Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Nasi Goreng Sardin

Nasi Goreng Sardin

Hari ini tinggal saya dengan Aween sahaja di rumah. Hubby keluar untuk menghadiri majlis perkahwinan, saya memang tidak dapat hadir. Majlis makan malam BNM malam ini juga tidak dapat hadir. Sedih dan rasa tersisih. Kalau ikutkan hati, nak jer gi jalan jalan di Mall, boleh hiburkan hati dengan menengok periuk baru atau ke pameran pertanian MAHA 2018 untuk mencari benih anak pokok.

Selain itu, terfikir juga, aduh MC lama lama ni, bonus memang dah kena pro rate. Bila saya kongsikan apa yang difikir dengan seorang sahabat, saya diberi satu tamparan hebat. Hahaha dia menegur bila di saat seperti ini, saat sepatutnya saya fokus pada kesihatan tapi masih memikirkan bab bonus.

Hahaha katanya lagi you are wealthy enough with money and assets. Adoi seorang sahabat akan sanggup berkata dengan terus terang walaupun ianya satu tamparan. Katanya lagi, your coming soon rezeki is your second grandchildren. Mungkin betul juga. Untuk diri saya, tak perlu lagi wang ringgit. Semuanya untuk anak anak dan cucu sahaja. OK citer bab masakan pula.

Nasi Goreng Sardin

Huhuhu. Nana dan famili dia ke Kuantan membawa sekali pengasuh Ammar dan Nelly pula menpunyai kursus sehingga minggu depan. Dan saya? Pagi pagi lepas sarapan, terbaring hingga tertidur. Bangun dari tidur, saya berjalan dengan terhencut hencut ke dapur.

Ternampak satu periuk kecil nasi yang dimasak oleh pengasuh Ammar. Lauk semua tak ada. Kalau seorang diri, memang lah saya tak boleh memasak, Macam mana nak ambil itu ini dari peti, dari kitchen store dsb.

Tapi semangat dan kedegilan masih ada. Bila nampak Aween turun bersarapan, saya minta Aween membawa semua barang barang yang diperlukan di tepi dapur. Dapat idea untuk memasak nasi goreng yang disyor oleh follower Azie Kitchen youtube channel, Mat Yoe Wanda. Saya ikut cara cara yang diajar, cuma saya menambah sayuran dan menggantikan cili api dengan cili kering kisar sahaja. Maka terhasil lah Nasi Goreng Sardin hari ini.

Itulah cara memasak, ambil yang mana basic dan ubahsuai yang mana perlu ikut citarasa sendiri. Bukan meninggalkan komen seolah juri, kenapa taruk minyak banyak, kenapa taruk bahan perasa. Hei helloo, bila awak memasak sendiri, jangan lah ikut bab minyak banyak tu kalau tak suka. Ini jari menggantikan mulut untuk menyakiti hati orang lain di zaman sekarang ini.

Bukan lidah lebih tajam dari mata pedang tapi jari jemari tu yang lebih tajam dari mata pedang. Cubalah fikir sebelum meninggalkan komen di IG atau youtube orang yang tak kenal pun awak. Tanya diri sendiri, "kalau aku tulis macam ni, ada beri kebaikan tak? Kalau tak ada, lebih baik diam sahaja. Bila aku memasak, aku jangan ikut cara dia".

Kan itu cara yang bijak, bijak dan selamat dunia akhirat. Orang yang bijak, dari kondem masakan orang lain, dia bagi syor dan kongsi cara dia memasak macam Mat Yoe Wanda ni. Bebelan saya ini kalau rasa bermanafaat, bolehlah diikut. Jika rasa tak bermanafaat, maafkan lah saya.

Jom layan resepi di bawah ini. Niat saya agar ilmu masakan yang saya kongsikan ini kan memberi manafaat kepada ramai orang. Itu sahaja. Klik entri Nasi Goreng Sardin saya versi tumis dulu ikan sardin di SINI. Jangan lupa layan video penyediaannya di Azie Kitchen youtube channel di SINI. Selamat mencuba...


Nasi Goreng Sardin

Nasi Goreng Sardin

Bahan bahan:
1 mangkuk besar nasi
1 tin sardin 230 gram
2-3 biji telur
1 sudu besar cili kering kisar
1 sudu besar bawang merah kisar
1 sudu besar bawang putih cincang
1 sudu kecil garam atau secukup rasa

Sayuran:
1/2 batang karot
Sedikit kubis
Sedikit petai

Cara cara:
Asingkan isi sardin dengan sos sardin. Ikan dilenyek lenyek dan dituangkan ke dalam mangkuk nasi putih. Kacau supaya sardin bergaul rata dengan nasi. Ketepikan dahulu.

Nasi Goreng Sardin

Nasi Goreng Sardin

Nasi Goreng Sardin

Panaskan minyak dalam kuali, tumis bawang merah, putih sehingga naik bau dan dimasukkan cili kering kisar. Tumis sehingga cili masak dan garing.

Nasi Goreng Sardin

Masukkan karot dan kacau sehingga karot hampir lembut, masukkan sos sardin dan kacau lagi. Kemudian masukkan sayur kubis. kacau seketika.

Nasi Goreng Sardin

Nasi Goreng Sardin

Ketepikan bahan bahan yang ditumis dan tuang telur. Biarkan agak agak telur separuh mengeras, baru dikacau rata.

Nasi Goreng Sardin

Nasi Goreng Sardin

Tuangkan nasi yang telah bergaul dengan sardin tadi dan kacau rata. Masukkan garam secukupnya.Bolehlah ditutup api dan sedia untuk dihidangkan.


Nasi Goreng Sardin


Nota:
Ini juga satu lagi cara yang dikongsi oleh Ulala Wakaka, follower Azie Kitchen iaitu bawang putih ditumbuk dengan cili api. Lepas naik bau, dimasukkan sardin dan digoreng sehingga agak garing sedikit, letak lada hitam, garam, sos tomato dan kicap sebelum dimasukkan nasi putih.



1 ulasan for "Nasi Goreng Sardin "

  1. Hi Kak Azie! I was looking for your Nasi Goreng Sardin recipe in my bookmark sebab nak masak hari ini. Tak jumpa and then I saw your post today. It's like you read my mind hah..hah... I hope you are feeling better. Please take care.

    BalasPadam