Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Daging Masak Hitam Mudah dan Sedap



Daging Masak Hitam adalah antara resipi favourite yang saya sediakan di bulan Ramadhan. Biasanya saya akan menyediakannya banyak banyak dan disimpan dalam bekas kecil dan dibekukan dalam freezer.


Di bulan Ramadhan saya memang tidak akan berlama lama di dapur. Rasa rugi kerana ianya adalah bulan pesta ibadah yang patut kita rebut untuk meraih pahala yang berganda ganda. Tidak semua kita berpeluang berada di bulan Ramadhan lagi. Tiga orang sahabat saya telah meninggal dunia sebelum dapat menjejakkan kaki di bulan Ramadhan tahun ini.



Di samping untuk juadah berbuka, saya juga menyediakan lauk ini untuk bekalan ke luar negara. Malahan ketika bercuti ke London dan Scotland baru baru ini juga, saya menyediakan lauk daging masak hitam yang dibekukkan dan setiba di sana, masih elok bekunya. 


Tinggal saya masukkan sahaja di dalam peti sejuk. Selain dimakan dengan nasi putih dan nasi lemak, saya juga mencicahnya dengan roti. Serious sedap dan anda patut mencubanya. 


Jom layan resipi yang saya salin di bawah ini. Jangan lupa video penyediaannya di Azie Kitchen Youtube Channel di SINI. Kalau belum subscribe, bolehlah subscribe sekarang kerana saya akan share 1 video untuk setiap hari Ramadhan. Sekurangnya satu video. Mungkin lebih.


Hari ini juga saya kongsikan video ayam percik Kelantan yang menjadi favorite saya dan anak anak. Jangan lupa like, share dan komen tau... 



Daging Masak Hitam

Oleh: Azie Kitchen 


Bahan bahan:

1 kg daging

½ botol kecil kicap manis - kali ini saya guna 50ml

1 sudu besar gula 

1 Kuib Pati Lembu Knorr

1 sudu kecil air asam jawa

1 biji bawang besar - hiris

¼ cawan minyak


Bahan Kisar:

3 biji bawang besar kuning

1 labu bawang putih - 15 ulas

10 batang serai

2 sudu besar cili kisar

4 inci halia

6 biji buah keras


Cara cara:

Panaskan minyak dan masukkan daging dan dikacau rata.


Kemudian masukkan bahan kisar dan semua bahan lain. Biarkan masak sehingga daging lembut dan terbit minyak.


Akhir sekali masukkan air asam jawa. Jika suka, masukkan bawang besar hiris sebagai hiasan.



Catat Ulasan for "Daging Masak Hitam Mudah dan Sedap "