Sup Ayam Hutan
Tanyakanlah diri kita, siapalah kita untuk berbangga bangga diri. Kerana apa? Kerana kita berpangkat boss, kerana kita banyak duit, kerana kita kaya? Kerana semua itu kah? Sebetulnya tiada siapa pun yang hairan. Hanya di depan mereka sekadar menghormati tetapi bukan kerana kita disayangi. Setuju tak?
Haa kalau setuju, belajarlah untuk hidup humble dan sentiasa menyenangkan orang lain. Kena sentiasa ada rasa kasihan dan sayang pada sesama insan tanpa mengira jika mereka staf bawahan kita atau kuli yang bekerja di jalanan.
Fikirkan bahawa mereka juga menpunyai perut untuk diisi, keluarga untuk disara. Mereka juga menpunyai anak anak untuk dikasihi dan dimanjai selepas waktu kerja. Sekadar peringatan buat diri saya sendiri. Sesuatu yang indah sedang menanti kita semua, bukan di sini tetapi di akhirat. OK masuk bab resepi pula.
Setelah lama teringin untuk menikmati ayam hutan, akhirnya hajat tercapai apabila Ashraf, rakan IG, tolong dapatkan dari kawan yang menpunyai ayam untuk dihantar kepada saya. Sekadar ingin makan sahaja. Dah dapat merasa makan makanan exotic, cukuplah. Saya tidak lah sangat menggemarinya.
Maklum lah nak menggigitnya pun perlu berhati hati kerana isinya sikit dan tulang boleh melukakan gusi. Hahaha. Lagi pulak, anak anak saya tidak suka ayam yang tidak menpunyai banyak isi atau yang sedikit keras. Mereka bukan anak kampung tapi anak anak yang dibesar di bandar pasti lain citarasanya.

Saya menyediakan sup ini sebagai lauk hidangan tengahari saya. Walaupun saya tidak menggemari ubi kentang, tapi saya masukkan juga sebiji untuk Hubby dan anak anak yang sukakan ubi kentang. Sup simple seperti ini sedap dihirup di kala kita tiada selera makan.
Jom layan resepi di bawah ini dan juga video penyediaannya di Azie Kitchen youtube channel di SINI. Jangan lupa subscribe ya. Selamat mencuba...
Oleh: Azie Kitchen
Bahan bahan:
Ayam hutan
1 biji ubi kentang - potong kecil
3 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1/2 inci halia
1 batang kayu manis
1 sudu besar rempah sup
Garam kasar
Bahan hiasan:
Daun bawang
3 tangkai cili api - hiris
Bawang goreng
Cara cara:
Panaskan minyak dan tumis kayu manis, bawang merah, bawang putih dan halia yang dihiris sehingga wangi.
Masukkan rempah sup dan kacau rata dengan cepat. Masukkan air dan tumis lagi sehingga terbit minyak.
Setelah terbit minyak, masukkan ayam dan ubi kentang. Kacau rata.
Tuang air secukupnya. Setelah mendidih dan ubi kentang telah lembut, masukkan garam secukup rasa.
Akhir sekali masukkan daun sup, cili padi dan bawang goreng.
Nota:
Saya rebus ayam hutan dalam pressure cooker selama 9 minit.
Catat Ulasan for "Sup Ayam Hutan"
Add your comment