Sup Sayur Campur Dengan Daging Dan Bab Umrah
Saya sebenarnya sangat teruja dan tak sabar sekali untuk menjejakkan kaki ke Tanah Suci lagi. Siapa yang pernah ke sana, pasti akan sentiasa merinduinya. Walaupun dah berjalan ke merata dunia namun keterujaan itu tidak sama dengan berada di Tanah Suci.
Ini adalah umrah kedua saya di luar bulan Ramadhan. Yang pertama, lama dulu iaitu tahun 2004. Ketika itu suasana sekitar Masjidil Haram dan Masjidil Haram sendiri jauh berbeza dari sekarang. Hotel ketika itu sangat dekat. Lintas jalan, turun tangga untuk ke dataran masjid dan terus masuk masjid.
Orang pun tidak ramai seperti sekarang. Dah kedengaran azan, baru berjalan ke masjid. Balik dari solat, boleh ke dataran Kaabah untuk cium hajar Aswad. Masih boleh dekat dengan hajar Aswad walaupun ada jemaah yang sedang berebut rebut untuk menciumnya.
Oleh kerana berada di luar Ramadhan, pasti aktivitinya sedikit berbeza. Saya bertanya dengan ustaz apakah keutamaan ibadah yang harus difokuskan. Di mana saya dinasihatkan untuk memperbanyakkan tawaf sunat kerana ibadah ini hanya ada di Masjidil Haram sahaja.
Kelebihannya sangat besar di mana sesiapa melakukan tawaf Baitullah sebanyak 7 keliling diikuti dengan solat sunat tawaf 2 rakaat, mendapat ganjaran pahala yang sangat besar.
Maksudnya: Barangsiapa yang thawaf di Baitullah tujuh pusingar sambil menghitungnya (supaya sempurna pusingannya) kemudian la solat dua rakaat (solat sunat thawaf) adalah ia seperti memerdekakan seorang hamba.
Sabda Nabi SAW seterusnya: Tidak mengangkat oleh seseorang kaki dan tidak meletaknya kecuali ditulis baginya sepuluh kebaikan, dihapus darinya sepuluh keburukan/dosa dan diangkat baginya sepuluh darjat.
Semoga perkongsian ini memberi manafaat pada kita semua yang ingin mengerjakan umrah. Ketika umrah Ramadhan, saya tidak banyak melakukkan tawaf sunat.
Pertama kerana bila masuk sahaja, saya terus mencari tempat duduk. Bila dah ada tempat duduk, payah untuk kite meninggalkannya tanpa diambil oleh orang lain. Keduanya kerana selalu keseorangan, jadi saya tidak melakukan tawaf sendirian.
Sebenarnya ada orang yang suka beribadah sendirian dan bangun pagi dan pergi masjid secara senyap senyap. Mungkin alasan tidak ingin mengganggu.
Saya pula tidak kisah dikejutkan kerana tujuan datang ke tanah suci adalah untuk beribadah. Bukan untuk tidur banyak. Lebih lebih lagi melakukan qiamullail di bulan Ramadhan. Sebenarnya lebih baik kita dapat membantu orang lain juga supaya kita juga mendapat pahala dari ibadah orang yang kita bantu. Itu dari pandangan ustaz ustaz yang pernah saya dengar sebelum ini.
Antaranya kalau kita dah mampu setiap tahun ke tanah suci, kita bantu orang lain untuk ke tanah suci. Jadi kita juga mendapat pahala dari ibadah umrah mereka. Jadi kami masa itu membuat kutipan bulanan dan sponsor rakan dalam group Whatsapp untuk menunaikan umrah. Tapi ianya terhenti setelah ustaz yang mencetuskan program ini meninggal dunia dalam satu kemalangan jalan raya di Kemboja beberapa tahun dahulu.
Hari tu saya dah masak sup sayur tanpa daging di SINI. Tapi sebab keenakannya, saya masak lagi sekali. Lagi pulak masih ada baki sayuran yang digunakan baru ni.
Saya teringat ada pulak daging lebih yang saya masak lauk Phad Phed ala Thai yang serious sedap, jadi untuk sup kali ini saya masukkan sedikit lebihan daging dari masak Phad Phed. Tambahkan 1 kiub pati daging untuk tambah keenakan kuah sup.
Jom layan resipi dan cara penyediaannya di bawah ini. Selamat mencuba….
Sup Sayur Campur
Oleh: Azie Kitchen
Bahan hiris:
3 ulas bawang putih
3-4 biji bawang besar
Bahan lain:
1 genggam daging hiris nipis
8 biji fish ball
1 keping fish cake
1 kiub pati daging
1 sudu besar sos tiram
Sedikit serbuk lada hitam
Garam - jika perlu
Bahan sayur:
Cendawan shitake
Brokoli
Lobak merah
Saderi - tak letak
Kacang peas
Bunga kubis
Cara cara:
Panaskan minyak dan tumis bawang sehingga naik bau dan sedikit keperangan, masukkan daging dan kacau rata. Masukkan air secukupnya dan tutup periuk. Masak atas api sederhana sehingga daging empuk.
Masukkan sos tiram, kiub pati daging dan sedikit serbuk lada hitam.
Masukkan karot dan kacau rata. Setelah karot separuh lembut, masukkan fish cake dan fish ball.
Masukkan sayur lain dari yang keras sehingga yang jenis lembut. Sesuaikan rasa dan masukkan garam secukup rasa.
Sebelum dihidangkan, tabur sedikit bawang goreng.
Catat Ulasan for "Sup Sayur Campur Dengan Daging Dan Bab Umrah"
Add your comment