Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Ayam Masak Kicap Berkuah



Kebelakangan ini banyak bab penyiksaan dan penderaan yang didedahkan di sosia media. Ada kes di mana rumah pemulihan akhlak yang dilaporkan banyak kes pemulihan yang dikatakan ala militan. Ada juga kes warganegara yang pergi ke Kemboja untuk bekerja dengan tawaran gaji menarik. Akhirnya disiksa sehingga mati, ada yang akhirnya terpaksa memuaskan nafsu lelaki dan macam macam lagi.

Pertama bab pemulihan akhlak. Tak pasti kalau ibubapa menghantar anak mereka ke situ kerana terkeliru dengan nama madrasah yang digunakan. Biasanya bila kita dengar nama madrasah yang kita bayangkan ialah tempat belajar ilmu agama. Tapi apa yang berlaku ialah bila ibubapa dikatakan seolah menghantar anak untuk didera atas alasan pemulihan. 

Pasti ibubapa berkenaan akan merasa sangat menyesal dengan keputusan mereka. Setiap ibubapa ingin yang terbaik untuk anak anak mereka. Adalah segelintir ibubapa syaitan yang menzalimi anak sendiri dengan mendera dan merogol dsb. Tapi 98% ibubapa sayangkan anak anak sendiri.

Tapi betulkah ada penderaan? Kalau betul, di mana kah ada peraturan yang mendera keterlaluan semata mata untuk mendidik akhlak? Ada kah? Agama mana yang mengajar sebegitu? Rasulullah tidak pernah mengajar kekasaran dalam mendidik atau dalam apa apa sekali pun. 

Atau adakah pelajar sendiri yang mereka cerita kerana tidak mahu berada di sana. Mereka tak mahu mengikuti program dan mahu keluar bebas. 

Bagaimana pula dengan tindakan pihak berwajib setelah dilaporkan perkara ini. Harap mereka menyiasat dan mencari kebenarannya. Kita tak pasti, mana satu pihak yang betul. Diharapkan ada tindakan susulan yang akan dibuat bagi memastikan pembelaan pada pihak yang terlibat.

Kedua, bab warga negara yang ditipu sindiket pekerjaan di Kemboja. Saya percaya mereka adalah golongan bawahan yang tidak berpelajaran tinggi. Tujuan mereka ke sana adalah untuk mendapat gaji lebih bagi membantu keluarga dan membina kehidupan masa depan yang lebih baik. 

Saya amat amat merasa kasihan kepada mereka yang terlibat. Pasti mereka sangat tersiksa dengan ujian dan penderaan yang dilakukan atas mereka. Dikatakan mereka diberi makan hanya sekali sahaja. Di kurung dan tidak dibenarkan berbuat apa yang disukai. Jika mereka tidak perform dalam pekerjaan mereka sebagai scammer, mereka akan dijual pada agen lain. 

Aduhai ini lah kes pemerdagangan manusia di zaman moden. Manusia merdeka tiba tiba menjadi hamba abdi yang boleh dijual di sana sini. Yang perempuan Melayu dikatakan berusia 17 tahun dipaksa untuk memuaskan nafsu lelaki.  Ada juga kes diberitahu yang kubur siap digali sebelum ditembak dan dibuang ke dalam kubur. 

Saya sangat terganggu mendengar perkongsian mangsa mangsa yang telah terselamat dari sindiket ini setelah berjaya melarikan diri ke kedutaan Malaysia sebelum dibawa balik. Ya Allah bantulah mereka semua dari disiksa dan dizalimi manusia bertopengkan syaitan. Kembalikan lah mereka semua ke pangkuan keluarga di tanah air. Aamiin. Jom sekarang kita masuk pula bab resipi.


Antara lauk pauk yang banyak versi ialah lauk berkicap. Bukan sahaja boleh menggunakan ayam, daging, ikan dan sotong tapi juga ada pelbagai cara penyediaannya.

Ada yang menggunakan cili kering kisar, ada yang menggunakan cili hidup dan macam macam. Tapi apa pun caranya, bahan yang paling utama ialah kicap. Kicap pun ada pelbagai, ada yang masukkan kicap manis, kicap masin, kicap pekat.

Sebenarnya ikut jer apa yang ada di rumah kita, kalau tak ada kicap manis, tambahlah sedikit gula untuk beri rasa manis. Betul tak? Jadi resipi yang dikongsikan ialah untuk memberi idea penyediaannya. Selebihnya kita adjust ikut citarasa. 

Jangan lah komen manis dan dah lah gula mahal. Laa salahkan orang yang berkongsi resipi pula. Janganlah gitu. Kalau tak suka, aji kerana takut sangat sangat, jangan lah letak walaupun orang yang berkongsi resipi letak perasa aji. Haa gitu caranya. 

Jom layan resipi dan cara penyediaannya di bawah ini. Jangan lupa video penyediaannya di Azie Kitchen Youtube Channel di SINI. Selamat mencuba....


Ayam Masak Kicap Berkuah
Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan:
1 ekor ayam
1-2 genggam cili padi - kisar
2 inci halia - hiris
1 biji buah tomato
2 biji cili merah
Kicap ABC saus manis
Kicap lemak manis
Kicap pekat

Bahan kisar:
8-10 biji bawang merah
5 ulas bawang putih
2 biji buah keras

Cara cara:
Ayam lumur garam kunyit dan goreng separuh masak. Angkat dan ketepikan. 


Menggunakan minyak sama, tumis bahan kisar sehingga naik bau. Masukkan halia hiris dan cili padi kisar. Tumis lagi sehingga terbit minyak.

Masukkan ayam goreng. Kacau rata dan biarkan ayam masak sepenuhnya.

Masukkan buah tomato, cili merah dan kicap. Kacau rata dan biarkan semuanya sebati dan mesra. Sesuaikan rasa dan setelah terbit minyak, tutup api. 


Nota:
Ceduk keluar minyak yang berlebihan sebelum dihidangkan.


Catat Ulasan for "Ayam Masak Kicap Berkuah"