Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Sayur Kangkung Goreng Bawang Putih



Sebelum kita masuk bab resipi sayur kangkung bawang putih yang sedap giler ini, jangan lupa untuk klik iklan yang keluar di blog dan klik follow blog. Hari ini saya ingin kongsikan satu petikan dari kuliah zoom dengan topik Sifat Takut dan Harap hanya pada Allah oleh Ustaz Nasrullah. 

Kehidupan manusia yang telah Allah berikan di dunia ini sangat singkat berbanding dengan alam akhirat. 1 hari di dunia sama dengan 50 ribu tahun di akhirat. Umat Nabi Muhammad SAW paling lanjut usianya ialah antara 70-100 tahun di dunia. Umur dunia berbanding akhirat yang Allah akan adili adalah amat panjang. 

Keyakinan adalah antara martabat dari martabat iman yang tinggi. Ada beza antara saya tahu, saya beriman dan saya yakin. Kita tahu akan sesuatu setelah dapat maklumat yang dulu kita tak tahu. Dulu kita jahil, kita belajar, dengar, dapat maklumat, lalu kita jadi tahu. Contoh kita tahu Allah wujud, sifatnya Maha mendengar. Kita sekadar tahu. Berbeza dengan saya tahu dan beriman.  

Kedua, saya tahu Allah melihat saya dan saya beriman dengan Allah melihat saya. Ketiga, ialah yakin iaitu tiada syak dan tiada ragu ragu. Contoh, saya yakin bahawa inilah tangan saya, saya boleh menggerakkan tangan saya dengan sesuka hati. Saya tahu, saya beriman dan yakin bahawa inilah tangan saya. Saya yakin Allah Maha Bijaksana seperti mana saya yakin bahawa ini tangan saya.

Takut dan mengharap adalah maqam dan tingkat keimanan. Seseorang yang beriman pada Allah akan memburu imannya agar bertambah mendalam sehingga sampai ke9 martabat keyakinan. Ulamak menyebut bahawa seorang beriman akan masuk ke martabat keyakinan.

Sifat takut dan mengharap adalah salah satu dari sifat manusia sejak lahir. Manusia sejak lahir menpunyai sifat emosi yang Allah tanamkan dalam diri manusia. Contoh, marah ialah sifat manusia. Cuma macam mana dia kontrol rasa marah. Sifat manusia suka dipandang, diagung dan dipuji. Macam mana ianya di kontrol. Islam ajar macam mana kita meletakkan keinginan pada pandangan dan pujian dan dari siapa. Di mana kita nak letak sifat takut dan mengharap ini. 

Di mana perlu diletak sifat takut dan mengharap agar kita berjaya dan tidak terleka dengan kedua sifat ini. Dua sifat takut dan mengharap antara sifat yang boleh jadikan manusia beruntung, dan boleh jadikan manusia rugi. Boleh sesat dan boleh jadi setinggi martabat iman dan serendah martabat haiwan kerana diganggu dengan rasa takut dan mengharap. 

Seorang yang mengharap keduniaan sampai dunia menghantui dan merasut dirinya dan sehingga suka untuk hidup di dunia serta leka untuk mengamalkan akhiratnya. Mereka  sanggup menggadai agama untuk dunia kerana tamak pada keduniaan.

Seseorang yang takut sehingga boleh dimanipulasi, takut sehingga takut pada perkara yang tak patut kita takut. Ada benda remeh yang tak patut kita letak pada pemikiran kita. Musuh boleh manipulasi sifat takut dan mengharap. Syaitan adalah musuh kita yang suka menakut nakutkan manusia dengan kefakiran. Esok kamu nak makan apa. Takut pada makhluk yang tak ada kesan sehingga lupa untuk takut pada Allah. Sifat ini bahaya jika kita tak letak pada tempatnya. Iaitu takut dan mengharap hanya pada Allah sahaja. 

Bagaimana sifat ini perlu diletak pada tempatnya agar kita akan jadi orang berjaya di dunia. Dalam diri kita boleh loading satu sahaja samada takut pada Allah atau pada makhluk. Salah satu bila ada dalam diri akan block satu yang lain. Sifat mengharap pun sama. Kalau harap pada orang ini kita tak pandang pada orang yang lain. Contoh, anak kecil takut pada ibu ayah sahaja. Bila merengek shaja ibu akan datang, ayah berdehem sahaja, anak takut pada ayah. 

Takut pada makhluk atau takut pada Allah. Bagaimana nak semai dalam diri kita supaya ada rasa takut dan mengharap pada Tuhan. Datang rasa takut bila kita rasa ianya boleh mendatangkan bahaya dan kemudaratan pada kita. Manakala sesuatu yang dirasakan memberi manafaat, akan lahirnya rasa mengharap.  

Contoh ketakutan manusia pada wabak Covid 19. Kerana kita merasakan virus covid 19 mendatang mudarat pada diri dan boleh membawa pada kematian. Maka lahir rasa takut dalam diri kita. Kita rasa dengan makan, ianya boleh menyihatkan badan bila kita yakin makanan dan vitamin boleh membawa manafaat. Kedua dua iaitu manafaat dan mudarat datang dari Allah. Tiada yang datang di dunia yang membahayakan atau membawa manafaat melainkan semuanya dari Allah. Ianya tidak akan berlaku melainkan dengan izin Allah.

Jaga Allah jadi Allah akan sentiasa ada bersama kamu. Rasulullah bersabda, kalau seluruh makhluk berkumpul untuk membawa manafaat pada kamu, tetapi tanpa izin Allah tak akan mampu membawa manafaat pada kamu. Begitu juga sebaliknya. Jadi berhaklah untuk kita meletakkan takut dan mengharap kita hanya pada Allah.

Kenapa perlu ada rasa takut? Kita meletak rasa takut pada Allah kerana ia akan mengangkat diri dari rasa takut selain dari Allah. Pertama, kerana kita tahu manafaat dan mudarat datang dari Allah. Kedua, kerana kita adalah seorang hamba. Allah dudukkan kita di dunia kerana ada perkara yang Allah suruh kita lakukan dan larangan yang Allah suruh kita tinggal. Allah akan hukumkan atas perkara suruhan dan larangan yang kita lakukan di mahkamah Allah. Allah bagi tanggungjawab pada kita dalam banyak perkara dan Allah bagi kebebasan kepada kita dalam banyak perkara. Bagaimana kita mengguna kebebasan itu. 

Ketiga, kita dah diberikan iman dan Islam tetapi Allah kata di dunia banyak perkara yang akan mengugat iman dan fitnah.  Kalau ditanya siapa perintah Malaysia, jawapannya adalah Allah, yang perintah seluruh alam juga adalah Allah, cuma Allah bagi tanggungjawab pada setiap makhluk. Allah bagi ujian pada dia. Kalau dia seorang boss, Allah bagi ujian sebagai seorang boss. Kalau dia seorang pekerja, dia ada tanggungjawab sebagai pekerja apa arahan yang Allah suruh dia lakukan. Semua ada tanggungjawab. Allah wujudkan kita di dunia dan  Allah bagi manual Al Quran dan Allah hantarkan kita Rasulullah untuk kita beramal. 

Dunia banyak fitnah yang boleh gugat keimanan kita. Makin banyak iman, makin takut. Ulamak kata orang paling takut hidup di dunia adalah orang yang banyak imannya. Orang yang paling selesa di dunia ialah orang tipis imannya. Dia tak rasa dia akan berpindah ke mana mana, dia tak rasa akan disoal atau tergugat. Dia rasa dia boleh buat segalanya dan boleh beli semuanya. 

Para ambiya hidup tak selesa di dunia. Bila ada rasa takut di dunia, Allah akan amankan dia di akhirat. Rasulullah bersabda, Allah berfirman Aku tidak akan kumpulkan dua kali ketakutan dan dua kali keamanan. Barang siapa yang takut di dunia, di akhirat dia tak akan rasa takut lagi, dia akan rasa aman. Begitu juga sebaliknya. Barang siapa rasa aman di dunia dia akan takut di hari akhirat. 

Rasulullah adalah makhluk yang paling Allah sayang dan berada pada martabat paling tinggi, seluruh malaikat di bawah Rasulullah. Itu pun Rasulullah ada sifat takut. Kita hamba yang lemah dengan Tuhan yang Maha Kaya. Allah minta kita lakukan banyak perkara tapi banyak yang kita miss sedangkan nikmat sentiasa Allah curahkan. 

Kalau berlaku angin kuat Rasulullah mundar mandir dan tak senang duduk. Awan bawa hujan orang lain rasa seronok. Ketika gerhana, Rasulullah takut dan terus solat gerhana. Ketika dengar bunyi petir, sunat untuk kita berzikir. Kerana barangkali ianya satu azab. 

Ada beberapa surah yang buat rambut Rasulullah beruban. 'Telah membuatku beruban (surat) Huud, Al-Waaqiah, Al-Mursalaat, Amma yatasaa aluun, dan Idzasy Syamsu kuwwirat'", (HR At-Tirmidzi, Al-Hakim, Abu'aim). Semua tentang azab, hari kiamat, beramal soleh. Ada sahabat yang takut bila mendengar surah tentang hari kiamat, tentang kematian sehingga dia jatuh dan meninggal dunia. 

Kita letak takut kita pada hari akhirat, takut hari kematian, takut nak mengadap Allah yang akan perhalusi hisab hatta pada haiwan kambing bertanduk yang menanduk pada kambing yang tidak bertanduk. Allah akan tumbuhkan tanduk pada kambing yang tak bertanduk dan akan menanduk kambing yang menanduknya semasa di dunia. Itu bab kambing yang tidak berdosa. Bagaimana kita manusia, hubungan dengan ibubapa kita, dengan anak nak kita, dengan suami isteri dsb. 

Jadi perlunya untuk kita merasa takut dan meletakkannya pada tempat yang sepatutnya. Kena ada rasa takut dan letak tempat pada Allah dan pada hari akhirat. Bukan takut mati semata kerana mati. Itu bukan cara kita memandang kematian.  Tapi bagaimana hal selepas mati. Mati adalah undang undang dunia, semua benda ada expiry date. Ada tempoh. Hanya asbab sekadar sebab. Pada ilmu Allah, ajal mati sudah termaktub sejak kita dalam perut ibu kita. Semua akan mati. Doktor yang rawat orang sakit juga kadang kadang boleh mati lebih dahulu dari pesakitnya.   

Orang beriman akan fikir samada kematian mereka nanti adakah husnul khatimah atau suul khatimah. Cara kita letak sifat takut adalah sepatutnya adakah amalan aku diterima Allah. Susah untuk ujudkan sifat takut. Takut bukan perkara yang kita boleh ujudkan. Takut adalah sifat yang melintas dalam hati. Ada benda yang berlaku pada kita, kita refleski apa yang berlaku bukan dengan keinginan diri kita. Contoh marah, kita bukan boleh tiba tiba nak cipta marah. Mesti ada benda yang berlaku yang refleksi lalu kita marah, lalu kita suka atau takut. Bukan dengan keinginan diri kita. 

Kita boleh berusaha alih sifat takut pada yang sepatutnya. Caranya cuba feeding takut ini dalam hati dan fikiran dengan maklumat dan digambarkan boleh datangkan mudarat. Apa yang pernah dilihat akan rasa takut apa yang kita baca, feed apa yang kita buat keputusan beri keputusan pada takut kita. Perlu kita feeding perasaan takut kita ini dengan mukadimah susunannya ialah dengan Allah, hari akhirat. Bagaimana dengan amalan aku ini Ya Allah, engkau terimalah amalan aku ini ya Allah. Ampunkan dosa aku yang lalu Ya Allah. Itu sepatutnya prioriti, lalu perkara tak ada kena mengena dengan iman dan diri, kita cuba putuskan. 

Kita patut takut pada sesuatu yang yakin. Yang yakin ialah hari akhirat dan hari kematian. Yang yakinnya kita akan ditanya. Sekarang kita takut perkara yang keliru bukan yang yakin. 

Apa beza takut dengan makhluk dengan takut pada Allab dan takut pada diri dia. Ini adalah takut dari dua penjuru. Saya takut dari singa. Kerana takut kita dimakan oleh singa. Bukan takut 100% tapi takut diri kita mendapat mudarat. Kalau singa berada dalam kandang, kita tak takut. Kalau sekadar tengok gambar singa, pun kita tak takut kerana ianya tak membawa mudarat. Kalau kita takut singa, kita akan takut walaupun singa dalam kandang atau dalam gambar. dari dua penjuru.

Tapi  takut pada Allah, kita akan rasa diri kita tiada yang lebih merahmati kita selain Allah Taala. Kalau kita takut Allah tapi kita tahu Allah Maha Penyayang, Allah lebih sayang diri kita lebih dari kita. Bila takut pada Allah kita bukan lari dari Allah. Kita tak ada tempat lain nak pergi. Allah akan sentiasa melambai untuk kita balik pada Allah. Mana kita nak pergi. Di sini lah lahir pengharapan pada Allah. Takut pada Allah hanya ada satu penjuru. Tapi kita tahu yang Maha Merahmati dan Memberi segalanya adalah Allah. Nikmat sejak lahir datang dari Allah.  Kita semua datang dari Allah dan kita akan kembali pada Allah. Dari ini lah berputik sifat mengharap. 

Diriwayatkan bagaimana Rasululah sewaktu balik dari medan peperangan, salah seorang  tahanan perang adalah seorang wanita yang menolak nolak orang kerana mencari anaknya yang masih kecil dan bila nampak anaknya, dia datang dengan kadar segera dan lalu terus disusukan anak dia. Rasululah kata wahai sahabat adakah kamu sangka ibu akan meletak anaknya ke dalam api. Mana mungkin ibu yang penyayang meletak anak dalam api. Allah sayangkan kalian lebih dari seorang ibu sayangkan anak. 

Allah sangat sayang pada ciptaanNya. Iblis ketika diusir dengan takbur dan bongkak bersumpah pada Allah selagi nyawa mereka di badan, aku akan sesatkan mereka. Lalu Allah berfirman, wahai iblis, sebagaimana engkau akan menyesat hambaku, aku juga selagi mereka istighfar aku akan ampunkan mereka. Selagi mereka kembali pada ku, aku akan kembali pada mereka. 

Rasulullah pernah bersabda Allah berfirman, sesungguhnya Aku meletakkan rahmat ku lebih dari kemurkaan Ku. Rasulullah nak kita bayangkan bagaimana rahmat Allah. Rahmat Allah yang Allah turunkan di dunia hanya 1 % dari rahmat sampaikan ibu binatang pun tak sampai hati nak pijak anaknya.  Kasih sayang pada makhluk adalah 1 % dari rahmat Allah. Sehingga Rasulullah bersabda kalaulah kamu tidak berdosa, lalu Allah akan ciptakan makhluk berdosa dan akan ampunkannya. Sampai begitu rahmat Allah yang Allah ingin kita balik sentiasa padanya.  

Kita hendaklah sentiasa bersangka baik dan mengharap pada Allah. Hukumnya fardhu bila berlaku putus asa. Seseorang berputus asa pada rahmat Allah, ianya adalah satu maksiah. Dosa berputus asa pada rahmat Allah adalah sangat besar. Allah sangat ingin hambaNya. Barang siapa suka dan rindu nak berjumpa Allah. Maka Allah juga akan rindu untuk berjumpa dia.  Kita kena berbaik sangka dengan Allah. 

Perlu seorang hamba kumpul dua perkara takut dan mengharap. Kita takut kerana diri kita yang banyak kesilapan dan kekurangan tapi dalam masa sama kita nak pergi mana dengan kekurangan kita, nak mengharap kemuliaan dari siapa kalau bukan dari Allah. Allah yang memanggil manggil kita. Ketika itulah lahir pengharapan pada Allah. 

Sabda Rasulullah tidak akan berkumpul dua perkara ini dalam hati seseorang kecuali Allah akan beri segalanya Bila berkumpul rasa takut dan mengharap pada Allah dalam hati. Kata A'isyah Mengharap pada syurga firdaus dan takut pada neraka jahaman membawa kita untuk sabar pada musibah dan menjauhkan diri kita dari dari merasa selesa hidup di dunia. kita perlu muhajadah perlu bawa dalam diri dan fikiran kita untuk membiakkan sifat rasa takut bila kita bertafakur dengan dunia yang sementara dan tafakur pada alam yang kita akan kembali, semoga Allah ampunkan kita dan beri kita kenikmatan iman. 

Masya Allah walaupun panjang, saya membacanya berkali kali untuk menghayati apa yang diajarkan. Saya mengulangnya tanpa rasa jemu. Saya membaca ayat demi ayat. Semoga anda juga diberikan rasa seronok untuk membaca apa yang saya kongsikan. Sekarang kita masuk pula bab masakan. 

Saya memang suka makan sayur yang dimasak simple simple sahaja baru kesedapan sayur akan terasa. Kalau untuk goreng sayur dengan bawang putih, boleh juga guna kailan atau sayur kangkung. 



Memasak sayur ini sangat simple, hanya bawang putih dan sedikit serbuk perasa. Dah siaaap. Kalau nak ada sedikit hiasan, bolehlah letak cili merah hiris.  Tapi kalau nak lagi sedap, boleh masukkan udang putih yang kecil, jadi sayurnya lebih berperisa. 

Saya memang sejak kebelakangan ini, kembali pada masakan sayur yang mudah mudah seperti sayur lemak putih, sayur air atau sayur goreng dengan kicap. Dah tak berselera nak makan masakan yang banyak bahan dan berempah rempah. 

Jom layan resipi yang saya gunakan di bawah ini. Kalau nak tengok video, boleh singgah di Azie Kitchen Youtube Channel di SINI.  Selamat mencuba...


Sayur Kangkung Goreng Bawang Putih
Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan:
1 ikat sayur kangkung
4-5 ulas bawang putih - hiris
Minyak masak
Serbuk pati ikan bilis
Sedikit garam

Cara cara:
Panaskan minyak dan tumis bawang putih sehingga naik bau. Masukkan sayur kangkung dan kacau rata.


Masukkan garam dan serbuk pati ikan bilis. Masukkan sedikit air. Kacau rata dan bolehlah tutup api.





1 ulasan for "Sayur Kangkung Goreng Bawang Putih"

  1. https://madey09.blogspot.com/2021/09/buat-sendiri-suci-murni-kuih-kacang.html

    Salam ziarah

    BalasPadam