Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Ikan Masak Cuka


Sejak berada di ward, banyak lah juga rancang TV terutama drama drama Melayu yang saya tonton. Kebanyakan drama Melayu berkisar bab perempuan gedik yang mengganggu lelaki kekasih atau suami orang lain. Ada yang berkisar bab suami berkahwin dengan perempuan lain tanpa pengetahuan isteri. Perkahwinan dirahsiakan sehingga isteri kedua meninggal. Dirahsiakan atas alasan tidak mahu menyakiti hati isteri pertama. Walaupun sekadar drama tapi saya percaya ianya berlaku dalam drama kehidupan masyarakat. 

Tapi percayalah kesakitan kerana ditipu akan kekal sampai bila bila, hatta sehingga ke akhir hayat. Saya sendiri pernah melihat kes, isteri pertama ditipu sehingga isteri pertama meninggal. Mungkin ini lebih baik kerana tiada kelukaan dan kesakitan. Yang pasti yang menipu akan hidup dalam perasaan bersalah, jika adalah perasaan bersalah di hatinya atas ketidakjujuran selama ini. 

Menonton drama drama seperti ini bukan menjadikan kita lebih relax tapi menambah stress terutama hero atau heroin yang kelihatan lebih lembab berbanding watak jahat. Kalau ikut pesanan Dr Nordin Darus, jangan tengok atau ambil tahu mana mana perkara yang boleh menyebabkan kita stress. Saya tengok kerana TV dah melekat di dinding depan katil bilik ward pun. 

Teringat kenyataan Tun Abdullah Ahmad Badawi bekas Perdana Menteri Malaysia memberi kenyataan ketika ingin mengahwini Tun Jane Abdullah. Kalau tak silap, kata beliau cinta terlalu luas yang tidak mengambil ruang pun. Maknanya dengan mengahwini Tun Jane, tidak mengurangkan cinta beliau pada Allahyarhamah Datin Seri Endon. 

Mungkin betul kerana bila kita menyayangi seorang anak kita, tidak pernah berbaki kasih sayang untuk anak anak yang lain. Seorang rakan sepejabat memberi komen yang sama bila saya memberitahu, hmm nampak mesra dan loving dengan isteri pertama, tapi ada isteri kedua. Saya nampak aksi tu macam fake. Lalu kawan saya memberitahu bahawa cinta adalah tidak mengambil ruang. Cinta boleh jadi 100% untuk setiap orang isteri. OK sekarang kita tinggal bab drama kehidupan, meh kita masuk bab resepi pula. 

Saya menyediakan lauk Ikan Duri Masak Cuka menggunakan baki ikan duri yang saya sediakan gulai hari itu di SINI. Selain di masak cuka, saya rasa ikan duri juga sedap dimasak tauchu. Maksud saya lauk yang ada rasa lebih masam atau masin, barulah rasa ikan duri yang kuat tu tidak terasa. 


Sedap ikan duri masak cuka ni. Terasa masam masam manis ala ala acar gitu. Jadi kalau kurang berselera makan, lauk ini memang sangat sedap. Makan pula dengan nasi putih panas panas, lagi lah ngam. 

Jom layan resepi di bawah ini. Jangan lupa video penyediaannya di Azie Kitchen Youtube Channel di SINI. Selamat mencuba. 


Ikan Masak Cuka

Bahan bahan:
3 keping ikan tongkok duri
Garam
Serbuk kunyit
2 tangkai cili hijau
1 tangkai cili merah 
5 - 7 biji cili padi
½ sudu kecil biji sawi
½ sudu kecil serbuk kunyit
400ml air
3 sudu besar cuka
½ batang lobak merah - potong
½ batang timun - potong 
Garam
Gula 

Bahan hiris:
1 labu bawang besar 
4 ulas bawang putih 
1 inci halia 

Cara cara:
Goreng ikan yang dilumurkan dengan garam dan serbuk kunyit hingga masak dan sedikit garing. Ketepikan.




Buangkan sedikit minyak dan tinggal lebih kurang 3 sudu besar dan tumis bawang merah, bawang putih dan halia sehingga naik bau. Masukkan biji sawi dan serbuk kunyit.




Masukkan sedikit air dan cuka. Masak sehingga mendidih.


Masukkan cili merah dan cili padi. Masukkan garam, gula, lobak merah dan ikan yang telah digoreng tadi.


Masak sehingga mereneh sekejap supaya ikan sebati dengan kuah. 

Masukkan timun dan bolehlah ditutup api. Sedia untuk dihidangkan. 

Nota:
Mesti ada rasa masam masam cuka, masin dan manis. 


Catat Ulasan for "Ikan Masak Cuka"