Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Nasi Goreng Kunyit MB Sanusi



Saya pertama kali dengar nama nasi goreng kunyit ini selepas melihat video di mana MB Sanusi menyediakan nasi goreng kunyit yang merupakan nasi goreng yang dimakan sejak kecil. Bila melihat bahan yang digunakan, kita boleh tahu bahawa ini adalah nasi goreng marhaen.

Kata MB Sanusi lagi minyak masak yang digunakan adalah minyak lebihan menggoreng ikan. Jadi walaupun diletakkan kunyit hidup, nasi tak berwarna kuning kerana warna minyak yang dah berwarna gelap. Kita boleh bayangkan kesusahan hidup mereka. Lagi lagi MB Sanusi memang menpunyai adik beradik yang ramai. 

Sebenarnya saya pernah alami hidup sebagai anak kampung. Masa tu saya tak pasti kalau ianya satu kesusahan kerana saya makan macam orang lain. Ada ikan, udang sungai, telur dan sesekali makan ayam kampung yang lepas bebas di keliling rumah. 

Ada juga makan pelbagai sayuran semuanya kerana kedua ibubapa saya sangat rajin bercucuk tanam selain padi ditanam sendiri, sayuran dan buahan dari pokok sendiri,  ikan udang juga ditangkap sendiri,  telur dan ayam juga dari ternakan sendiri.

Saya tak merasa susah kerana umpama ikan di dalam air, ikan tak nampak air,  kita hidup dalam udara, juga kita tak nampak udara.  Sama juga, saya tak merasa susah kerana semuanya ada semuanya cukup. Tak tahu pun apa itu istilah susah dan tak tahu pun, apa itu senang dan kaya. Alhamdulillah. 

Nasi goreng ini sangat sedap dan unik rasanya dengan adanya rasa dan aroma kunyit. Saya juga ada dengar yang kalau ada daun kunyit, boleh dihiris dan masukkan ke dalam nasi goreng ini juga.


Kalau ikut cara MB Sanusi, telur dimasukkan selepas nasi digoreng dan dikacau rata dengan bawang yang ditumis. Setelah telur hampir masak, baru digaulkan semua sekali dengan nasi. Ianya bagi memastikan nasi tidak hanyir. 

Tapi saya ubahsuai sedikit dengan memasukkan telur dan digoreng terlebih dahulu sebelum dimasukkan nasi. Dengan cara ini, telur lebih masak dan minyak juga ada khasiat telur. 

Jom layan resipi dan cara penyediaannya di bawah ini. Jangan lupa video penyediaannya di Azie Kitchen Youtube Channel di SINI. Selamat mencuba....


Nasi Goreng Kunyit MB Sanusi
Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan:
Nasi putih sejuk
Kunyit hidup/serbuk kunyit
Garam

Bahan lain:
4 biji bawang merah
4 ulas bawang putih
1 biji bawang besar
2 biji telur
Minyak masak

Cara cara:
Satukan nasi dengan serbuk kunyit dan garam. Kacau rata dan ketepikan.

Panaskan minyak dan tumis bawang putih dan bawang merah yang dihiris sehingga naik bau. Masukkan telur dan setelah telur hampir masak, dikacau rata sehingga masak.

Masukkan nasi putih dan kacau rata.

Masukkan bawang besar hiris dan kacau rata sehingga bawang layu. Tutup api dan sedia untuk dinikmati.




Catat Ulasan for "Nasi Goreng Kunyit MB Sanusi"