Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Ikan Siakap Tiga Rasa Yang Sedap dan Tips



Ramai yang suka masak ikan siakap dengan masakan 3 rasa. Kalau di kedai masakan panas pun, masakan ini cukup popular dan mesti ada dalam senarai menu mereka. 

Tapi sukar untuk menemui masakan ikan siakap 3 rasa yang sedap jika makan di restoran tomyam walaupun menyediakan lauk ini sangat mudah. 

Kenapa jadi begitu? Mungkin sebab mereka masak untuk berniaga. Yang memasaknya adalah tukang masak yang hanya bekerja di situ. Bukan owner yang mahu menjaga pelanggan di kedai mereka. 

Memasak dengan sedap bukan keutamaan untuk semua mereka. Masak untuk cepat dan mungkin untuk jimat. Ikan biasanya warna gelap, keras dan garing sampai ke tulang. Kuahnya tidak ada tiga rasa. 

Ikan siakap saya hari ini sangat besar, jadi saya hanya menggunakan separuh sahaja untuk dibuat masak siakap tiga rasa. Kalau saiz yang sesuai adalah satu ekor ikan siakap dalam berat 1 kg. 


Sebenarnya kita boleh menyediakan lauk ini di rumah dengan sedap dan lebih jimat. Hati pun tak sakit makan masakan tak sedap dan dibayar dengan harga yang mahal. 

Hari ini saya nak kongsikan sekali lagi resipi ikan siakap masak 3 rasa. Boleh klik entri sebelum ini yang untuk satu ekor ikan di SINI.  Jika suka, anda bolehlah share dengan kawan kawan dan klik lah iklan yang keluar di blog saya. 

Jom layan resipi dan cara penyediaannya di bawah ini. Selamat mencuba…


Ikan Siakap Masak 3 Rasa

Untuk Ikan:
1 ekor ikan siakap - 1 kg
Garam
Serbuk kunyit
Tepung jagung - dilumur pada ikan
Minyak - untuk menggoreng ikan

Bahan Menumis:
4 ulas bawang putih - ketuk
6 tangkai cili padi - dipotong halus
1 inci halia - dihiris halus
1 batang serai - ketuk

Bahan Sos:
3 sudu besar sos cili
2 sudu besar sos tomato
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar sos ikan 
Sedikit minyak bijan - opsyenal

Bahan bahan Lain:
1 biji bawang besar - dipotong dadu
1 biji buah tomato - dipotong dadu
½ biji cili benggala - dipotong dadu - opsyenal
Kiub nenas dalam tin - opsyenal
1 labu bawang putih jeruk - cincang
3-4 helai daun limau purut - buang tulang
Daun sup/daun bawang - untuk hiasan
Minyak untuk menumis
Garam secukup rasa
1-2 sudu besar gula atau secukup rasa 
Serbuk perasa secukup rasa

Cara cara:
Ikan dibersih dan ditoskan dengan asam dan digosok dengan pisau bagi membuang lendir. Kelar dan lumur dengan garam dan serbuk kunyit di serata termasuk di celah kelar. Nota: guna sedikit sahaja kunyit supaya ikan tidak berwarna kuning. Lumur sedikit tepung. Biarkan seketika dan goreng. 

Panaskan minyak yang banyak di dalam kuali. Pastikan minyak betul-betul panas, barulah dimasukkan ikan tadi. Goreng dengan minyak terendam ikan tersebut. Setelah ikan masak, angkat dan ketepikan. Jangan goreng garing kerana ikan akan jadi keras.  

Panaskan minyak dalam kuali yang lain. Tumiskan bahan menumis iaitu bawang putih, halia, cili padi dan serai sehingga bawang putih kekuningan. 

Kemudian masukkan bahan sos iaitu sos cili, sos tomato, sos tiram, sos ikan dan 3 sudu jus nanas di dalam tin serta daun limau purut. Kacau sebentar.

Akhir sekali, dimasukkan bahan bahan lain iaitu bawang besar, bawang jeruk, tomato yang dipotong dadu, nenas dan cili benggala. Masukkan sedikit air. Sesuaikan rasa garam, gula dan serbuk secukup rasa.

Biarkan kuah mereneh seketika. Setelah kuah agak pekat berkilat, angkat dan curahkan di atas ikan yang telah digoreng tadi. Taburkan daun sup/daun bawang. Sedia untuk dihidangkan.


Nota:
Nak lagi sedap, boleh masukkan 1 sudu besar pes tom yam. 

Serbuk kunyit jangan banyak sebab tak mahu warna kuning. 

Masa basuh ikan, kelar dulu baru direndam dengan asam. Kikis ikan dengan menggunakan pisau untuk membuang lendir yang melekat di ikan.  

Kuah lebihan, boleh simpan dalam bekas dan simpan dalam peti ais untuk kegunaan akan datang.

Kalau suka ikan yang garing, siram kuah ke atas ikan tapi jika suka ikan yang lembut, tutup api dan masukkan ikan ke dalam kuah. Lumur rata. 


1 ulasan for "Ikan Siakap Tiga Rasa Yang Sedap dan Tips "