Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

JJCM Muar Part II



Hari ini saya akan sambung catatan perjalanan JJCM ke Muar untuk hari kedua. Boleh klik di SINI untuk Part I. Jangan lupa untuk klik iklan yang keluar di blog dan klik Follow Blog ya. Kerjasama anda saya dahului dengan ucapan tertima kasih. 

Pagi pagi hari kedua, kami berjalan kaki untul bersarapan Muo style iaitu sate, mee rebus, lontong dan soto. Restorannya hanya terletak di hadapan hotel iaitu di belakang HSBC Bank. Ada beberapa restoran yang menjual sate di barisan yang sama. Tapi hari itu, hanya satu restoran jer yang berniaga. 

Jadi masuk jer yang mana ada. Dulu saya pernah datang balik hari untuk sarapan di Restoran ZZ Satey Warisan. Boleh klik di SINI. Tapi hari itu mereka tutup. Kami makan di Gubuk Ann Warisan. Sedap lah juga.



Seperti biasa, kami akan makan sate, mee rebus dan mee bandung. Ada juga soto tapi dah tak boleh nak masuk semua. Itu pun siap menambah lagi sate nya.


Selepas makan kami balik ke hotel. Selepas itu, kami ke kedai kopi Sai Kee Kopi untuk membeli kopi dan kaya. Tapi kaya dah habis. Saya beli roti bakar untuk dimakan dalam kereta sahaja. Sedap roti bakarnya yang diletakkan sekali kaya dan mentega. 



Selepas itu, kami bergerak untuk mencari medan selera Tanjung Emas. Ramai yang suggest untuk saya ke sana sambil menikmati pemandangan yang dikatakan cantik. Tapi saya tak jumpa pun tempat yang dikatakan ada pemandangan pantai.

Semasa dalam perjalanan ke sana, terjumpa Restoran Asam Pedas JJ di Jalan Joned. Kami pun terus singgah kerana melihat restoran telah dibuka walapun jam menunjukkan baru pukul 10.00 pagi. Lagi pun saya tak mahu ke restoran yang ramai orang. Kedai sepatutnya dibuka mulai pukul 1130 pagi. 



Sementara menunggu lauk asam pedas yang lain masak, saya makan meratah asam pedas telur ikan mayong yang telah pun masak. Ada rezeki kerana dalam periuk asam pedas ikan mayong, ada ternampak seketul telur ikan mayong. Saya juga mengambil sebekas tapai ubi kayu putih yang sangat sedap. 

Bila lauk lauk lain siap, saya mengambil kepala ikan jenahak untuk dimakan. Manakala yang lain dibungkus untuk dibawa balik. 

Balik ke hotel, kami berjalan kaki di sekitar hotel untuk mencari apam balik Muar yang terletak di hadapan Hotel Muo Boutique. Ada 2 kedai yang menjualnya, satu dalam kedai dan satu di kiosk. Tapi tak tahu kenapa, budak yang berniaga di kedai memberitahu semua apam dah habis, dah ada orang punya. Jadi saya order dari adik yang berniaga di kiosk. 

Sementara menunggu, saya memerhatikan sahaja, seorang demi seorang datang dan membeli apam balik yang dikatakan dah habis. Pada perkiraan saya dari apa yang kami dengar, mereka datang secara walk in juga, maksudnya bukan mereka telah order terlebih dahulu. 

Saya tak pasti kenapa dia memberitahu saya telah habis. Sedangkan mereka masih membancuh adunan tepung yang baru. Wallaahualam, hanya Allah yang mengetahui.  Saya percaya setiap tindak tanduk kita akan mendapat balasan Allah seadilnya. 

Sementara menunggu apam masak, saya bergambar di dinding yang dilukis cantik oleh seorang artis bernama Joel. Memang cantik bandar Muar dengan lorong yang dijaga cantik, siap ada dengan pokok bunga di dalam pasu. Memang layaklah Muar mendapat bandar pelancongan terbersih. 


Selepas dapat apam balik, kami berjalan kaki ke bus stand yang terletak di tepi sungai. Seperti biasa saya order Kopi O ais. Oleh kerana telah berada di Gerai Mee Bandung, Abang Sayang, kami order lah sepinggan sekadar untuk merasa. Alhamdulillah sedap dan ada diletakkan 2 ekor udang yang bersaiz agak besar. DI situ juga ada gerai Nasi Beringin Hashim yang dikatakan menjual nasi beringin yang sedap. Insya Allah kalau datang sekali lagi, boleh cuba nasi beringin pula.

Hari kelihatan mulai mendung, kami berjalan balik ke hotel. Mengemas barang dan selepas solat, kami turun untuk check out. Ketika itu, hujan mulai turun dengan lebat dan angin juga sangat kuat. Kami bertolak balik dalam keadaan hujan yang sangat lebat.

Dalam perjalanan balik, boleh dilihat longkang penuh sehingga air melimpah di atas jalan raya. Kami singgah di Restoran Murtabak JD untuk beli murtabak Singapore untuk di bawa balik. 

Hujan tak berhenti sepanjang jalan dari Muar sehingga kami sampai di rumah. Alhamdulillah kerana selamat sampai di rumah. Kenangan percutian ke Muar adalah sangat indah dan pasti saya akan mengunjunginya lagi. Banyak lagi yang belum sempat dirasai seperti nasi beriyani, rojak, nasi beringin, lempeng dan sup.


Catat Ulasan for "JJCM Muar Part II"