Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Apam Cempedak Moist dan Sangat Sedap


Alhamdulillah meriah rumah saya sejak malam tadi dengan tangisan baby bila cucu terbaharu kami keluar dari hospital dan berada di rumah kami sementara menunggu pemeriksaan ulangan dengan doktor pada hari sabtu. Selepas itu, mereka akan balik ke rumah besan kami di Shah Alam untuk menjalani pantang di sana.


Sementara cucu kecil saya, Aliya Hajar memang ada di sini sejak majlis akikah bersekali dengan harijadi Ammar Yahya pada 6 Ogos 2022. Boleh dikatakan rumah kami lengkap dan cukup quorum.

Sementara ada ramai di rumah ini dan besan pula nak singgah untuk melihat cucu terbaharu, saya cepat cepat masuk ke dapur untuk menyediakan apam cempedak. Sekejap jer menyediakannya. Dah siap dan sempat dihidangkan untuk mereka. Sebahagian lagi dikirimkan pada besan kami di Putra Jaya.

Serious sedap apam cempedak ini. Sebenarnya inilah kali pertama saya makan apam cempedak dan juga kali pertama menyediakan apam cempedak. 

Dapat idea untuk menyediakan apam selepas seorang follower memberi cadangan di ruangan komen supaya dicuba apam cempedak selain dari bingka cempedak dan kek cempedak. Kalau biasanya saya suka cempedak goreng tapi bila dah terlalu masak, cempedak jadi makan minyak. 

Jom layan resipi danncara penyediaannya di bawah ini. Jangan lupa untuk melihat video penyediaannya di Azie Kitchen Youtube Channel di SINI. Selamat mencuba... 


Apam Cempedak
Oleh: Azie Kitchen

Bahan ayak:
1 ½ cawan tepung gandum
1 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil soda bicarbonat

Bahan Kisar:
1 biji telur
1 cawan gula pasir
1 cawan minyak masak
1 cawan isi cempedak 

Cara cara:
Masukkan semiua bahan kisar ke dalam blender dan kisar sehingga kembang selama 1-2 minit. 

Tuang bahan kisar dalam tepung. Kacau sebati. Tuang adunan dalam acuan (tidak lenser minyak) sebanyak ¾ penuh.

Kukus selama 30 minit. Alas penutup periuk dengan kain untuk mengelakkan air menitis ke dalam adunan, jika. suka. Nota: saya tak alas. 

Tutup api dan buka penutup pengukus. Biarkan selama 1-2 minit baru keluarkan apam dari pengukus. 


Biarkan sejuk sedikit, baru dikeluarkan dari acuan.



Catat Ulasan for "Apam Cempedak Moist dan Sangat Sedap"