Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Sambal Tumis Ikan Bilis Petai Yang Serious Sedap



Assalamualaikum. Pejam celik pejam celik, kita dah pun masuk bulan Julai tahun 2022. Sekejap sangat masa berlalu. Memang begitu lah sekarang ini. Haa apa khabar, anda semua? Harap semua sihat walafiat. 

Jangan lupa untuk klik follow blog tau sebelum baca seterusnya entri saya hari ini. Klik juga iklan yang keluar sebagai support pada blog saya. Hahaha lepas ni, baru kita baca resipi di bawah. OK tak?

Hari ini. saya nak kongsikan resipi sambal tumis ikan bilis. Memang terdapat versi sambal tumis ikan bilis. Tak ada satu cara yang benar benar sama samada bahan digunakan atau pun teknik penyediaannya.


Ada yang menggunakan halia yang dikisar sekali dengan bahannya. Ada yang tidak menggunakannya. Ada yang menggunakan pes asam jawa, ada yang menggunakan asam keping.

Teknik juga berbeza, ada yang menggoreng ikan bilis sehingga garing, ada yang goreng layu sahaja dan ada yang langsung tidak menggorengnya. Saya mencuba kesemuanya sekali mengikut gerak hati semasa saya memasak tersebut. 

Hari ini saya menggunakan teknik penyediaan sambal cara arwah Bonda mertua yang meleburkan semua sekali. Bezanya saya goreng sekejap ikan bilis dan bawang besar hiris sebelum dimasukkan bahan kisar dan cili kisar. Lebihkan sedikit air supaya sambal merenih sehingga terbit minyak dan kering. 

Kesimpulannya memasak sambal tumis ikan bilis ini, ikut sahaja gerak hati. Yang penting, sedap. Pastinya semua beres.  Begit juga petai, jika suka dan ada stok, boleh masukkan. Jika suka petai yang rangup, lepas masuk sekejap jer terus tutup api.

Jom layan resipi dan cara penyediaannya di bawah ini kalau ada yang nak mencuba cara saya hari ini.  Jangan lupa menonton dan subscribe video penyediaannya di Azie Kitchen Youtube Channel di SINI. Selamat mencuba....  


Sambal Tumis Ikan Bilis Petai
Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan:
70 gram ikan bilis
2 genggam isi petai
5 sudu besar cili kering kisar 
2 biji bawang besar - hiris
35 gram gula Melaka
Sedikit gula
½ sudu besar garam
½ kecil pes asam jawa
Minyak masak 

Bahan kisar:
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
¼ sudu kecil belacan - boleh lebihkan

Cara cara:
Panaskan minyak yang agak minyak (boleh diceduk keluar selepas sambal siap). 

Masukkan ikan bilis dan kacau rata sekadar layu. Masukkan 1 biji bawang besar hiris dan kacau sehingga bawang layu.

Masukkan bahan kisar dan cili kering kisar.  Kacau rata. Boleh tambahkan air. Biarkan sambal masak dan merenih atas api sehingga terbit minyak.

Masukkan asam jawa, garam, gula dan gula Melaka. Kacau rata.

Akhir sekali masukkan baki bawang besar hiris dan petai. Kacau seketika, terus tutup api. 



Catat Ulasan for "Sambal Tumis Ikan Bilis Petai Yang Serious Sedap"