Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Perjalanan Ke Brussels Hari 10 Part 2


Dari Keukenhorf di SINI, kami kemudian bertolak ke Brussel. Dalam perjalanan kami singgah semula di Rotterdam untuk ke butik Louis Vuitton di De Bijenkorf Mall yang terletak sebelah bangunan hotel kami. Selepas selesai urusan membeli, kami bertolak ke Brussel. 

Kami sampai di Brussel pukul 7.00 malam. Kemudian lama masa mencari City Centre Apartment sebab kami tersilap bangunan, sehingga terpaksa call staff apartment tempat kami mengambil kunci. Di sini pula, setengah tempat hanya boleh dilalui dengan basikal sahaja. Tempat parking agak jauh juga.  


Azab berjalan jauh menarik bag yang banyak dengan permukaan jalan yang berbatu batu timbul. Bukan rata. Sampai pula di apartment, lift hanya muat dua orang sahaja dengan saiz 2x3’ sahaja. 



Apartment terletak betul betul di hadapan bangunan yang di sekelilingnya kedai kedai menjual coklat, macaroon dan souvineer. Banyak restoran di sekelilingnya. Pekerja pekerja restoran yang banyak menjual makanan laut dan makanan Timur Tengah memberi salam bila melihat kami. 

Cuma ada seorang follower saya telah menulis dan berpesan supaya berhati hati kerana banyak kes di kawasan apartment kami yang mensasarkan kepada pelancung. Mereka akan memancutkan cecair seolah najis burung dan mereka kemudiannya akan datang membantu. Ketika itu, akan ada orang lain cuba menyeluk saku. Jadi sama sama berhati hati. 

Masuk bilik terus menyediakan makan malam simple sahaja. Masak lemak daging salai menggunakan daging salai cikyah secara bahan yang ada sahaja. Menggunakan cili flakes, serbuk kunyit dan bawang merah yang dihiris. Alhamdulillah sedap kerana ada juga 2 batang serai. Memasak di perantauan kena kreatif dalam menggunakan bahan bahan yang ada. Yang pasti, rasanya pasti sedap.


Catat Ulasan for "Perjalanan Ke Brussels Hari 10 Part 2"