Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Lengat Pisang Perak

Lengat Pisang Perak

Sebelum kita masuk bab resepi Lengat Pisang, masakan tradisi Negeri Perak, saya ingin berkongsikan sedikit aktiviti saya hari ini. Sejak baik dari sakit, telah lama saya tidak berjalan jalan di mall. Doktor menasihatkan saya supaya banyak berjalan walaupun sakit, kena tahankan. 

Saya juga dinasihatkan supaya melakukan aktiviti biasa saya. Sebagai contoh, cuba duduk dalam solat seperti biasa, cuba pakai kasut seperti biasa. Ianya bagi mempercepatkan penyembuhan dan untuk saya kembali menjalani hidup seperti biasa.

Hari ini, kami ke IOI Mall kerana ingin membeli pagar untuk tempat Ammar bermain. Lagi pulak hari ini, usia Ammar telah genap 6 bulan. Jadi memang sesuai jika saya membelikan sesuatu untuk kegunaan Ammar. Sepanjang di mall, memang terasa sangat sakit bila berjalan jauh. Memang saya berjalan sambil menahan sakit. Tapi demi anak dan cucu, saya tidak menceritakan apa apa pada mereka. 

Kebelakangan ini, saya sangat suka berada di rumah, terasa tenang dan nyaman. Saya memang tidak ada lagi cuti cuti, apalagi cuti dalam negeri. Bukan nak menyombong tapi memang saya sendiri rasa malas untuk bercuti tanpa kehadiran anak anak. 

Anak anak kami pula, memang tak mahu ikut kalau kami bercuti dalam negeri. Kami akan keluar daerah hanya jika menpunyai urusan atau menghadiri majlis perkahwinan sahaja. Jika sekadar untuk berehat rehat, saya suka berada di rumah sendiri. 

Tapi saya seronok jer melihat ramai kawan kawan yang gemar bercuti di luar negara. Usahkan di dalam negeri, di luar negara pun, saya rasa malas. Penat berada dalam penerbangan yang lama. Tapi bukan lah bermakna saya tidak mahu bercuti langsung. Cuma jika tiada keperluan, atau tidak kerana anak anak, saya lebih suka berehat di rumah sahaja. 

Sebetulnya saya akan bersara dalam masa setahun sahaja lagi. Jadi saya mula menghias rumah dan membaiki apa apa kerosakan yang ada. Maklumlah bila dah bersara, saya tidak ada lagi pendapatan bulanan seperti sekarang. Jadi kenalah buat dari sekarang. Lagi pulak, selepas bersara saya akan lebih masa berada di rumah. Saya mahu memastikan rumah yang kemas dan bersih. 

Memang saya pun dah tak sabar untuk bersara, rasa penat bekerja. Lebih penat dengan karenah politik pejabat. Maaf jika saya silap tapi pejabat adalah lubuk membuat dosa. Walau atas apa sekali, mengumpat tetap mengumpat bila kita menyebut hal orang lain semasa ketiadaannya. Inilah saya berusaha keras untuk mengelakkan tetapi sentiasa gagal. 

Jadi nasihat saya, bila tiba masa bersara tu, bersara sahaja lah. Tak perlulah mencari alasan untuk menyambung perkhidmatan. Bagi orang Islam, umur 55 ke atas dah mesti ingat dunia kata pergi, kubur kata mari. Kalau mengikut umur Rasulullah, selepas 63 tahun adalah merupakan umur bonus. 

Kalau panjang umur, nasib baik masih boleh beramal. Itu pun kalau tak sakit. Buatlah persiapan menghadapi hari kematian pula. Tak usah difikirkan gaji 5 atau 6 angka. Berilah peluang pada anak anak dan generasi muda pula untuk bekerja. Duit simpanan yang banyak juga tidak akan di bawa bila kita mati.  Cukuplah setakat ini dahulu celoteh saya.

Lengat Pisang Perak

Telah lama tidak masuk ke dapur. Terasa lah pula rindu untuk memasak kuih muih. Lagi pulak, kuih ini sangat mudah dan cepat disediakan. Hari ini saya ingin mencuba kuih muih yang menggunakan pisang. Kuih ini sangat sedap dimakan sejuk sejuk terutama ketika berbuka puasa. Rasanya yang lemak berkrim, masin dan manis gitu. 

Lengat Pisang Perak

Saya perhatikan ada dua versi penyediaan kuih ini, satu yang seperti yang saya gunakan hari ini di mana adunan santan dimasak terlebih dahulu dan kedua yang mana santan dimasukkan bersama pisang dan terus dikukus. 

Jom layan resepi di bawah ini dan juga video di Azie Kitchen youtube channel di SINI. Selamat mencuba...


Lengat Pisang Perak

Lengat Pisang Perak

Bahan bahan:
12 biji pisang emas - belah dua
1-2 sudu besar gula - ikut suka manis
1 mangkuk santan pekat - 600 ml
1 sudu besar tepung ubi/tepung gandum - bancuh dengan air
1 helai daun pandan
1/2 sudu kecil garam 

Cara cara:
Panaskan periuk pengukus sehingga air mendidih. 

Masak santan dengan daun pandan dan garam hingga mendidih. Masukkan bancuhan tepung dan masak sehingga pekat. 

Lengat Pisang Perak

Lengat Pisang Perak

Masukkan dan susun pisang sehingga sepenuh permukaan loyang dengan bahagian tengah di atas dan tuang tepung atas pisang.

Lengat Pisang Perak

Lengat Pisang Perak

Tabur gula ikut selera. Masa makan, kalau rasa kurang manis, boleh ambil secubit gula dan taburkan. 

Lengat Pisang Perak

Kukus sehingga pisang masak dan lembut dalam 10-15 minit. Angkat dan sejukkan. 

Lengat Pisang Perak

Setelah sejuk, boleh simpan dalam peti sejuk. Sedap dimakan sejuk sejuk.

Lengat Pisang Perak

Lengat Pisang Perak


Nota:
Ada juga orang yang tidak memasak tepung terlebih dahulu. Susun pisang dan tuang bahan santan yang telah disatukan hingga pisang hampir tenggelam. Bancuhan santan dimasuk sebelum loyang dimasukkan ke dalam pengukus sahaja untuk mengelakkan adunan mendap. Kukus sehingga santan nampak pekat selama 10 minit. Angkat dan sejukkan. 

Selain pisang, nangka juga sedap dimasak lengat. 

1 ulasan for "Lengat Pisang Perak"

  1. Salam k zie..jzkllh..suke sgt resipi org perak ni..sbb sy oun org oerak..suke kueh llama ni..mklum la..kite org lama juga ..semoga pn drahmati selalu..tqvm utk resipi...i folo..insy...bye

    BalasPadam