memasak ayam masak kicap. Nampak sedap sangat bila tengok dia memasak ayam masak kicap untuk dibahagikan pada orang kampung untuk berbuka puasa masa Ramadhan hari tu.
Jadi bila dia kongsikan resipi ayam masak kicap, saya pun tunggu lah tengok live dia. Tapi saya memang tak pernah lah sebelum ni nak tengok live yang berjam jam. Hahaha melihat live ni memang membuang masa untuk orang macam saya yang banyak benda lain lagi boleh dibuat.
Resipi ini simple sahaja cuma cara penyediaan itu yang kena pastikan bahan masak lama. Baru rasa dan aromanya naik. Dalam resipi ini juga Shahila menggunakan thick caramel untuk menjadikan kuah ayam masak kicap lebih berkilat.
Ayam masak kicap saya hari ini yang kering kering sikit. Jika suka basah, boleh masukkan sedikit air. Serious sangat sedap walaupun penyediaannya sangat simple.
Oleh kerana ramai yang berminat untuk melihat resipi ini, jom saya kongsikan resipinya dan cara penyediaannya di bawah ini. Selamat mencuba…
Ayam Masak Kicap Ala Shahila Amzah
Oleh: Azie Kitchen
Bahan bahan:
½ ekor ayam - potong kecil
Lada benggala - jika suka
1 biji cili merah - hiris
½ kiub pati ayam
Bahan kisar:
5-6 biji bawang merah
5 ulas bawang putih
4 biji cili padi - boleh lebihkan
1-2 inci halia
Bahan lain:
2-3 batang serai - ketuk
1-2 batang kayu manis
2 tangkai daun kari
Bahan sos:
1-2 sudu besar sos karamel
1 sudu besar sos tiram
Kicap manis secukupnya
2 sudu besar kicap masin
Cara cara:
Goreng ayam yang dilumur garam dan serbuk kunyit sehingga separuh masak. Angkat dan ketepikan.
Keluarkan sedikit minyak berlebihan, tumis bahan kisar, serai, kayu manis dan daun kari sehingga sedikit garing.
Masukkan sos karamel masakan, semua kicap dan kiub pati ayam. Kacau sehingga sedikit mendidih. Nota: jika suka berkuah, masukkan sedikit air.
Masukkan ayam goreng. Kacau rata. Tutup kuali dan biarkan merenih supaya ayam sebati dengan sos kicap.
Masukkan lada benggala, jika suka. Taburkan cili merah sebagai hiasan. Tutup api.
Catat Ulasan for "Ayam Masak Kicap Ala Shahila Amzah"
Add your comment