Isnin, 26 April 2021

Kerabu Mangga Ala Thai



Setiap kali ke Chicken Rice Shop, saya tidak pernah lupa untuk memesan Kerabu Mangga. Saya boleh meratah ratah begitu sahaja. Memang sangat sedap dengan rasa masam masak dan masin masin manis serta pedas. 

Hari ini saya menyediakan Kerabu Mangga ala ala Thai kerana saya menggunakan kiub Tom Yam yang menyebabkan rasa kerabu saya seperti tom yam yang memang sangat sinonim dengan Thai. 


Bila kita menyediakan sendiri, kita boleh memasukkan apa sahaja yang kita sukai. Tapi saya tak letak udang kering kerana tapi jika anda tiada masalah alergy, masukkan sedikit udang kering. Memang sedap. 

Jom layan resipi dan cara penyediaannya di bawah ini. Jangan lupa video penyediaannya di Azie Kitchen Youtube Channel di SINI. Selamat mencuba....   



Kerabu Mangga 
Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan:
2-3 biji buah mangga muda - 250 gram
50-60 gram isi kerang
50 gram kacang tanah - goreng dan tumbuk kasar
1 sudu kecil serbuk limau nipis Knorr
2 sudu besar sos ikan
2 sudu besar gula
1 kiub pati tom yam Knorr 

Bahan hiris:
2 biji bawang merah
5 tangkai cili padi merah dan hijau
2 batang serai - ketuk
½ kuntum bunga kantan
2 helai daun limau purut
3 tangkai daun ketumbar

Cara cara:
Satukan semua bahan bahan hiris dan gaul dengan bahan bahan lain. Sesuaikan rasa masam, masin dan manis. Sedia untuk dihidangkan.   


Add your comment