Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Hari 4: Percutian ke Jakarta


Hari terakhir percutian Jakarta, kami bersarapan agak lewat. Selepas sarapan, saya naik bilik dan kembali menyambung tidur. Entah kenapa, masa berputar terlalu lambat sehingga saya puas tidur pun, bila dilihat jam masih awal pagi. 

Kami check out dari hotel pukul 1.00 selepas menunaikan solat. Sementara menunggu waktu check out, Nelly dan Aween berjalan ke Thamrin City Mall untuk mencari baju batik Ammar lagi kerana hari pertama, saya hanya membeli sehelai sahaja. 

Kami mengambil grab untuk makan tengahari di Restoran Bumbu Desa di Cikini. Restoran ini pernah kami kunjungi sewaktu pertama kali ke Jakarta bersama besan kami tahun 2018. Tidak seperti restoran nasi padang, restoran makanan Sunda ini akan menghantar lauk pauk yang kita pilih sahaja ke meja hidangan.

Antara lauk yang menjadi pilihan kami di sini ialah ayam goreng panas panas dan paru goreng yang sangat lembut. Lauk lain yang dipilih Aween dan Nelly seperti ayam masak lemak, lauk berlado rasa biasa sahaja pada saya. Saya tak menjamah pun ikan talapia goreng yang Hubby pilih kerana saya memang tak suka makan ikan sungai. 




Dari situ ambil grab ke hotel singgah ambik barang dan bag yang ditinggal di hotel dan terus ke airport. Sepanjang perjalanan, kelihatan banyak persiapan sedang giat dijalankan untuk acara sambutan tahun baru berdekatan dengan hotel kami. 



Airport Soekarno Hatta International ini memang sangat berbeza dengan pertama kali kami ke sini. Banyak kedai kedai duty free, banyak restoran dan banyak bilik air yang moden dan dijaga bersih. 


Dan yang paling best, terdapat tempat untuk charge handphone di kerusi kerusi menunggu di hadapan pintu masuk. Tiada masaalah untuk mencari plug dan sebagainya. Cuma bawa cable sahaja. Alangkah baik jika KLIA juga menpunyai kemudahan seperti ini. 

Catat Ulasan for "Hari 4: Percutian ke Jakarta"