Brownies Moist Dan Sedap Juita Amanda - Keeper Recipe
Telah lama juga saya tidak kongsikan resipi kek dan brownies. Mungkin faktor usia juga menjadikan saya tidak suka sangat makan kek. Kalau makan pun sepotong dua sahaja. Tapi dengan brownies yang sedap dan moist ini, memang hampir separuh juga saya makan. Setiap kali masuk dapur, ambil seketul. Hahaha. Mestilah sedap kan. Itu sebab saya namakan keeper recipe untuk memudahkan rujukan saya.
Sebelum itu, meh kita citer dan berkisah bab hutang sebagai ilmu. Jangan rasa jemu untuk belajar kerana walaupun sepotong ayat, ianya tetap ilmu dan tetap mendapat pahala jika kita berpesan pesan pada kebenaran.
Ramai orang mengambil mudah bab hutang. Lebih lebih lagi orang yang merasakan dia akan lambat lagi mati atau langsung tak ingat yang dia akan mati. Jangan mati dalam keadaan ada dosa.
Hutang jika tak selesai di dunia, akan dituntut di akhirat. Ketika itu, hutang dibayar dengan pahala. Jika pahala telah habis, akan pikul dosa orang yang kita berhutang. Inilah yang dikatakan orang yang muflis di akhirat bila mana pahala yang dibawa akhirnya terpaksa diberi pada orang lain.
Hati hati bila melakukan dosa yang melibatkan orang lain. Ini kerana ianya tidak akan selesai walaupun banyak amalan yang dibuat di dunia. Ianya akan diperhitungkan di akhirat kelak. Dosa tidak melibatkan orang lain seperti berzina, minum arak dsb, boleh terhapus dengan taubat nasuha kepada Allah.
Satu lagi yang dipandang remeh ialah suami berhutang kepada isteri dan melengah lengah pembayaran atau tidak mahu membayar hutang tersebut dengan pelbagai alasan. Hutang kepada isteri tetap wajib dibayar. Ia tidak akan terlepas melainkan dengan membayar hutang tersebut atau si isteri menghalalkannya.
Suami wajib memberi mas kawin. Setelah kawin, suami wajib bagi tempat tinggal, makan dan minum lebih kurang RM1000 sebulan menurut Ustaz Azhar Idrus. Kalau tak diberi, maka ianya akan menjadi hutang. Kalau isteri tak halal, suami akan berdosa besar.
Memberi nafkah adalah satu kewajipan suami manakala membayar hutang adalah satu kewajipan suami yang lain. Suami tetap wajib membayar hutang isterinya walaupun sudah bertahun memberi nafqah, hadiah dan harta kepada isterinya.
Jadi diharapkan perkongsian ini memberi manafaat pada anda jika anda seorang suami, atau anak anda seorang suami. Sama sama kita berpesan dan menasihati supaya jangan tidak membayar hutang pada orang yang memberi hutang termasuk isteri. Sama sahaja hukumnya, wajib dibayar supaya jenazah terlepas dari hutang. Jom sekarang masuk pula bab masakan.
Saya sebenarnya bukan penggemar brownies. Saya lebih suka makan kek dari brownies. Tapi dengan brownies yang sedap ini, saya makan berulang ulang. Sangat sedap.
Jika suka, boleh juga ditaburkan sedikit sea salt di atas kepingan brownies ketika dihidangkan supaya dapat menikmati rasa lemak manis dan masin masin. Wallaa sedap tak terhingga gituuu.
Untuk resipi hari ini, saya mengunakan resipi dari Juita Amanda. Juita memang penggemar brownies dan banyak mencuba resipi brownies. Jika anda mahu tengok video penyediaannya, boleh klik Azie Kitchen Youtube Channel di SINI. Selamat mencuba...
Brownies Moist Dan Sedap
Oleh: Azie Kitchen
Bahan bahan:
260 gram dark chocolate
113 gram mentega tanpa garam
130 gram gula
2 biji telur
1 sudu kecil esen vanilla
10 gram serbuk koko
75 gram tepung gandum
Segenggam coklat block - tabur
Cara cara:
Panaskan oven pada suhu 170C.
Masukkan mentega dan chocolate coins ke dalam mangkuk tahan panas di atas air panas sehingga cair. Kacau sehingga rata.
Di dalam bekas lain, putar telur dan gula seketika, kemudian tuang coklat yang telah dicairkan. Kacau rata.
Masukkan esen vanilla. Kacau rata.
Masukkan tepung gandum, serbuk koko dan secubit garam. kacau sehingga sebati.
Tuang ke dalam loyang yang telah dilapik dengan baking paper. Ratakan. Nota: Pastikan baking paper ada labihan untuk mudah diangkat brownies dari loyang.
Hiris coklat block nipis nipis dan tabur di permukaan atas adunan tadi. Ini adalah opsyenal.
Bakar selama 25-28 minit. Biarkan selama 10 minit sebelum dikeluarkan dari loyang dan sejukkan.
Nota:
Jika suka, boleh tabur sea salt atas potongan brownies ketika dihidangkan.
Catat Ulasan for "Brownies Moist Dan Sedap Juita Amanda - Keeper Recipe "
Add your comment