Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Sup Ayam



Terdapat banyak beza makanan yang dijual di bazar Ramadhan dengan yang dijual di restoran di bulan Ramadhan ini. Restoran memasak dengan sedap kerana perlu mengekalkan nama baik restoran mereka. 

Sedangkan gerai dan peniaga di bazar Ramadhan tidak menpunyai tanggungjawab itu. Asal laku kira OK lah, tahun depan bukan orang nak ingat lagi. Jadi memang susah nak cari makanan sedap yang dijual di bazar Ramadhan.

2 hari lepas Hubby beli sambal tumis udang dan ikan asam pedas Muar untuk dibungkus balik. Saya jarang memasak sambal tumis udang kerana saya allergik. Kalau masak pun sekali sekala sahaja. 

Masya Allah sangat sedap sambalnya dengan udang nya yang just nice, tidak terlebih masak atau terkurang. Begitu juga dengan asam pedas. Sedap sehingga saya menghirup hirup kuahnya. 

Sedap sangat. Termenung seketika, saya memang mengagumi sesiapa sahaja yang pandai memasak terutama lauk pauk tradisional. Bila ditanya siapa idola saya dalam bidang masakan. Jawabnya tak ada tapi anda semua wanita hebat yang pandai memasaklah yang menjadi wanita yang saya kagumi. Cukup setakat ini dahulu, jom kita sentuh sedikit bab lauk saya hari ini. 



Sup ayam adalah antara masakan yang sedap dan cepat disediakan. Terdapat pelbagai cara orang menyediakan sup ayam. Saya mengurangkan penggunaan minyak bagi memastikan kuah sup kita lebih sihat untuk dihirup begitu sahaja.

Nak menambah sedap lagi masukkan kiub ayam Knorr dan juga masukkan batang leek. Memang sedap sangat sangat. Jadi kalau lepas ni anda menyediakan sup ayam, cuba ikut resepi saya di bawah ini. Insya Allah sedap. 

Jom layan resepi dan cara penyediaannya di bawah ini. Jangan lupa video penyediaannya di Azie Kitchen Youtube Channel di SINI


Selamat mencuba... 


Sup Ayam
Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan:
½ ekor ayam
Rempah 4 sekawan
2 biji ubi kentang
1 batang karot
1 batang sayur leek
1 biji buah tomato
2 kiub pati ayam
4 sudu besar minyak masak

Bahan kisar:
4 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci halia
2 biji buah keras

Bahan tumbuk:
½ biji buah pala
1 sudu kecil lada sulah biji

Cara cara:
Rebus ayam dengan 1 ½ liter air sehingga mendidih. Masukkan ubi kentang dan diikuti dengan karot.

Panaskan minyak dan tumis rempah 4 sekawan, bahan kisar dan bahan tumbuk sehingga naik bau.

Tuang bahan tumis ke dalam periuk rebusan ayam. Masukkan kiub pati ayam.

Akhir sekali masukkan buah tomato dan leek.

Sebelum dihidangkan, tabur dengan bawang goreng.

Catat Ulasan for "Sup Ayam"