Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Daging Bakar Harimau Menangis Dengan Air Asam Pencicah

Daging Bakar Harimau Menangis Dengan Air Asam Pencicah

Sempena cuti hari Deepavali hari ini, kita nak masak apa? Jom kita masak daging bakar. Semua orang tahu menyediakan daging bakar kan? Saya suka bakar kosong dengan garam kunyit sahaja. Ada yang suka bakar dengan melumur pelbagai rempah ala ala steak. Tak kisah yang mana pun, yang penting ianya sedap di selera masing masing.

Kalau mahu menyediakan daging bakar, ramai yang memilih daging batang pinang. Memang daging batang pinang lebih lembut dan cepat empuk bila dibakar. Tapi saya suka daging yang menpunyai sedikit lemak seperti daging harimau menangis. Perap dengan garam dan biarkan seketika kerana garam itu sendiri boleh melembutkan daging. Sekarang di Kelantan, tengah viral daging bakar harimau menangis yang berdekatan dengan Kem Kijang yang dikatakan sangat sedap. Insya Allah, kalau balik bolehlah singgah.

Entah kenapa, saya selalu kemalasan bab menyediakan air asam pencicah atau pun sambal belacan. Bukan susah mana pun tapi kemalasan selalu ada. Untuk menyediakannya, memang kena betul betul kuatkan hati. Kalau orang lain sediakannya memang saya suka makan.

Hari ini saya menyediakan air asam pencicah mengikut resepi Datin Isma, pengasas kosmetik Tia Amelia yang sangat popular. Sama sama Kelantan, lagilah saya suka mengikuti masakan beliau di Instagram kerana banyak masakan Kelantan yang dikongsikan. Yang uniknya, air asam ini ialah terdapatnya penggunaan daun kesum.

Daging Bakar Harimau Menangis Dengan Air Asam Pencicah

Saya buat dua jenis, satu air asam kosong dan satu lagi yang ditaburkan daun kesum. Sekali bancuh jer, cuma yang last sekali tu, diletak daun kesum. Yang kosong tu untuk anak anak yang mungkin tidak suka bau dan rasa daun kesum. 

Jom anda semua, meh kita sama sama cuba resepi ini. Sekali sekala kita cuba sesuatu yang lain dari yang biasa kita sediakan. Barulah dapat rasa keunikan dan kelainannya. 

Daging Bakar Harimau Menangis Dengan Air Asam Pencicah

Jom layan resepi di bawah ini dan juga video penyediaannya di Azie Kitchen youtube channel di SINI. Selamat mencuba..

Daging Bakar Harimau Menangis Dengan Air Asam Pencicah

Daging Bakar Harimau Menangis Dgn Air Asam Pencicah
Oleh: Azie Kitchen

Bahan daging:
Daging bahagian Harimau Menangis
Serbuk kunyit
Garam

Bahan air asam:
1 biji buah tomato - cincang
Segenggam asam jawa - bancuh dengan air
2 sudu besar gula atau secukup rasa
1 sudu besar garam
1-2 biji limau nipis
Daun kesom - hiris

Bahan kisar kering:
1 biji bawang besar merah
3-4 ulas bawang merah
Segenggam cili padi - ikut pedas disukai
1-2 ibu jari belacan

Cara cara:
Daging dilumur dengan garam kunyit, perap seketika dan bakar sehingga masak. Kemudian dihiris nipis.

Daging Bakar Harimau Menangis Dengan Air Asam Pencicah

Bahan kisar dikisar mengguna blender kering sehingga hancur. Jangan terlalu halus.

Daging Bakar Harimau Menangis Dengan Air Asam Pencicah

Daging Bakar Harimau Menangis Dengan Air Asam Pencicah

Masukkan air asam jawa, gula, garam, buah tomato dan perahan air limau nipis. 

Daging Bakar Harimau Menangis Dengan Air Asam Pencicah

Akhir sekali, masukkan daun kesum yang telah dihiris halus. Sesuaikan rasa masam masin dan manis. 

Daging Bakar Harimau Menangis Dengan Air Asam Pencicah

Jika, suka yang kosong, bahagikan kepada dua, satu dibiarkan kosong dan satu lagi dimasukkan daun kesum.

Daging Bakar Harimau Menangis Dengan Air Asam Pencicah



Catat Ulasan for "Daging Bakar Harimau Menangis Dengan Air Asam Pencicah"