Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Mee Hoon Goreng Kampung Sedap



Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada follower saya yang telah klik iklan iklan yang keluar di blog ini sebagai sokongan moral kepada saya. Setiap hari saya melihat trend yang sama di mana lebih kurang 500 orang yang akan klik iklan saya. 

Saya percaya mereka adalah orang sama yang sangat sporting dan tidak berkira untuk memberikan satu klik selepas membaca di blog saya. Terima kasih sangat sangat dan saya sayang dan sangat menghargai anda semua. 

Sebetulnya hari ini fikiran saya sangat terganggu bila melihat satu video yang dikongsikan oleh abang saya di group whatsApp famili di mana seorang yang dipercayai Melayu yang bekerja di Kemboja dipukul sehingga mati kerana telah melakukan satu kesilapan. 

Masya Allah, tiada langsung keprimanusiaan, dipukul manusia seperti disepak patung yang tidak bernyawa. Saya tidak dapat membayangkan kesakitan bila disepak bertalu talu dengan kasut bertumit keras di kepala sebelum nyawa berpisah dari jasad. 

Ya Allah berilah balasan kepada si pelakunya supaya dia sedar dan rasakan kesakitan dari perbuatan beliau. Walaupun saya tidak kenal tapi saya kesiankan dia sebagai seorang makhluk Allah hatta binatang sekali pun. OK setakat ini dahulu, sekarang kita masuk pula bab resipi.


Hari ini saya ingin berkongsikan satu resipi mudah iaitu Mee Hoon Goreng Kampung yang sangat sedap. Kita biasanya menyediakan nasi goreng kampung tapi kali ini digantikan nasi dengan mee hoon goreng. 

Wallaa sedap sangat tau. Selera saya memang makanan macam ni. Yang simple simple menggunakan bahan bahan mudah sahaja. 

Jom layan resipi dan cara penyediaannya di bawah ini. Jangan lupa untuk melihat video penyediaannya di Azie Kitchen Youtube Channel di SINI. Sudi sudikan lah untuk klik subscribe dan share. Terima kasih dan selamat mencuba... 


Mee Hoon Goreng Kampung
Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan:
½ paket mee hoon
1 biji telur
Sayur kangkung
Garam
Minyak masak

Bahan tumbuk:
5-6 biji cili padi
4 ulas bawang putih
2 sudu besar ikan bilis

Cara cara:
Rendam mee hoon dalam air sejuk selama 15-20 minit. Tos dan ketepikan.

Panaskan minyak dan tumis bahan tumbuk sehingga naik bau. 

Ketepikan bahan tumis dan masukkan telur. Setelah telur separuh masak, kacau supaya bergaul rata dengan mee hoon.

Masukkan garam dan daun kangkung. Sesuaikan rasa dan tutup api. Tabur cili merah atau daun bawang.


Nota:
Jika suka, boleh juga ditabur dengan ikan bilis yang digoreng garing ketika menghidangnya.




Catat Ulasan for "Mee Hoon Goreng Kampung Sedap"