Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Sambal Ikan Bilis Petai



Sebelum kita masuk bab resipi, saya ingin kongsikan petikan dari kuliah Zoom oleh Ustaz Zul Ramli berkenaan topik Penghalang untuk jadi baik. Tapi yang saya nak kongsikan ialah bukan apa penghalang untuk jadi baik tapi berkenaan dengan matlamat hidup kita. 

Ustaz mulakan dengan Surah al Mulk ayat 2 bermaksud "Dia lah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) - untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu: siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya; dan Ia Maha Kuasa (membalas amal kamu), lagi Maha Pengampun, (bagi orang-orang yang bertaubat)"; mana ayat untuk kita ingat bahawa Allah mencipta sesuatu dari tiada kepada ada. 

Ciptaan kita sebagai manusia bermula dengan mati dulu. Hakikatnya takrif mati adalah bila ada jasad tapi tak ada roh. Bahawa kita pernah ada dalam rahim ibu yang mana kita ketika itu ada jasad sahaja tapi tiada roh. Kemudian, baru roh ditiup pada jasad kecil dalam rahim ibu. Bila ada jasad dan roh sekali, maka adanya hayat iaitu hidup. 

Kematian dan hidup kamu itu tujuannya untuk uji kamu sahaja. Apa yang Allah nak uji? Siapa kalangan kamu yang mengalami mati dan hidup yang paling baik amalannya. Tujuan hidup untuk lakukan kebaikan. Kenapa Allah mulakan dengan kalimah mati dulu, kemudian hidup. 

Orang terbaik digelar muhsinin. Bila kita telah mempraktikkan kebaikan, baru digelar muhsinin. Apa kemuncak sebagai muhsinin bagi orang hidup? Kemuncaknya ialah dia akan mati dalam husnul khatimah. 

Orang yang rasa aman dan tak ada rasa takut pada kematian. Itu lah orang yang akan tercabut imannya saat dia mati. Semua orang akan mati, setelah semua rezekinya tertunai. Syaitan bila melihat tanda tanda orang ini akan mati, akan mengumpul kaumnya untuk hasut supaya mati dalam suul khatimah. 

Nabi Muhammad SAW bersabda bermaksud bahawa manusia akan mati sebagaimana dia hidup. Manusia mati ikut cara dia hidup, begitu juga cara dia akan mati. Kita mesti jadi baik yang sempurna bukan baik ikut piawaian seorang. Tapi mesti baik ikut piawaian Allah. Jika kita hidup dalam kebaikan, Insya Allah kita juga akan mati dalam kebaikan. 

Lebih bahaya jika perasan diri telah baik. Rasa baik itu jahat. Rasa jahat itu baik. Jahat itu jahat. Contoh makhluk yang dulu baik, sekarang tak baik iaitu iblis laknatullah. Dulu iblis adalah makhluk Allah yang sangat taat pada Allah.

Matlamat hidup kita ialah untuk mati dalam husnul khatimah. Saidina Ali menjawab hari terbaik ialah hari matimu di mana imammu berada pada puncak paling tinggi. OK cukup setakat ini dahulu, kita masuk pula bab masakan.



Terdapat beberapa versi sambal tumis ikan bilis, ada yang kuahnya cair berkuah, ada yang pekat seperti mana yang saya sediakan hari ini. 

Saya menyediakan nasi lemak untuk dimakan dengan sambal ikan bilis ini. Jadi saya sediakan sedikit pekat. Semuanya terpulang pada citarasa masing masing.  


Jangan lupa untuk menonton video penyediaannya di Youtube Channel saya iaitu Azie Kitchen Youtube Channel di SINI. Saya sangat berbesar hati, jika anda dapat klik subscribe. 


Jom layan resipi dan cara penyediaannya di bawah ini. Selamat mencuba...


Sambal Ikan Bilis Petai
Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan:
50 gram ikan bilis
20-25 tangkai cili kering - rebus & kisar - 2 sudu besar cili kisar
2 sudu besar gula
2-3 sudu besar air asam jawa
1 cawan minyak
¾ sudu kecil garam atau secukup rasa
1 cawan air
50 gram petai - belah 2
1 biji bawang besar - hiris

Bahan kisar:
3 biji bawang besar - 210 gram
4 ulas bawang putih
1 inci halia

Cara cara:
Panaskan minyak dan goreng ikan bilis sekadar layu sahaja. Angkat dan ketepikan.


Masukkan pula bahan kisar dan tumis sehingga naik bau. Masukkan cili kisar dan tumis sehingga cili terbit minyak. tumis bahan kisar sehingga terbit minyak. Masukkan air sedikit sedikit untuk percepatkan cili masak.

Masukkan ikan bilis dan biarkan sehingga sambal terbit minyak. Masukkan air asam jawa, gula dan garam.

Masukkan petai dan bawang besar. Kacau rata. Tutup api.



Catat Ulasan for "Sambal Ikan Bilis Petai "