Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Shopping di Oxford Street Day 12



Pagi pagi hari kedua di London, anak anak keluar bershopping di Oxford Street. Kami hanya lepak lepak di bilik dan keluar apartment agak lewat. Kami sebelum keluar ke Selfridges untuk berjumpa dengan anak anak. Saya mencari juga kasut atau sandal yang tidak terlalu tinggi untuk dipakai ke majlis majlis tapi sayang kerana kebanyakannya tinggi. 

Selepas puas pusing pusing di Selfridges, kami ke John Lewis & Partner untuk minum di food hall yang terletak di tingkat 5 sambil mencari barangan bayi tommee tippee yang dipesan oleh Boy.


Selepas itu, kami berjalan ke Liberty yang terletak seberang jalan dari apartment kami. Saya jarang ke sini kerana terpaksa berjalan agak jauh setiap kali ke Oxford Street. Kami biasanya akan tinggal di area Bayswater. 


Tapi sebab dah dekat dengan apartment, saya pergi lah ke Liberty. Tapi bila tengok kain cotton yang ada, secara jujur tak ada yang saya betul betul berkenan. Harga £25 se meter untuk bidang 136 cm. Ada diskaun 20%. Saya hantar gambar pada Nelly. Tapi akhirnya tak beli kerana ingat nak datang esoknya dengan Nelly.


Sebenarnya kain cotton tidak sesuai untuk semua orang. Ia akan menjadikan badan kita lebih kelihatan besar kerana cotton tidak flowy seperti kain crepe, silk dsb. 

Kedua, kain cotton akan mudah berkedut. Tak nampak kemas dan bergaya. Saya pernah tengok seorang "bergelar" yang memakai kain cotton mungkin dari Liberty. Hmm pada saya nampak selekeh dan murah. Lain orang lain citarasanya kot. Jadi kalau kita orang biasa, lebih baik pakai kain biasa tapi nampak elok bila dipakai. 

Selepas balik dari Liberty, kami berjalan balik ke apartment. Selepas Nelly, Juita dan Aween balik menghantar barang barang, kami keluar semula dengan berjalan kaki ke New Bond Street yang 5 minit sahaja dari apartment untuk mencari handbag Gucci Juita. Tapi malangnya yang ada di butik itu, hanya stock display. 

Kami kemudian mengambil uber untuk ke Harrods. Semasa menunggu uber, salji tiba tiba turun. Waah teruja sakan saya dapat menikmati pengalaman salji yang tidak dijangka ini. Yalah bukan musim winter kan. Walaupun tak lebat, cukup untuk menyeronokkan.


Kami agak agak kelam kabut juga ketika menunggu uber kerana jam telah menunjukkan pukul 7.00 dan banyak store di Harrods hampir ditutup. Selepas selesai urusan pembelian handbag Juita, kami balik dengan mengambil uber. Tak sempat pun nak beli barangan lain di Harrods, hanya sempat ambil gambar sahaja.



Sebelah malam, kami mula membuat packing. Bag pun dah beranak pinak menjadi 11 bag termasuk hand luggage. Berat 35 kg untuk seorang. Kotak kotak terpaksa dibuang. 

Setakat ini dahulu, jangan lupa nantikan entri akhir untuk percutian United Kingdom dan Scotland kami untuk tahun 2022.


Catat Ulasan for "Shopping di Oxford Street Day 12"