Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Sambal Paru Berlado



Zaman kita berada sekarang adalah akhir zaman. Akhir zaman bermakna dunia akan musnah dan rosak binasa. Rasulullah adalah nabi akhir zaman yang dihantar untuk menyempurnakan syariat Allah dan mengesahkan kitab kitab yang telah diturunkan sebelum ini. Syariat yang diturun Allah masih kekal seperti yang diturun sebelum ini. 

Dalam kitab taurat ada kewajipan solat, dalam kitab Injil pun ada kewajipan solat dan dalam Al Quran yang diturunkan pada Nabi Muhammad pun ada kewajipan solat. Cuma praktikal dan pelaksanaan solat mungkin ada berbeza dari segi bilangan rakaat dsb. Begitu juga kewajipan lain seperti kewajipan mengeluarkan zakat, berpuasa dll. Pelaksaanaan sahaja yang berbeza. Tegahan dan larangan pun lebih kurang sama seperti jangan menipu, jangan berjudi, minum arak dsb. Semuanya juga ada dalam Al Quran. Menyempurnakan dan melengkapkan syariat terakhir ini.

Sehingga kini telah 1445 tahun berlalu dari zaman Rasulullah bermakna kita juga telah berada di akhir zaman. Banyak kemungkaran yang berlaku sekeliling kita.  Banyak orang terang terangan melanggar perintah Allah dan melakukan apa yang dilarang Allah tanpa ada rasa takut. 

Berapa ramai para suami yang tidak memberi nafkah pada isteri, bukan sahaja nafkah tidak diberi, perbelanjaan makan minum, menyediakan rumah dan tempat tinggal juga tidak ada. Ancaman dosa besar dari Allah, tidak menakutkan mereka. Mereka meninggalkan tanggungjawab, hidup seperti orang bujang yang tiada tanggungan. 

Bekerja hanya untuk mengisi perut sendiri. Ada satu kes yang disebut di mahkamah di mana suami tidak pernah membeli beras untuk makan isteri dan anak anak. Sungguh menakutkan sebenarnya kerana bila hati dipenuhi titik hitam dosa, tidak akan nampak apa apa lagi cahaya. Setakat ini dahulu, semoga menjadi pengajaran dan iktibar pada kita semua.


Sambal paru berlado adalah kegemaran anak anak saya terutamanya Nelly. Cuma Nana seorang yang tak makan semua organ dalaman. Saya pulak, kalau paru goreng garing pun saya suka. Sambil menggoreng, sambil makan yang dah siap digoreng tu. 

Haa masih menggunakan daging dan paru yang kami buat korban di kampung hari itu. Memang banyak dapat dagingnya. Bayangkan daging sahaja untuk 1/3 bahagian yang kita boleh makan sendiri dah 10 kg. Itu tidak termasuk lagi tulang dan bahagian lain lembu. Memang puashati korban kali ini kerana lembunya sangat besar dan gemuk. Lembu kakak saya sendiri yang dipelihara dan dijaga dengan baik.  

Jom layan resipi dan cara penyediaannya di bawah ini. Selamat mencuba...



Paru Goreng Berlado 
Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan:
500 gram par
½ - 1 sudu kecil garam
1 sudu besar gul
¾ cawan minyak

Bahan kisar:
6 tangkai cili merah
5 tangkai cili padi - opsyenal
3 biji bawang mera
3 ulas bawang putih
1 biji buah tomato - saiz kecil

Cara cara:
Rebus paru dengan sedikit garam dan halia selama 30-35 minit (menggunakan periuk tekanan Noxxa) atau rebus biasa sehingga empuk. Caranya ialah cucuk dengan tester kek atau pisau. Bila dah empuk, angkat dan tos.

Menggunakan kuali lain, panaskan minyak dan tumis bahan kisar sehingga masak dan terbit minyak.

Masukkan garam dan gula secukupnya.

Masukkan bawang besar hiris dan kacau rata. Akhir sekali, masukkan paru dan kacau rata. Tutup api.

Nota:
Boleh ganti buah tomato dengan asam keping.


Catat Ulasan for "Sambal Paru Berlado"