Percutian London - Brighton Day 3
Alhamdulillah hari ini saya ingin menyambung lagi catatan percutian kami ke London pada bulan Mac 2022 yang lalu. Agak slow sedikit kerana saya kebelakangan ini agak keletihan dan lesu. Kemungkinan long covid kerana pemeriksaan jantung menunjukkan ianya normal.
Pagi pagi hari ke3, kami mengambil bas ke Oxford Street dan juga untuk melakukan ujian Covid bagi Aween kerana beliau seorang sahaja yang belum dijangkiti Covid sebelum berangkat ke sini. Dia rasa sedikit kering tekaknya.
Kami kemudian berjalan kaki dari bus stop di Oxford Street untuk mengambil kereta sewa. Agak jauh juga pejabat untuk pick up kereta yang terletak di kawasan berhampiran dengan Marble Arch. Dalam perjalanan, kami singgah untuk membuat test covid bagi Aween. Bayaran untuk test covid ialah UK35.
Kemudian kami berjalan sambil singgah untuk shopping heattech di Uni Qlo kerana cuaca yang agak sejuk. Bila penat kami duduk lepak lepak seketika.
Selepas mengambil kereta, kami pun memulakan perjalanan dengan kereta. Destinasi pertama adalah Brighton. Saya seronok dapat melihat pemandangan semasa dalam perjalanan ke Brighton. Pemandangan bandar dengan rumah lama yang memang cantik dan mengasyikkan.
Selepas parking, kami berjalan ke Regency Restaurant yang telah dibuat booking awal. Kalau ke sini, pastinya menu utama ialah fish & chips. Kami memilih ikan cod, haddock dan ikan salmon. Side dish pula, scampi dan sotong. Memang sedap kerana ikan dan makanan laut di sini fresh dan harganya pun sangat murah dan berpatutan.
Selepas itu, kami berjalan ke Bighton seafront di mana orang ramai beriadah. Cuma yang saya tak suka sikit di sini, ramai yang membawa anjing bersiar siar. Anjing yang pelbagai spesis yang cute pula dilepaskan. Memang tidak mengganggu kita tapi saya memang dari dulu takut untuk dekat dengan anjing.
Selepas bergambar di tepi pantai, saya dan Hubby singgah minum di cafe. Tak tahan cuaca yang sangat sejuk, tambahan pula dengan angin laut kuat yang menambahkan lagi kesejukan.
Dalam cuaca sejuk, dapat minum minuman panas, memang sangat best. Sepanjang di sini, saya jadi suka pula dengan hot chocolate. Ya lah nanti minta teh tarik kan susah pulak.
Sementara itu anak anak terus menyusuri sehingga ke Brighton Piers. Memang cantik sebab ianya. adalah antara tarikan bagi pelancung ke sini. Kalau tidak sebab sejuk, saya pun mungkin ikut sekali berjalan ke sana.
Bila hari dah kelihatan sedikit gelap, kami bertolak balik ke London. Sampai apartment, kami mula packing untuk perjalanan ke Bicester keesokan paginya.
Catat Ulasan for "Percutian London - Brighton Day 3"
Add your comment