Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Ayam Percik Lebih Mudah Dengan Dapur Howaro C Rinnai




Saya memasak ayam percik kali menggunakan Dapur Howaro C dari Rinnai Malaysia. Memang best kerana ada beberapa fungsi pada dapur yang memudahkan kerja kita. Antaranya fungsi yang boleh diguna untuk merebus atau memasak air atau masakan berkuah. 

Ada juga fungsi suhu setting seperti untuk menggoreng bagi memastikan suhu yang konsisten. Ada juga fungsi untuk memasak nasi. Tak perlu risau nak tengok kalau air dah kering dsb. Sama macam periuk elektrik. Bila nasi masak, akan terpadam dengan sendiri. Dan nasi pun gebu gebas. 

Selain itu, boleh juga membakar atau memanggang ikan daging ayam atau makanan laut. Dengan api atas bawah menjadikan makanan yang dibakar masak sekata. 

Jika ada yang berminat untuk mendapatkannya, boleh guna Pomo Code RINNAZIE untuk mendapat 10% diskaun. Haa apa ditunggu lagi, memang sangat memudahkan kerana kita boleh memasak beberapa masakan sekali gus tanpa perlu nak tengok tengok kalau air dah kering atau dah mendidih dsb. 

OK sekarang kita masuk pula bab resipi. Resipi yang sangat popular terutamanya di Negeri Che Siti Wan Kembang, negeri kelahiran saya. Zaman sekarang susah dah nak cari ayam percik yang sedap. Kalau nak rasa yang sedap, kena masak sendiri. 


Saya sekeluarga memang penggemar ayam percik. Yang pastinya ayam percik Kelantan samada yang putih atau yang merah. Kalau di kampung, lebih sedap kerana dibakar atas dapur arang.

Zaman sekarang menyediakan ayam percik lebih mudah dan ringkas. Kalau zaman dulu, ayam dibakar atas bara api sehingga masak baru dilumur kuah percik berulang ulang kali sehingga percik melekat lekat pada ayam. 

Nampak sangat menyelerakan dengan kuah percik berkilat dan bau aroma kesan bakar atas arang. Tapi kini dengan banyak kemudahan yang ada, kita permodenkan caranya. Yang penting masa kita didapur boleh dijimatkan.

Jom layan resipi dan cara penyediaannya di bawah ini. Jangan lupa video di Azie Kitchen Youtube Channel di SINI. Selamat mencuba....


Ayam Percik Azie Kitchen sedap tested. Olah dari cikgu asmat dan kak zaidah
Oleh: Azie Kitchen

Bahan rebus:
1 ekor ayam - buang kulit
1 ½ biji bawang besar - kisar
3 ulas bawang putih - kisar
1 inci halia - kisar
1 serai ketuk
½ sudu kecil gula
1 sudu kecil garam
Sedikit pes asam jawa

Bahan Percik:
1 kotak santan kotak + 1 kotak air 
10 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1 inci hali
¾ sudu besar cili kering kisar
1 sudu kecil garam
3 sudu besar gula - hari ni guna 4 ½
1 keping asam keping
½ sudu besar tepung beras - bancuh dengan sedikit air

Cara cara:
Rebus ayam dengan semua bahan sehingga ayam benar benar masak.

Kisar dan masak bahan kuah sehingga mendidih. Bila hampir pekat, masukkan bancuhan air tepung beras.

Ayam rebus dibakar dan dicelup dengan kuah percik. Bakar semula dan cucur lagi kuah di kedua dua permukaan. 



Setelah ayam berkilat dan beraroma, bolehlah dikeluarkan dan sedia untuk dinikmati.

Nota:
Sukatan gula bergantung kepada tahap kepedasan cili. 




Catat Ulasan for "Ayam Percik Lebih Mudah Dengan Dapur Howaro C Rinnai "