Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Rendang Pedas Ayam Bonda Mertua



Sebelum kita masuk bab resipi, kita baca dulu bab taubat dari video Tokku Pasir Gudang yang sangat saya gemari cara penyampaian dan cara ulasan beliau bagi sesuatu isu. Sebelum itu jangan lupa untuk klik iklan di blog saya dan juga klik follow blog. 

Teringat pula kata kata Ustaz Mat Esa yang juga dikenali sebagai Tokku Pasir Gudang bahawa dalam bab masakan, orang lelaki lebih pandai dan lebih sedap masakan kerana orang perempuan banyak had dan batasannya. Tak dinyatakan pula apa had dan batasan tersebut. 

Masa saya di kampung dulu, memang yang memasak adalah kaum wanita, jadi memang rasa janggal bila mendengar orang lelaki memasak ketika itu. Mungkin masa itu, tiada pendedahan apa yang berlaku di tempat lain. Hidup saya umpama katak bawah tempurung jer. OK sekarang kita masuk bab taubat. 

Taubat iaitu kembali pada fitrah kita, kembali membersih diri kita, kembali beribadah dan meninggalkan larangan Allah. Taubat ialah menjauhi semua perkara yang dimurkai Allah. Menyesali apa yang telah dilakukan, memutuskan hubungan dengan orang jahat yang Allah benci. Taubatnya lengkap dan kehendaknya benar. Menghapus jejak dosa dengan linangan airmatanya.

Ada beberapa sifat orang bertaubat. Selepas menyesal dengan apa yang dilakukan, meninggalkan apa yang telah dilakukan dan berazam untuk tidak mengulanginya. Maka ada satu proses yang dianggap proses membenarkan taubat iaitu menjauhi semua dosa dosa besar. Dosa besar yang akan meranap hati nya. Kalau mereka menjauhi dosa besar maka Allah akan mengampuni dosanya. Nabi sebut jauhi 7 dosa besar yang membinasakan. Bila hati terkeluar dari ikatan dosa besar, maka akan mula menyesali semua dosanya. 

Peringkat seterusnya ialah memutuskan hubungan dengan orang jahat yang membawa pada maksiat. Mereka pada mualatnya baik selalu call, belanja makan. Mereka ada jasa pada kita. Contoh bagi hutang masa nak berjudi. Mencebur untuk dia berbuat maksiat. Tapi kebaikan tersebut tiada nilai di sisi Allah. Cara nak jauhi kawan jahat. Bagi alasan untuk jauhinya. Jauhi dulu bukan terus membencinya. Ketika kita jauhi, lengkaplah syarat taubat kita. 

Hapuskan jejak jejak dosa dengan airmata yang boleh menghilangkan kesan dosa. Ada kesan dosa yang menyebabkan kita jadi tertarik pada dosa lain. Ada kesan dosa yang menjadikan kita keras hati. Ada kesan dosa yang kita akan rasa luka dari dosa yang telah kita buat. Contoh luka ialah kita malu nak pegang Quran, malu untuk hadir majlis ilmu. 

Rawati dengan airmata dan taubat sebenar sehingga akan terzahir pada badan kita. Akan nampak kesan pada orang taubat seperti mana nampak kesan pada tubuh orang yang exercise. Nampak pada wajahnya kebimbangan dan ketakutan. Inilah tanda benarnya taubat.


Tahap pertama taubat seseorang adalah menghadapi irihati musuhnya. Musuh sentiasa iri hati bila kita mahu bertaubat. Mereka ada hak untuk tuntut pada kita. Maka sempurna kan hak dia. Contoh bayar hutang dia. Orang yang pernah bersama kita akan tuntut hak dia. Bayar dan lunas balik hak dia. 

Ada 2 perkara, lakukan solat untuk dapatkan kekuatan dan jalan dan ikhtiar untuk berfikir untuk lunaskan hak. Solat dapat menyelesaikan segala galanya. Mengingati Allah itu lebih agung iaitu solat. Tunaikan solat untuk mengingatiKu. Allah membantu kita tunaikan hak yang tidak dapat dilunaskan. 

Kedua, doakan untuk mereka supaya menggugurkan tuntutan hak tersebut dan akan bersama dengan kita. Sebab kamu dah berubah jalan, maka aku nak tuntut. Dulu aku tak kisah. Analogi dulu kita bercinta, engkau ada berhutang. Sekarang bila dah putus, saya nak ambil balik apa yang diberi. Begitu juga boss dengan pekerja. Bila berlawan arus, kita akan tuntut. 

Begitu juga bab taubat. Kalau gagal bagi hak yang dituntut, taubat kita akan terbantut. Contoh ada orang cela, dulu dia ada hutang aku pun tak bayar. Akan mencemar imej kita yang baru nak jadi baik. Ramai yang tumbang. Akhirnya kembali semula jalan lama supaya tidak dituntut. Jadi kena sempurnakan hak dia. Kalau tak mampu, solat untuk pujuk orang dan doa. Baik dan jahat kita adalah berkait dengan orang. 

Ada sifat lain yang perlu ada sifat yang penting walaupun ianya bukan syarat taubat seperti menuntut ilmu dan mendampingi orang soleh. Banyakkan masa melakukan perkara berfaedah. Meninggalkan kerja halal yang risiko tinggi untuk mendedahkan pada maksiat. Cari kerja lain. Allah sayang orang yang bertaubat. Bila dok dalam majlis ilmu tanda Allah sayang. Bila kita baca Al Quran, itu tanda Allah sayang. OK setakat ini sahaja dulu, semoga bermanafaat dan mendapat ganjaran pahala dari Allah. 

Telah bertahun tahun saya menggunakan hanya resipi ini untuk menyediakan rendang ayam. Sejak berkahwin, memang inilah rendang yang saya tengok arwah Bonda mertua sediakan. 

Kami akan beramai ramai menghiris halus bahan bahan yang digunakan. Kemudian akan membantu mengacau rendang dalam kuali. Tapi tak boleh dikacau sembarangan kerana akan menyebabkan ayam hancur. Kacau hanya di dasar kuali supaya ianya tidak hangus di bawah kuali sahaja.

Masa yang paling best bila rendang masak, masa ni lah akan memilih bahagian ayam yang disukai seperti tengkuk, kepak dsb. Makan panas panas dengan lemang, memang sangat nostalgia. Haa kalau ada yang tak tahu, saya tak pernah makan rendang sebelum berkahwin. 

Tak kenal pun rendang kerana arwah bonda saya serta masyarakat kampung sekeliling saya memang tidak memasak rendang. Rasanya tiada pun resipi rendang ketika itu. Tak pastilah kalau masyarakat bandar seperti di Kota Bharu, mungkin dah ada yang merendang. 

Rendang arwah bonda mertua saya ada dimasukkan bawang putih tapi ada juga yang tidak memasukkan bawang putih langsung. Jadi terpulang pada selera masing masing. Saya ikut cara Bonda mertua yang menggunakan bawang putih. 

Begitu juga dengan gula, jika suka boleh masukkan. Jika tidak, tak perlu masukkan gula. Ikut lah citarasa masing masing. Ada orang masukkan gula bukan untuk manis tapi untuk seimbangkan rasa rendang yang pedas pedas ini. 

Jom layan resipi dan cara penyediaan rendang pedas ayam Perak yang saya sediakan hari ini. Selamat mencuba...



Rendang Pedas Ayam
Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan:
2 ekor ayam
1 kg santan segar
½ biji kelapa parut - digoreng keperangan (jika suka boleh dikisar dengan bahan kisar)
3 keping asam keping
1 sudu besar garam

Bahan kisar:
3 inci kunyit hidup - 20 gram
7 biji bawang besar - 380 gram
6 sudu besar penuh cili - 250 gram 

Bahan hiris:
4 inci halia - 50 gram
10 biji bawang merah - 100 gram
8 ulas bawang putih - opsyenal
8 batang serai
2-3 helai daun kunyit  

Cara cara;
Masukkan semua sekali ke dalam kuali dan masak sehingga rendang kering yang disukai.

Masukkan asam keping dan garam. Sesuaikan rasa dan bolehlah ditutup api.


Nota:
Jika ayam dikeluarkan dari peti ais, dimasak ayam terlebih dahulu sehingga air ayam kering sebelum dimasukkan bahan lain.

Cara arwah Bonda mertua, semua bahan dihiris halus kecuali kunyit hidup. Boleh juga jika mahu dikisar.

Catat Ulasan for "Rendang Pedas Ayam Bonda Mertua"