Selasa, 6 Julai 2021

Ayam Masak Lemak Cili Api



Sementara PKPD dilaksanakan di Selangor dan Wilayah Persekutuan ini, kita kena berbuat sesuatu yang boleh menghilangkan perasaan stress kita. Tidak dinafikan saya juga stress dan kadang kadang seperti depressi bila lama terkurung di rumah. Jadi buat saya, saya banyak habiskan masa dengan memasak, bertanam dan menjaga laman.

Rutin saya setiap pagi ialah solat sunat Dhuha. Selepas solat baru saya turun ke bawah. Jika hari tidak hujan ialah menyiram pokok pokok sekeliling rumah. Saya kemudian akan memberikan ikan makan di 3 kolam di sekeliling hadapan dan tepi rumah saya. 

Setelah selesai, barulah saya memasak untuk sarapan jika ada yang boleh disediakan untuk sarapan seperti nasi goreng atau mee hoon goreng. Atau saya makan apa apa yang ada seperti roti bakar sahaja. 

Setelah selesai sarapan, saya akan mula membuat wrapping buku buku yang perlu dipos pada hari berkenaan. Alhamdulillah, setiap hari ada jer yang order buku. Insya Allah semoga semua berjalan lancar. Saya percaya rezeki kita tidak akan pernah salah alamat. 

Jadi agak penuh juga lah masa saya setiap hari. Sebelah petang, saya akan berehat dan mengaji Al Quran. Kalau ada yang tanya kenapa saya lambat reply message, tengok jugalah. Kalau tengah buat semua tu, memang lah tak bawa handphone. 


Saya memasak untuk hidangan keluarga. Jadi itulah kebanyakan lauk pauk yang anak anak saya suka makan. Saya bukan memasak semata mata untuk update dalam blog atau untuk Instagram. Jadi tak ada lah saya memasak laksa johor, memasak kari, memasak macam macam. Hahaha

Hahaha maaf jangan terasa kalau anda yang jenis macam tu. Tapi kalau mampu, apa salahnya. Saya memang dibesarkan dengan cara makan untuk hidup sahaja. Asal kenyang pun dah cukup. 

Kalau ayam berkuah, lauk kesukaan anak saya ialah kari atau masak lemak. Selain dari itu, sekali sekala ayam merah atau ayam masak kicap. Lain lain saya tengok mereka tak berapa gemar. 

Jadi apa yang saya buat ialah saya pelbagaikan cara memasak kari dan cara menyediakan masak lemak ayam. Bukan hanya terhad kepada satu cara sahaja. Ada ketika saya memasak ayam masak lemak cili api nogori, ada masa masak lemak cili api tapi versi lain yang ada bawang dan bahan bahan lain. 

Jom layan resipi dan cara penyediaannya di bawah ini. Selamat mencuba...



Ayam Masak Lemak Cili Api
Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan:
1 ekor ayam 
Asam keping
3 batang serai - ketuk
2 biji buah keras - tumbuk
1 helai daun kunyit
1 sudu besar serbuk kunyit 
Cili padi - hiasan
Garam
Serbuk pati ayam - opsyenal
½ cawan minyak

Bahan Kisar:
5 biji bawang merah- size besar
4 ulas bawang putih
3 genggam cili padi
2 inci halia 

Cara cara:
Panaskan minyak dan tumis bahan kisar dan serai sehingga terbit minyak.


Masukkan ayam, asam keping, buah keras. Masak lagi sehingga terbit minyak. Masukkan daun kunyit hiris, cili padi dan serbuk kunyit. Masak sehingga kuah sedikit pekat pekat dan terbit minyak.


Masukkan 1 santan kotak. Masukkan air secukupnya ikut kepekatan kuah yang disukai. Masak sehingga kuah sedikit pekat pekat. Perasakan dengan garam dan serbuk perasa secukupnya.


Sedia untuk dihidangkan panas panas dengan nasi putih. 




1 ulasan

  1. Thank you Kak Azie kerana selalu sudi share resipi. Semoga Kak Azie terus dimurahkan rezeki and sihat selalu.

    BalasPadam

Add your comment