Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Ikan Selar Sambal



Alhamdulillah semalam saya mengikuti kuliah zoom dengan Ustazah Dato Dr Fatma Elzahraa dengan tafsir surah Al Mulk. Ada banyak hadis menyebut perkara ini. Antaranya Riwayat Ahmad (no. 7975 & 8276), Abu Daud (no. 1400), al-Tirmizi (no. 2891), Ibnu Majah (no. 3786) dan lain-lain daripada hadis Abu Hurairah. Hadis ini sama ada sahih atau hasan. 

"Sesungguhnya ada satu surah daripada al-Quran yang mempunyai 30 ayat yang akan memberi pertolongan kepada seseorang itu sehinggalah dia diampunkan, iaitu: Surah al-Mulk.”

Hadis kedua pula “Satu surah daripada al-Quran, tidaklah ia melainkan hanya 30 ayat. Ia akan mempertahankan pembacanya sehinggalah ia memasukkan pembacanya ke dalam syurga. Ia adalah surah Tabarak (Surah al-Mulk).”

Melazimi membaca surah al-Mulk setiap malam sebelum tidur menjadi asbab terselamat dan terhalang daripada mendapat azab kubur. Surah ini akan menjadi peguambela pembacanya di dalam kubur kelak. Insya Allah.

Tapi yang paling menginsafkan adalah bila tafsiran ayat akhir surah Al Mulk berkenaan nikmat air. Katakanlah (Muhammad), “Terangkanlah kepadaku jika sumber air kamu menjadi kering; maka siapa yang akan memberimu air yang mengalir?” 

Manusia boleh hidup mungkin lebih dari seminggu tanpa makanan tapi kita tidak boleh bertahan lama tanpa air. Jadi nikmat air adalah nikmat yang sangat besar untuk makhluk Allah. Hujan adalah salah satu antara 5 perkara ghaib yang hanya Allah sahaja Mengetahuinya. Langit gelap dan guruh di langit, belum tentu menurunkan hujan. Jika air ditelah bumi, kering kontang, bagaimana agaknya keadaan kita? 

Jadi mulai hari ini, belajar mensyukuri nikmat air setiap kali kita minum, mengambil wudhu, berkumur, mandi dan sebagainya. Syukur atas nikmat kurniaan Allah ini. Semoga bermanafaat.


Hari tu saya buat ikan cencaru sambal. Hari ini saya menggunakan ikan selar pula. Ikan selar sedap dimasak goreng berlado atau bersambal. 

Saya memang suka makan ikan selar kalau nak dibuat goreng berlado atau bersambal. Isinya sedap jer. Kali ini saya letakkan juga daun kunyit untuk menambah aroma pada lauk ini. Apa pun, ianya sedap sekali. Makan dengan nasi putih panas panas boleh buat menambah nambah. 

Jom layan resipi dan cara penyediaannya di bawah ini. Juga jangan lupa video penyediaannya di Azie Kitchen Youtube Channel di SINI. Selamat mencuba…..


Ikan Selar Sambal
Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan:
4 ekor ikan selar - lumur garam dan kunyit kemudian goreng
2 sudu besar gula pasir
1 sudu kecil gara
Sedikit bahan perasa
1 keping asam keping
½ cawan air
1 biji bawang besar - hiris bulat
1 helai daun kunyit

Bahan kisar:
2 biji bawang besar 
6 ulas bawang putih
20-25 tangkai cili kering (ikut suka pedas) - 4 sudu besar
½ cawan minyak masak 

Cara cara:
Masukkan bahan kisar dan 1 cawan air ke dalam kuali. Nyalakan api sederhana besar.

Masukkan juga asam keping, gula,garam dan bahan perasa. Masak sehingga bahan tumisan betul-betul masak dan terbit minyak.

Apabila sambal telah berubah warna sedikit gelap, masukkan air dan masak hingga sambal mendidih.

Masukkan bawang besar dan daun kunyit. 


Kacau rata sehingga bawang separuh layu, masukkan ikan goreng. Kacau rata dan tutup api.





Catat Ulasan for "Ikan Selar Sambal"