Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Rendang Pedas Daging Resepi Turun Temurun Juadah Hari Raya Aidil Adha

Rendang Pedas Daging Resepi Turun Temurun

Rendang Daging Perak saya pelajari dari BFF saya Norsidah atau saya lebih mesra memanggilnya dengan Sidah sahaja. Beliau telah mengambil persaraan awal dan sekarang menguruskan persekolahan anak anak. 

Banyak kali dengar sahabat saya Sidah bercerita yang dia beli daging dan memasak rendang tapi tidak pernah pula terbuka mulut untuk menanyakan resepi. Entah kenapa hari ini saya bertanya kerana sewaktu dia menelefon, saya sedang memikirkan juadah untuk dimasak dan dihidangkan di pagi Hari Raya Aidil Adha. 

Rendang Pedas Daging Resepi Turun Temurun

Saya hanya beraya di rumah sahaja kerana Nana masih berpantang. Tiada yang lebih mengembirakan selain berada di rumah, lebih lebih lagi sejak ada cucu. Ini adalah hari raya pertama buat cucu kami, Ammar Yahya yang merupakan cahaya dan kegembiraan kami sekeluarga. 

Betul lah kata orang sayang pada cucu lain dengan sayang pada anak. Saya akan berbuat apa sahaja demi cucu tetapi kena tahu batasan kerana apa pun, cucu menpunyai ibubapa yang mungkin cara dan pendekatannya berbeza dengan cara kita. Raikan perbezaan. 

Lagi pulak Nana seorang doktor, mungkin ilmu dia dalam bidang perubatan akan membantu dia membesarkan anak yang mungkin berbeza dengan cara saya yang berdasarkan pengalaman dan cakap orang sahaja. Contoh Nana mengatakan menjemur anak jaundice ialah sesuatu yang tiada medically proven. Jadi dia tidak menjemur anak  beliau, sebaliknya membanyakkan memberi susu badan kerana masalah akan dihadapi melalui pembuangan najis. 

Berbalik pada resepi, saya teruja untuk mencuba resepi Sidah kerana ianya adalah resepi keluarga beliau di Sitiawan Perak yang digunakan sejak dulu dulu. Lain daerah menpunyai rendang yang lain dan berlainan rasanya. Keduanya, resepinya sangat ringkas. Bila dah berumur macam ni, selera saya lebih kepada yang ringkas ringkas kosong sahaja. Tidak suka yang terlalu berempah. 

Rendang Pedas Daging Resepi Turun Temurun

Jom layan resepi yang saya salin hasil perbualan telefon dengan Sidah. Terima kasih kerana sudi berkongsi resepi rendang yang dimasak untuk hidangan keluarga beliau. Jangan lupa klik video di Azie Kitchen youtube channel di SINI. Siapa yang menpunyai daging korban di rumah, bolehlah mencuba resepi ini. Selamat mencuba...


Rendang Pedas Daging Resepi Turun Temurun

Rendang Pedas Daging 

Bahan bahan:
2 kg daging 
1 kg santan segar 
2 helai daun kunyit
1 sudu besar garam kasar atau secukup rasa

Bahan kisar:
5-6 sudu besar cili kisar - ikut pedas disukai
3 biji bawang besar
4 ulas bawang putih
1 inci halia
9 batang serai

Cara cara:
Masuk semua sekali bahan kisar dengan daging dan santan. 

Rendang Pedas Daging Resepi Turun Temurun

Rendang Pedas Daging Resepi Turun Temurun

Setelah hampir kering, masukkan garam secukupnya. 

Akhir sekali, baru masukkan daun kunyit yang dihiris. 

Rendang Pedas Daging Resepi Turun Temurun

Rendang Pedas Daging Resepi Turun Temurun

Nota:
Rendang berwarna perang kemerahan. 

Rendang ini tidak menggunakan kerisik, asam dan gula.

Catat Ulasan for "Rendang Pedas Daging Resepi Turun Temurun Juadah Hari Raya Aidil Adha"