Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Percutian London. - Jalan Jalan Oxford Street Day 2



Pagi pagi hari kedua di London kami dah keluar dan kali ini menaiki bas terus ke Oxford street. Tapi bas berhenti banyak perhentian, rasanya 38-40 kali dan mengambil masa hampir 1 jam. 

Tapi saya seronok jer dan tak terasa pun lama kerana sepanjang perjalanan melihat suasana dan kesibukan orang ramai yang mungkin ingin ke pejabat. 


Kami shopping di kedai kedai sepanjang Oxford Street sahaja sebelum masuk ke Selfridges. Memang tiada perancangan untuk membeli handbag. Sekadar tengok tengok sahaja. Nelly yang beli handbag kiriman kawan kawan. 



Kami kemudian berjalan jalan dalam Selfridges kerana saya ingin mencari kasut jika ada yang sesuai. Sementara itu, Nelly dan Juita shopping untuk barangan make up dan parfum yang dipesan oleh customer mereka. 


Setelah penat berjalan, kami singgah makan tengahari di Restoran Burger and Lobster di Oxford Street. Selepas makan, kami sambung lagi bershopping. 


Semasa balik ke apartment, kami naik bas dan duduk di tingkat atas. Saya pulak masih jet lag. Mungkin kerana itu, saya terjatuh ketika menuruni tangga bas. Nasib baik, kaki saya tidak terseliuh. Balik bilik dan terus berehat.




Catat Ulasan for "Percutian London. - Jalan Jalan Oxford Street Day 2"