Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Percutian London - Durdle Door dan Stonehenge Day 4



Pagi pagi dari London kami terus bertolak ke Bicester yang mengambil masa perjalanan dalam 1 jam lebih. Dalam perjalanan kami singgah di Durdle Door yang merupakan batu limestone yang membentuk gerbang yang menegak terletak di Lulworth,  Dorset. 


Cantik sangat pemandangan Jurassic Coast dari tempat tinggi. Kalau mahu bergambar di Durdle door kena menuruni tanah yang agak jauh ke  bawah. Risau juga kalau tergelincir kerana kaki perlu kuat masa nak turun dan memikirkan kepenatan masa nak naik semula ke atas. 


Jadi saya dengan pasrah hanya berada di bahagian atas sahaja. Panorama memang cantik. Itu lah bila kita bercuti waktu kita dah berusia ni, banyak cabarannya.  Yang bestnya walaupun bergambar di bawah cahaya matahari tapi tidak terasa panas. Sebaliknya sejuk dengan tiupan angin dari laut. Tak berpeluh, muka tak berminyak dan make up pun kekal jer.


Dari situ, kami meneruskan perjalanan ke Stonehenge yang memang dah lama saya ingin jejaki. Hubby dan anak anak tak nak masuk. Tiket pun mahal dan mereka tak rasa ianya menarik. Jadi hanya saya dan Juita yang masuk. 

Kami naik shuttle bus untuk ke tempat di mana batu batu misteri yang menjadi tarikan ramai pelancung mengunjunginya. Hubby dan anak anak yang lain semua lepak sambil minum di cafe. 


Seronok dapat bergambar di hadapan batu yang menimbulkan misteri bagaimana batu seberat 40 tan diletakkan di sana. Memang ianya adalah antara tempat menarik dalam senarai tempat yang ingin saya kunjungi sejak dulu. Ianya adalah adalah antara yang tersenarai dalam UNESCO World Heritage. 


Lama juga saya dan Juita di sana sambil bergambar. Alhamdulillah cuaca juga baik dengan langit  cerah membiru yang membantu kami untuk bergambar.

Dari sana, kami meneruskan perjalanan ke apartment di Bicester. Sesampai di Bicester saya menghantar message pada Ja menanyakan tempat makan yang best di sana. 

Kebetulan Ja ada di Bicester Village. dan mencadangkan untuk kami makan di Restoran Shan Shui di Bicester Village. Jadi kami terus menuju ke sana kerana masih sempat sebelum restoran ditutup pukul 7.00 malam. Kami sampai ngam ngam jer pukul 6 lebih. Ja dan Amy telah membuat booking siap siap di situ untuk kami kerana kuatir kami lambat sampai. 

Atas cadangan Ja, kami memesan makanan yang antaranya ialah mee hoon goreng dengan daging, nasi goreng. Ketika hendak membayar, barulah tahu yang Ja dan Amy telah membayar bil makan malam kami. Masya Allah. Semoga Ja dan Amy sekeluarga dimurahkan rezeki dan diberikan ganjaran pahala. 


Selepas makan, kami kemudian ke apartment dan terus berehat. Apartment ini perlu naik tangga yang agak tinggi. Agak susah juga untuk mengangkat naik bag bag kami yang bukan sahaja besar tetapi berat. Namun yang bestnya, apartment ini sentiasa wangi semerbak sepanjang masa dengan haruman aromatherapi yang memberi ketenangan. 

Sepanjang menginap di sana, saya suka melihat pemandangan belakang rumah di mana kelihatan banyak tempat digantung makanan untuk burung burung hinggap dan makan. 

Masyarakat Barat sebenarnya sangat bertanggungjawab dan penyayang pada haiwan. Pastinya pemandangan sebegini, tiada kelihatan di tempat kita. OK setakat ini dahulu, nantikan entri seterusnya shopping di Bicester Village. 



Catat Ulasan for "Percutian London - Durdle Door dan Stonehenge Day 4"