Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Mee Hoon Goreng Sedap Nana Ain



Sempena cuti awal Muharram beberapa hari yang lalu, saya meluangkan masa untuk mendengar siri youtube berkenaan dengan sejarah Bani Israel dari kisah Nabi Yusoff sehingga Nabi Musa. Bani Israel bermaksud anak anak Nabi Yaakub seramai 12 orang. Sebelum itu, jangan lupa untuk klik iklan yang keluar di blog dan juga klik follow blog ya.

Malu juga rasanya kerana saya tidak mahir sejarah yang memang banyak disebut dalam Al Quran terutama dalam surah Al Baqarah berkenaan Bani Israel. Bani Israel memang terkenal dengan hati yang keras, kaum yang dimurkai kerana telah membunuh Nabi Zakaria dan Nabi Yahya yang merupakan Nabi dari kaum mereka sendiri. Mereka juga tidak mahu menerima kebenaran walaupun telah mengetahui kebenarannya yang disebut dalam kitab Taurat. 

Kaum Bani Israel tidak pernah syukur nikmat. Suka meminta minta, banyak bertanya dan bersoal jawab seperti dalam melaksanakan perintah menyembelih seekor lembu betina untuk mengetahui si pembunuh yang tidak diketahui. 

Setiap hari sebanyak sekurangnya 17 kali sehari kita membaca surah Al Fatihah dalam solat yang memohon supaya dijauhkan dari jalan jalan golongan yang dimurkai iaitu golongan Bani Israel. Mereka sangat kurang ajar dengan Allah dengan melanggar perintah Allah. 


Setelah berminggu hilang selera makan sebab selsema dan batuk, saya menjadi lemah kerana kurang makan. Setiap kali lepas makan, saya menjadi loya dan mual. Jadi saya minta Nana untuk menyediakan mee hoon goreng mengikut cara sendiri. Tujuannya saya mahu mee sedap yang dimasak oleh orang lain, bukan seperti mana mee hoon yang biasa saya masak.

Alhamdulillah, 3 kali saya menambah. Nampak jer mee hoon terus berselera terus ceduk dan makan. Dah habis makan baru teringat nak ambil gambar. Itu yang baki sedikit jer dalam gambar ini. Itu pun sebab saya tinggalkan untuk sarapan Juita. Kalau ikutkan saya boleh makan lagi. Untuk blog, saya kena minta Nana memasaknya sekali lagi. 


Apa apa pun bukan memuji tapi Nana memang pandai memasak, dia pandai merasa masakan. Masa belajar di Egypt dulu pun, dia siap buat rumah terbuka untuk kawan kawan dan siap buat jualan juga. 

Dia juga menyediakan teh tarik yang pada saya the best teh tarik yang kena dengan selera saya. Sedang sedang sahaja lemak dan kemanisannya. Biasalah doktor mana minum manis dan makan lemak lemak. Semua dalam kadar yang sangat berpatutan gitu. 

Jom layan resipi dan cara penyediaannya di bawah ini. Juga jangan lupa video penyediaannya di Azie Kitchen Youtube Channel di SINI. Selamat mencuba…..


Mee Hoon Goreng Simple dan Sedap
Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan:
1 pek mee hoon
Daging - rebus sehingga empuk
1 biji bawang besar - hiris
2 biji telur
3 sudu besar sos tiram
5 sudu besar kicap manis 
¾ sudu kecil garam 
Bawang goreng - tabur
Minyak masak

Bahan kisar:
½ biji bawang besar
3 ulas bawang putih
½ mangkuk ikan bilis

Cara cara:
Rendam mee hoon sehingga agak agak 80% lembut. Tos dan ketepikan.

Panaskan minyak dan tumis bawang hiris sehingga layu. Masukkan bahan kisar dan tumis sehingga naik bau dan masukkan cili kering kisar. 

Tumis sehingga garing dan terbit minyak. Masukkan air rebusan daging sedikit demi sedikit sehingga bahan tumis benar benar terbit minyak.

Masukkan garam, sos tiram dan kicap secukupnya. 

Masukkan daging yang telah direbus empuk bersama air rebusan. Masak lagi sehingga terbit minyak.


Kemudian tolak ke tepi daging dan tuang telur. Biarkan sehingga telur masak (tetapi tidak bercampur dengan daging tadi), masukkan mee hoon. 


Kacau rata sehingga sebati dan mee hoon terbit minyak. Sesuaikan rasa. 


Nota:
Tak masuk gula sebab kicap dah ada rasa manis. 

Jika suka boleh masukkan sayuran seperti lobak merah, kubis, kangkung atau apa apa sahaja.



1 ulasan for "Mee Hoon Goreng Sedap Nana Ain"

  1. Assalamualaikum Pn Azie & Dr Nana Ain
    Alhamdulillah & Terima kasih atas perkongsian Mee Hoon Goreng Sedap Nana Ain.

    BalasPadam