Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Kuih Lompang Mudah Dan Sedap



Saya ingin kongsikan petikan dari video ceramah Tokku Pasir Gudang, Ustaz Md Esa Deraman yang merupakan ustaz faveret saya kerana penyampaiannya sangat bagus dengan penggunaan bahasa yang sangat tinggi pengertiannya. Ianya agak panjang tapi anda tidak akan menyesal membacanya. Kita perlu menghargai umur kita. Ambil kesempatan untuk melakukan ketaatan pada Allah. Singkir semua parasit yang boleh merosak iman kita. Banyak kita lakukan muhasabah usia. 


Pesanan ulamak wahai orang berusia 40 tahun. Kamu bagai tanaman yang hampir dan bila bila masa akan dipetik. Untuk orang berumur 50an pula supaya melihat apa yang akan di bawa ke depan dan apa yang akan kamu tinggalkan. Kebaikan banyak mana yang akan kita bawa dan lihat yang kita tinggalkan untuk dunia. 


Manakala umur 60an tak ada lagi alasan untuk meninggalkan ketaatan pada Allah. Kamu sudah pun menunggu untuk bila bila masa akan dipanggil. Jangan kamu berada pada tempat yang kamu tak mahu mati. Tempat seperti gelanggang badminton, futsal. Bilik air pun tak boleh pergi, kalau nama dah dipanggil. Wahai mereka yang berumur 20-40, kematian juga boleh datang pada kamu secara mengejut. Umpama buah yang gugur sendiri tanpa dipetik. Haa itulah seruan untuk setiap phasa umur manusia.


Surah 46, juzuk 26 ayat 15-16 mengajar ayat khusus. Umur yang Allah pandang khusus. Umpama buah durian musang king yang hampir masak. Kita pantau supaya tak ada yang curi. Pasang jala. Kenapa umur 40? Sehingga manusia sampai usia kuat di mana fizikal kuat, akal dan mental cukup serta sempurna. 


Ketika umur 40an, perbanyakkan lah berdoa, Wahai Tuhanku, ilhamkan pada aku untuk aku sentiasa bersyukur dengan nikmat yang engkau beri pada ku, Ibubapa ku. Baiki urusan keluarga ku. Aku bertaubat pada mu dan menyerah diri pada mu. 


Ada misi khas iaitu pertama, kita sentiasa minta Allah ilhamkan untuk kita berbuat baik. Doa untuk sentiasa bersyukur dengan nikmat Allah. Cuba bilang semua nikmat yang kita perolehi. Ketika ini, income dah stabil, hutang dapat manage dengan baik. Kita  juga punya masa sendiri. Dah pandai susun waktu sendiri. Kita juga ada waktu lebih banyak. Ingat nikmat sehingga selamat dan panjang umur. Masih ada mata dan telinga. Masih ada selera makan. Masih boleh tidur. Doa dan syukur supaya nikmat ini akan berkekalan kerana kalau tidak bersyukur, Allah akan menarik nikmat ini. 


Kedua, untuk tempoh ini jaga ibubapa kita. Bertuah jika kita umur 40an mak ayah masih ada. Kita bertuah kerana dapat berkhidmat pada ibubapa. Jaga mak ayah dengan sempurna. Siap keperluan duniawi mereka dan jadi teman paling rapat ibubapa kita. Belajar rindu ibu ayah kita supaya ibubapa juga rindu pada kita. 


Ketiga perbanyakkan amal soleh. Waktu untuk kita belajar secara konsisten. Bukan belajar sekadar menunggu waktu solat Isyak. Sebaliknya fokus kita untuk beramal. Ya Allah aku nak buat amal soleh. Biar amalan soleh jauh lebih banyak dari amalan tak soleh. Sesiapa yang kebaikan tak atasi kejahatan maka celakalah dia. Separuh masa patut dihabiskan untuk melakukan ketaatan pada Allah. Seperti mengaji, zikir, solat dhuha, sedekah dan majlis ilmu. Usaha untuk gandakan amal soleh. 


Keempat, perbaiki keluarga. Perlu masa untuk pantau isteri dan anak. Untuk baiki dan didik isteri dan anak anak, kena banyak ada di rumah. Sebelum itu, kita sibuk kerja untuk bayar rumah kereta dsb. 


Seterusnya perbanyakkan taubat. Ego biasa bagi orang muda. Nak menang semua. Nak banyak followers. Zaman sibuk dan pertempuran sengit sehingga tidak punya masa pada Allah. Masa ni lah nak cari pasangan. Umur 40 tahun masa genjatan senjata. Imbau balik masa kita umur 20 tahun apa kita buat. Tapi jangan cerita dengan orang akan dosa kita. Itu rahsia kita dengan Allah. Jangan mengaku kesalahan silam pada orang lain bila Allah tutup dosa dan aib kita. Cerita pada orang yang boleh beri nasihat tentang hukum, ok. Contoh, tanya macam mana nak taubat. Berdosa dan haram cerita apa kita buat setelah Allah tutup aib kita. Jaga maruah mak ayah kita tentang dosa dan aib mereka. Bila ada dosa, kita taubat. Tanya secara umum, apa hukum kalau ada orang tu, bla bla bla. Bukan sebut diri kita yang terlibat. 


Patuh pada semua perintah Alalh. Tiada alasan lagi untuk elakkan. Cari jalan untuk buat itu dan ini. Kenapa tak ke masjid. Sibuk nak ke sana sini. Kini kena cari ikhtiar untuk buat baik. Jika tidak, akan terbiasa sehingga tua. Jika ya, akan terbiasa buat baik maka Allah akan lapangkan masa. 


Umur 50an dan 60an kena banyak bersyukur, ucapkan Alhamdulillah kerana masih hidup. Usahakan agar jangan buat maksiat pada usia ini. Elak bergaduh dengan adik beradik. Elak suasana panas. Biar kesibukan kita untuk taat pada Allah. 


Orang mukmin akan halusi semua percakapan, pakaian, tempat duduk. Nak dok hotel pun pilih yang ada kiblat. Kalau tak, bawa kompas. Ada Quran dan sejadah tak? Nak mandi di swimming pool  kena pakai baju tutup aurat. Kita patut cari dan pilih hotel dan perbankan yang Islam. Ini jihad kita supaya kita tak terdedah dengan hotel maksiat. Kita kena memilih hukum dulu. Bukan hotel selesa atau tidak. 


Orang munafik tak peduli semua itu. Yang penting seronok. Malang sekali bagi orang yang merasa diri dah baik. Dunia tempat untuk kita terus baiki diri kita. Yang tentukan samada kita baik atau  tidak adalah Allah. Jangan nak sebut atau label orang mati ini sebagai ahli syurga. Patut kita doa semoga dia ditempatkan di syurga. Itu semua urusan Allah. 


Baiki lah umur kita. Bukan nak dakwa dakwi. Bukan perlu manusia puji. Bagaimana nak tahu Allah redha? Ianya bila kebaikan yang kita buat lebih dari kejahatan. Tempat kita buat jahat sudah disi dengan kebaikan. Kita akan kembali kepada Allah seorang diri tanpa isteri, tanpa anak. Kemudian kita akan berkumpul dengan orang yang kita sayang di akhirat. Cukup setakat ini dahulu. Semoga bermanafaat. 



Saya tiba tiba teringin nak makan kuih lompang gula merah bila ternampak ada yang pos gambar dalam facebook. Lagi pulak, dah lama tak buat kuih ni. 

Resepi sebelum ini di SINI. Ianya menggunakan tepung yang dicampur dengan tepung berbeza dengan resipi kali yang menggunakan tepung beras semata. 

Resipi di SINI pula menggunakan tepung beras semata juga cuma sukatan gula merah dan gula pasir berbeza dengan sukatan resipi hari ini. Saya buat separuh adunan sahaja kerana di rumah ni, memang tak laku sangat kuih tradisional. Kuih moden pun, tengok juga apa kuihnya. Memang tak berapa laku. 

Jadi nak elakkan pembaziran, buat sikit jer. Itu pun separuh, saya bagi pada guard yang jaga keselamatan di rumah kami. 


Alhamdulillah lembut jer kuih ini. Jangan lupa untuk panaskan dulu acuan sebelum dituang adunan. Ianya adalah petua untuk menjadikan kuih ini berlubang di tengah, ala ala lesung pipit. 

Jom layan resipi dan cara penyediaannya di bawah ini. Jangan lupa video penyediaannya di Azie Kitchen Youtube Channel di SINI. Selamat mencuba….


Kuih Lompang Gula Merah 
Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan
1 cawan gula merah 
¼ cawan gula pasir 
2 cawan tepung beras  
4 cawan air 
Sedikit air kapur - jernih

Cara cara:
Masak gula merah dan gula pasir bersama separuh dari air. Tapis dan sejukkan. Nota: jika guna gula merah berkualiti, tak perlu tapis pun. 

Setelah sejuk tuang air gula ke dalam tepung beras. Tuang baki air dan air kapur.

Gaul sebati supaya adunan tak berketul ketul. Tapis ke dalam jug supaya mudah dituang dalam acuan.

Lumur minyak pada acuan, masukkan ke dalam pengukus dan panaskan acuan selama 5 minit.

Kemudian tuang adunan ke dalam acuan. Kukus selama 20 minit atau sehingga masak. Nota: saya kukus selama 25 minit. Angkat dan sejukkan.


Hidangkan dengan kelapa parut muda yang digaul dengan sedikit garam.

Nota:
Saya buat separuh adunan sahaja. Menghasilkan 13 biji kuih lompang. 


Catat Ulasan for "Kuih Lompang Mudah Dan Sedap"