Rendang Kerang Dan Kisah Nostalgia
Haji Razali dan abangnya Prof Dr Mohd Nawi Derahman yang merupakan antara idola anak anak kampung saya termasuk saya sendiri. Mereka berdua adalah anak kampung kami yang berjaya melanjutkan pengajian ke universiti di United Kingdom. Dari situ lah, London adalah tempat yang selalu diimpikan untuk dijejaki. Bayangkan zaman itu, tiada pun anak kampung kami yang menjejakkan kaki ke universiti apalagi di luar negara.
Saya seronok membaca kisah Ramadhan di Kg Tangok yang ditulis oleh Haji Razali. Dulu saya berpeluang untuk melihat Haji Razali dari jauh hanya lah ketika solat terawih di balaisah (madrasah) sahaja. Beliau tak pernah menegur atau menyapa saya. Senyum pun tak pernah. Maklum ketika itu, mereka kira anak orang berada dan sekolah di bandar.
Dari kacamata saya, mereka tidak banyak bergaul dan bermain seperti anak kampung lain. Tidak seperti saya, yang memang typical kampung girl yang comot di bendang, di sungai, di pantai dsb. Jadi bila kakak memberitahu di group WhatsApp berkenaan dengan blog Haji Razali, saya cepat cepat menulis, "dia mana ada bergaul dengan budak kampung". Terus kakak menjawab, "itu apa yang kita nampak, tapi baca lah dulu".
Bila saya mula membaca entri pertama, saya terus tersenyum, waah nama arwah mak saya Mak Da Jara dan arwah ayah saya, Pak Da Ya pun ada disebut. Keenakan kuih lompat tikam bonda saya pun ada disebut. Waaah yang paling seronok bila disebut tentang arwah ayah saya yang ditulis menpunyai "beautiful daughters".
Hahaha serious hati berbunga bunga seharian mengimbau kenangan. Hmm cantik jugalah kami ya. Kakak saya memang cantik dan pandai, tapi saya rasa saya sendiri biasa jer kot. Apa yang ditulis beliau adalah juga kehidupan saya di zaman kanak kanak. Banyak juga saya menulis tentang kehidupan zaman kanak kanak saya di dalam blog saya tapi tidak secara detail.
Saya bercerita dengan Sham, staf cum BFF saya dan dia memberitahu memang lah walaupun usia meningkat tapi hati tetap muda. Itu sebab kita akan keriangan bila mengingati kenangan silam seolah masih baru lagi. Itulah juga yang dikatakan oleh bekas boss bila dia hampir bersara. Katanya sejak muda hingga sekarang dia tak pernah merasa dirinya tua. Cuma dia tahu dia telah tua bila bermain golf. Bila ada pergerakan yang tidak lagi seperti dulu.
OK cukup setakat ini dahulu. Sekarang kita masuk bab masakan pula. Rendang Kerang adalah antara lauk kegemaran Aween. Oleh kerana masih ada baki isi kerang yang tersimpan dalam freezer rumah kami, jadi saya terus mendapat idea untuk menyediakan rendang kerang.
Menyediakan rendang kerang ni sangat cepat jika kita telah ada stock isi kerang dalam peti ais. Bahan bahan membuat kerang pun sangat simple. Cepat jer disediakan. Tak perlu nak dijaga kuah dan sebagainya. Masak jer sehingga kering yang disukai. Itu yang saya suka masak rendang. Kalau agak agak tak ada idea, masak rendang jer.
Saya hanya makan sedikit sahaja kerana kebelakangan saya tidak boleh lagi mengambil makanan laut yang bercengkerang. Makan sekadar untuk merasa keenakan makanan yang tersedia. Aduhaai sedap, lagi lagi kalau dapat makan dengan pulut kuning.
Jom layan resepi yang saya gunakan di bawah ini. Jangan lupa untuk menonton video penyediaannya di Azie Kitchen Youtube channel di SINI. Selamat mencuba....
Jom layan resepi yang saya gunakan di bawah ini. Jangan lupa untuk menonton video penyediaannya di Azie Kitchen Youtube channel di SINI. Selamat mencuba....
Rendang Kerang
Oleh: Azie Kitchen
Bahan bahan:
300 gram isi kerang
250 gram santan pekat
1 sudu besar kerisik
1 ½ keping asam keping
1 helai daun kunyit - hiris
1 sudu kecil garam kasar
½ sudu kecil gula
Bahan kisar:
1 inci halia
½ inci kunyit
1 biji bawang besar
4 biji bawang merah
3 batang serai
1 ½ sudu kecil cili kering kisar
Cara cara:
Masukkan bahan kisar dan bawang hiris dan masak sehingga air kering. Jika suka, boleh dimasukkan sedikit minyak dan tumis bahan kisar sehingga air kering. Rendang akan jadi lebih cantik.
Masukkan santan, asam keping dan garam. Masak lagi sehingga terbit minyak.
Setelah terbit minyak, masukkan kerisik dan sedikit gula. Setelah kuah pekat, masukkan isi kerang dan sedikit daun kunyit yang dihiris.
Assalam, betul tu Kak Azie. Walaupun usia bertambah, tak pernah merasa diri dah tua, hati rasa muda saja, tapi bila pandang orang2 muda, masa tu terasa betapa tuanya saya, lagilah kalau masing2 salam cium tangan sy, hahaha.
BalasPadamSy syak, kan.. Hj Razali tu masa zaman remajanya ada menaruh hati dgn anak dara Pak Da Ya, tapi maklumlah, zahir tak terucap, hahahah. Nampak macam tak tegur dan tak senyum, tapi dia jelling tuuu, hihihi
wskm. Betul terasa tua bila tengok anak anak kecil sekarang dah besar.
Padamsecond, Hahaha
MasyaAllah. Ketawa besar Abe Wi baca. Bukan sebab kisah cinta zahir tak terucap, tapi bab dia orang berada, sekolah di bandar, sombong.
BalasPadamSebenarnya kami di kawal rapat, disiplin ayah. Tak bagi main kasar, tak bagi pergi jauh, hanya perimeter 200 meter keliling rumah. Strict control. Walau masa tu kami rasa marah dan sedih, tapi sekarang dapat rasionalkan kawalan ayah.
Thank you Azie for this beautiful entry. Your mom n dad were great parents and very much respected by all.
Wslm. Hahaha itulah kan apa yang orang pandang dengan apa yang sebenar berlaku tidak sama. Tapi kami dulu sangat segan dengan Abe Wi dan Li. Kenal London kerana Abe Wi.
Padam