Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

JJCM Tanjung Sepat


Asalnya saya bercadang untuk bermalam di mana mana hotel di Morib atau kawasan berdekatan. Tapi hotel semua penuh. Jadi Hubby mencadangkan supaya kami bertolak pagi dan balik hari sahaja. Sebab dah memang berhajat nak ke sana, saya setuju dengan cadangan itu. 

Saya memang suka bila travel melalui jalan kampung dan bandar bandar kecil. Maksud saya bukan highway. Sepanjang jalan dapat dilihat rumah rumah kampung dan sawah bendang.

Destinasi pertama kami ialah Kafe Cikgu, Kampung Kundang. Senang jer mencarinya kerana papan tanda besar di tepi kedai yang pasti anda tidak akan terlepas. Kelihatan banyak motor dan kereta yang diletakkan di tepi jalan. Di sini dijual pelbagai hidangan sarapan dan makan tengahari yang sedap sedap semuanya.


Saya order lempeng kelapa dan lempeng pandan dicicah dengan kari kambing istimewa serta sambal hijau yang sangat sedap. 

Saya memang dari rumah lagi dah. teringin nak makan kari kambing yang dikatakan sangat sedap. Memang tak jumpa tempat lain. Hubby pula memesan roti arab dan lontong.  


Juga jangan lupa mencuba kopi kampung serta jus markisa yang ditanam sendiri di laman rumah mereka. Hidangan tengahari semua best best. Ada asam pedas, kambing kari, daging salai dan ikan patin tempoyak dari Temerloh yang dimasak oleh tukang masak juga dari Temerloh.

Tapi saya tak sempat untuk makan tenghari kerana telah kekenyangan. Hajat hati untuk singgah masa dalam perjalanan balik tapi kami telah mengikut jalan Semenyih. Lagi pulak, Kafe Cikgu tutup pukul 4.00 petang. 

Owner, Cikgu Salina juga sangat mesra dan beliau terlibat sendiri dalam penyediaan makanan di kafe. Sesiapa ke Tg Sepat, bolehlah singgah makan di sini untuk sarapan dan juga makan tengahari. Mesti puashati dengan hidangan yang disediakan. 

Selepas itu, kami bergerak ke tempat menjual kerepek ubi kayu. Pelbagai jenis kerepek ada dijual dan banyak dibeli oleh para peniaga untuk dibuat jualan. Sangat sedap. Saya yang tak suka kerepek ubi pun, makan tak henti sehingga habis. 

Kami kemudian ke Pantai Cunang. Pantai yang baru dibuka tapi sebabkan air pasang, pantai ditutup pada orang ramai sehingga 11 haribulan. Ramai penduduk orang asli yang mengusahakan pantai ini. Kelihatan juga chalet dan penginapan yang sedang dibina. 



Kemudian ke Pantai Bagan Lalang. Banyak restoran ikan bakar dan makanan laut yang ditutup. Yang ada hanya peniaga di medan selera.

Kami singgah sekadar untuk minum tapi bila tahu ada ikan bakar. Saya pesan ikan bakar dan sotong celup tepung. Hanya ingin meratah. Tapi tak berapa bernasib baik kerana sotong celup tepung yang dipesan sangat liat kerana terlebih masak. 

Puas kunyah pun, masih tak boleh telah. Dah jadi macam plastik pulak. Kepada para peniaga kena belajar cara untuk menggoreng kerana kesian kalau pelanggan terpaksa membayar pada makanan yang tak boleh dimakan. 

Dari situ, kami bertolak balik ikut bandar Semenyih dan singgah solat di R&R Dengkil. Walaupun perjalanan balik hari, saya rasa sangat seronok dapat berjalan ke tempat orang yang membolehkan kita merasa masakan setempat. 


1 ulasan for "JJCM Tanjung Sepat"