Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Mee Talam Ala Pasar Jelawat Dan Luahan Hati


Masih ingat masa baru baru menulis blog. Saya ingatkan resipi dikongsi di blog untuk dicuba dan masak sendiri. Yang tak boleh hanya lah copy gambar gambar masakan dan letak di blog sendiri tanpa izin. Tak beretika lah. 


Tapi ketika itu, panik juga bila resipi yang saya cuba masak dan kongsi di blog, diambil oleh satu group masakan di facebook. Bila tuanpunya resipi melihatnya, dia siap memaki hamun kerana katanya ceduk resipi dia dan tak share link. Sedangkan facebook itu, bukan facebook saya. 


Saya tak faham kenapa saya dimaki kerana di dalam blog saya, saya guna gambar yang dimasak sendiri dan ada juga bagi backlink blog asal. Kalau resipi tak bagi orang guna, jangan share dalam blog dan suruh orang guna. Sekadar nak beritahu orang yang kita pandai memasak kan. 


Sampai sekarang dia block saya di Instagram walaupun zaman kejadian itu, saya belum pun ada instagram. Harapnya dia sedar apa yang telah dia lakukan dan sedar yang saya tak ada buat apa apa yang menyalahi. 


Jadi kalau dah kongsi resipi di mana mana, tak perlulah nak kecewa, sedih bila orang lain menggunakannya atau ubahsuai timbangan dsb. Dia bukan ubahsuai bukan untuk tunjukkan dia tuanpunya resipi asal. 


Berbaik sangka jer. Dia ubahsuai untuk memudahkan. Kalau nak sukatan paling tepat, guna timbangan. Bukan sukatan cawan. Itu pun matlamat kongsi resipi. Kalau tidak, baik private kan sahaja blog supaya hanya diri sendiri yang dapat tengok. 


Ada satu instagram budak baru pun ada block saya takut saya guna resipi dia. Saya kalau ikan sungai memang tak berapa gemar jadi tak adalah saya nak ambil resipi dia pun. Tapi bolehlah fikir sendiri, macam mana dan apa yang ada dalam fikiran orang seperti ini. Nak kongsi resipi atau nak populariti, tak pasti.



Tidak mudah untuk saya dapat resipi mee talam ini. Saya menanya di sana sini bertahun lamanya. Dari apa yang diberitahu, saya catat sikit sikit. Dan kemudian mengolahnya semua sekali. Itu pun saya mencuba dua tiga kali. Banyak kali juga gagal. Saya sanggup bayar jika dapat hubungi saudara mara anak makcik yang jual mee. Tapi percubaan gagal sehingga kini. 


Itu sebab setiap resipi saya, sangat saya hargai. Bukan dpaat mudah sehingga anda tidak merasai kepayahannya. Mudah mudah minta, boleh share resipi tak? Memang boleh tapi anda tidak akan tahu nilainya. 


Itu sebab bila diminta klik butang follow blog pun tak sudi. Iklan pun perlu diingatkan supaya klik. Resipi pun percuma. Kalau PJJ, sanggup bayar RM100 untuk satu resipi. 


Kali ini rasanya lebih tepat walaupun tidak 90% tepat. Mee ini licin jer. Batang kangkung pun dipotong pendek dan tak banyak. Jarang jarang kacau, jumpa satu. Lebih kurang macam tu lah. 


Kalau ada yang nak mencuba, boleh tengok resipi dan caranya di bawah ini. Sehingga kini saya masih mencari resipi dari keluarga arwah mak cik yang berjual mee talam di pasar Jelawat. 



Mee Talam

Oleh: Azie Kitchen


Bahan bahan:

450 gram mee kuning

1 cekak batang kangkung 

1 sudu kecil cili kisar 

¼ sudu kecil garam

4-5 sudu besar minyak masak


Bahan kisar:

3 biji bawang merah

2 ulas bawang putih


Air Gula:

¼ cawan air

20 gram gula melaka

1 sudu besar kicap pekat 


Cara cara:

Basuh mee kuning sekejap sahaja. Tos dan ketepikan. 


Masak air dengan gula Melaka sehingga gula larut. Masukkan kicap dan masak atas api perlahan sehingga berbuih, pekat dan berkilat. Tutup api. 


Dalam kuali lain, panaskan minyak dan tumis bahan kisar sehingga naik bau. Masukkan cili kisar dan tumis sehingga terbit minyak. Masukkan air sedikit demi sedikit supaya bahan tumis garing dan terbit minyak berulang kali. 


Masukkan mee dan batang kangkung. Kacau rata rata atas api perlahan. 



Tuang air gula dan kacau rata. 



Masak sehingga mee lembut dan batang kangkung lembut. Tutup api. 





1 ulasan for "Mee Talam Ala Pasar Jelawat Dan Luahan Hati"

  1. 1st time tengok mee goreng guna kangkung. macam menarik nanti boleh try.

    BalasPadam