Sambal Sardin Sedap
Semasa kami ke Sg Petani untuk menghadiri majlis perkahwinan anak sahabat kami, Dato Hashim Hamzah dan Datin Fauziah, kami berhenti sarapan di RnR Tapah. Kami makan nasi lemak dengan paru sambal dan sardin selain telur mata.
Waah memang sedap nasi lemak di sini. Kali pertama, saya makan masa balik berhari raya yang lalu di Perak dengan anak menantu dan cucu. Pun saya rasa sedap walaupun masa tu, saya cuma ambil sedikit sahaja nasi lemak Hubby.
Selain sambal nasi lemak yang sedap, sambal sardin juga sedap. Itu yang saya hari ini teringat nak masak sambal sardin. Tapi saya guna cili api dan cili hidup kerana cili kering kisar saya masih beku selepas disimpan dalam peti beku.
Alhamdulillah sangat sedap sambal sardin saya hari ini. Masa berbuka, siap menambah nambah lagi.
Jom saya kongsikan di sini bahan dan cara penyediaannya. Selamat mencuba….
Sambal Sardin
Oleh: Azie Kitchen
Bahan bahan:
1 tin sardin saiz sederhana
½ biji bawang besar Holland - hiris
½ sudu kecil garam
¼ sudu kecil pes asam jawa
Secubit gula
Minyak masak
Bahan kisar kasar:
Segenggam cili padi
1 biji cili hijau
3-4 biji bawang merah
4 ulas bawang putih
Cara cara:
Panaskan minyak dan tumis bahan kisar sehingga terbit minyak. Masukkan sedikit air dan tumis lagi.
Masukkan garam, pes asam jawa dan sedikit gula.
Masukkan sardin sekali dengan sos. Kacau rata sehingga mendidih. Masukkan bawang besar hiris dan kacau rata. Sedia untuk dihidangkan.
Segenggam cili tak pedas ke.. kalau guna cili kisar macammana nak guna berapa sudu
BalasPadam